D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 4

4

Sebagai juara 2016, SMK Dato’ Syed Esa merupakan salah sebuah sekolah yang menjadi saingan kepada sekolah menengah lain untuk mengungguli gelaran juara dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD kali ke-50. Salah seorang jurulatih sekolah tersebut, En. Mohd Aznur Fahmy bin Rosli, 32, menyatakan bahawa para atlet perlu menjalani latihan yang terancang dengan lebih fokus dan penuh disiplin.

Berpendapat bahawa sukan mampu menjamin kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan yang cemerlang, menjadikan En. Aznur begitu bersungguh-sungguh melatih atlet di bawah bimbingannya.

Sehingga tamat hari pertama , SMK Dato’ Syed Esa telah memenangi empat pingat emas dan tiga pingat perak manakala bagi acara larian 200m Lelaki 15, rekod kejohanan telah dipecahkan oleh Muhammad Arsyad bin Md. Saat dengan catatan masa 23.69s. Beliau mengharapkan agar SMK Dato’ Syed Esa meraih gelaran juara sekali lagi dalam kejohanan pada kali ini.

EN AZNUR FAHMY BIN ROSLI

JURULATIH SMKDSE

JU

PERSONALITI HARI INI