Buku Perancangan Tahunan 2016 01 | Page 3

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Assalamualaikum Warahatullahi Wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan keizinan-Nya, Buku Perancangan Tahunan IPG Kampus Tun Hussein Onn bagi tahun 2016 telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada pihak Urus Setia Penyediaan Buku Perancangan Tahunan atas usaha murni ini. Buku Perancangan Tahunan ini merupakan suatu dokumen yang penting sebagai sumber rujukan setiap Jabatan dan Unit Akademik dan Pengurusan dalam membuat perancangan program dan aktiviti sepanjang satu tahun. Program dan aktiviti yang disusun selaras dengan Perancangan Strategik Lima Tahun serta visi dan misi IPG KHTO dan memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS-ISO. Seharusnya buku ini dijadikan panduan dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan dan kepimpinan di institusi ini bagi melicinkan tugas-tugas rutin dengan sistematik, mantap dan berkesan. Melalui program dan aktiviti yang telah dirancang dan diatur, setiap Jabatan dan Unit di IPGKTHO dapat membuat penyelarasan dan menjayakan melalui usaha-usaha penggemblengan tenaga, kos dan idea bagi mencapai kualiti kerja dan pengurusan yang cemerlang dan profesional. ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ begitu jugalah harapan saya kepada semua warga di kampus ini agar dapat bekerjasama menyumbang tenaga, idea dan kepakaran dalam menjayakan hasrat yang telah digariskan. Akhir kata, saya berharap agar buku ini dapat menyuntik semangat kepada semua warga IPG KTHO untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing selaras dengan program dan aktiviti yang telah diatur dan disusun bagi memastikan matlamat kecemerlangan organisasi dapat dicapai. Sekian, Terima kasih. (TN. HJ. HASSAN BIN PARDI) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat PERANCANGAN TAHUNAN 2016 ii