Buku Perancangan Tahunan 2016 01 | Page 2

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN Kata Alu-Aluan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Assalamualaikum Warahatullahi Wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapat kita menerbitkan buku Perancangan Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) bagi tahun 2016. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) IPG Kampus Tun Hussein Onn yang telah menyumbang idea dan buah fikiran menterjemahkan Anjakan 4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti dalam kerangka Pelan Strategik IPGKTHO Tahun 2015-2019. Buku Perancangan Tahunan IPG KTHO 2016 ini merupakan dokumen yang penting sebagai sumber rujukan warga IPG KTHO dalam menyediakan pensyarah dan staf serta pelajar menjadi pendidik dan pekerja yang berkualiti dan memenuhi kompetensi diri. Program dan aktiviti yang dirancang bertujuan mewujudkan budaya bimbingan rakan sejawat dan pembelajaran sepanjang hayat bagi membantu meningkatkan kecemerlangan dan pembangunan organisasi serta perkongsian amalan terbaik dan berkualiti warga kampus. Semoga buku ini dapat membantu warga IPGKTHO melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang dengan baik dan sempurna. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Urus Setia Buku Perancangan Tahunan IPG KTHO 2016 yang telah memastikan penghasilan buku ini terlaksana dengan cemerlang dan jayanya. Budaya kerja secara berpasukan berdasarkan prinsip amanah, profesional dan tanggungjawab sewajarnya menjadi pegangan dalam membawa IPG KTHO mencapai misi dan visi ke arah melahirkan pendidik yang cemerlang. Sekian, Terima kasih. (Dr. HAMZAH BIN IHSAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat PERANCANGAN TAHUNAN 2016 i