BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH 2019 Buku Pengurusan SKTBI 2019 | Page 41

PENGURUSAN 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH . . Bidang Tugas Ketua Unit • Juruaudit Dokumentasi Akademik • Mengkoordinasi aktiviti unit masing-masing dari aspek perancangan, persediaan, perlaksanaan dan penilaian mengikut takwim yang ditetapkan. • Mengkoordinasi elemen pentaksiran bilik darjah dari aspek perlaksanaan dan dokumentasi. • Mengkoordinasi pasukan koakademik sekolah di bawah unit masing-masing. • Menjadi mentor untuk membimbing ketua-ketua panitia di bawah unit masing-masing. • Menjadi pakar rujuk kepada guru-guru dalam unit masing-masing. • Memastikan kejayaan pembudayaan PAK21 dalam PdPc. • Menyelaras pentaksiran dan mengesahkan soalan peperiksaan. • Memantau penghasilan kuiz dalam FROG VLE. • Mengetuai unit masing-masing dalam ‘Microsoft Educator Community’. • Membantu GPK membuat pemantauan P&P. • Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan PPSR. • Bertanggungjawab mengaudit fail panitia di bawah unit masing-masing. • Bertanggungjawab mengaudit buku stok panitia dan alat-alat antu mengajar diselenggarakan dengan baik. • Melaporkan prestasi kualiti guru kepada Pemantau Akademik/GPK yang berkenaan. • Menilai Kajian Tindakan terbaik untuk dihantar mewakili sekolah. Bidang Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran • Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. • Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan, penggal dan mingguan. • Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran. • Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir sekolah. • Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual waktu • Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. • Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. • Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini. • Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas jawapan • Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. • Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. • Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. • Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah. • Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. • Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain. • Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. • Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. • Membantu GPK membuat pemantauan P&P. • Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan PPSR. • Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat antu mengajar diselenggarakan dengan baik. • Menyemak kajian tindakan guru di bawah seliaan dan menghantar laporan kepada ketua unit.