Bengkel Mini Website Vol 1 | Seite 7

[13.02 2012] [BENGKEL MINISITE] 1.2.3 Mudah Diuruskan Selain itu, minisite juga mudah diuruskan. Jadi, bagi newbie yang baru mengenali dunia internet dan komputer, mereka tidak perlu belajar banyak perkara untuk mahir membina dan menguruskan minisite. Ia berbeza sekali dengan shopping cart kerana ia agak kompleks dan tidak ramai yang mampu mengusai kemahiran membina dan menguruskan shopping cart ini. 1.2.4 Kos Yang Rendah Berita baik untuk anda, kos untuk membina ataupun mengupah designer untuk membuat minisite adalah rendah dan tidak semahal membina shopping cart. Boleh dikatakan semua mampu. Biasanya seseorang designer akan mengenakan caj sebanyak RM100-RM300 untuk satu minisite. Tapi sebagai peserta bengkel ini, anda akan dilatih untuk membina minisite tanpa perlukan designer lagi selepas ini. Jadi, soal kos bukan lagi masalah untuk anda kerana anda akan memiliki kemahiran membina minisite setelah tamat bengkel ini. 1.3 Susunatur & Rekabentuk Minisite Secara asasnya, minisite terbahagi kepada 3 elemen utama iaitu header, content dan footer. Elemen-elemen kecil adalah seperti headline, box, list dab sebagainya. Anda akan didedahkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen ini dalam bab-bab seterusnya [NJeBiz.ws] | http://njebiz.ws 7