BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2019 Buku Pengurusan SKTBI 2019 | Page 42
PENGURUSAN 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH
Bidang Tugas Guru Mata Pelajaran
• Menyediakan rancangan pelajaran untuk tempoh setahun / harian bagi mata pelajaran yang diajar dalam
Buku Rekod Mengajar.
• Menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif untuk memastikan pelajar-pelajar dapat
memahami pelajaran yang diajar.
• Memeriksa buku latihan pelajar masing-masing dan memulangkan dengan segera selepas semakan /
pemeriksaan untuk tugas selanjutnya. Pastikan pelajar membuat kerja pembetulan sebelum latihan
selanjutnya.
• Menggubal soalan peperiksaan prestasi.
• Memeriksa skrip jawapan pelajar.
• Memeriksa kerja kursus pelajar.
• Menghantar buku latihan / nota kepada Ketua Unit/ Ketua Panitia untuk semakan atau pemeriksaan
apabila dikehendaki.
• Memastikan keselamatan pelajar semasa menjalankan pengajaran di makmal, bengkel atau semasa
membuat kerja-kerja luar bilik darjah.
• Menggunakan alat-alat bantuan mengajar dengan sistematik dan meluas. Guru hendaklah memastikan
keselamatan alat-alat bantu mengajar dan membantu Guru Pengawas Pusat Sumber dalam menjaga
keselamatan dan kebersihan dan kekemasan alat-alat serta bilik sumber.
• Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran
Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.
• Menghasilkan sekurang-kurangnya 1 guru 1 kajian tindakan.
.
.