D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 5

5

TN HJ SUBARI BIN SIROL

Naib Pengerusi MSSC Ayer Hitam Tn. Hj. Subari bin Sirol memangku jawatan Pengerusi untuk sementara yang buat pertama kalinya memikul tanggungjawab tersebut telah membuktikan bahawa pengalaman selama satu tahun bukan satu halangan untuk membuat perubahan ke arah yang positif. Walaupun hari kejohanan masih berbaki dua hari lagi, keterujaan beliau melibatkan diri dalam aktiviti sukan ini menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan atlet dan jurulatih.

Setakat pagi ini, jumlah pungutan emas sebanyak empat emas adalah pencapaian yang amat membanggakan. Sebelum ini beliau yang pernah bertugas sebagai Penolong PPD Teknik dan Vokasional di PDD Batu Pahat, kini telah merancang perubahan dan strategi sejak cuti sekolah hujung tahun lalu bersama-sama para jurulatih mereka yang berpengalaman.

Sejak dua hari bertugas di sini bersama-sama dengan seramai empat orang anggota yang terlibat setiap hari merasakan aura kesukanan dalam satu pasukan yang besar ini telah menunjukkan sinergi dalam organisasi amat penting sekaligus dapat membentuk kemahiran insaniah secara tidak langsung.

Harapan akhirnya beliau sebelum menutup bicara pagi ini, sasaran MSSC Ayer Hitam boleh mencapai sekurang-kurangnya lapan emas dan mendapat tempat kedua untuk tahun ini. Perancangan dan strategi masa hadapan pula, beliau amat berharap dapat memberikan fokus terhadap para atlet bagi merebut tempat pertama pada tahun hadapan.