Bengkel Mini Website Vol 1 | Page 6

[13.02 2012] [BENGKEL MINISITE] PENGENALAN KEPADA MINISITE 1.1 Apa Itu MiniSite? Secara mudahnya minisite adalah laman web ringkas yang mempunyai beberapa page sahaja. Konsep minisite adalah ringkas, kemas dan tersusun. 1.2 Konsep Asas Minisite Sebenarnya ramai orang yang “memandang rendah” terhadap keupayaan minisite. Jika kita lihat laman-laman web company yang besar, semuanya tidak menggunakan minisite. Jadi oleh sebab itu, ramai yang menganggap minisite adalah sejenis laman web yang “low class”. Hakikat sebenarnya tidak begitu, ramai usahawan internet di seluruh dunia termasuk kami sendiri menggemari minisite kerana ia mempunyai banyak kelebihan terutama jika web yang di bina adalah bertujuan untuk menjual sesuatu produk. Antara kelebihan minisite adalah :     Fokus dan spesifik kepada sesuatu topik Mempengaruhi pelanggan Mudah diuruskan Kos yang rendah 1.2.1 Fokus & Spesifik Faktor utama ramai usahawan internet menggunakan minisite adalah kerana ia fokus terhadap sesuatu topik sahaja. Ini merupakan satu aspek penting dalam penjualan dimana kita ingin pelawat minisite kita hanya fokus dan spesifik terhadap sesuatu topik sahaja. Jika mereka hilang minat ataupun lebih tertarik kepada benda lain, maka kita dianggap GAGAL menjual. 1.2.2 Mempengaruhi Pelanggan Seterusnya, bila mereka sudah fokus terhadap sesuatu topik sahaja, tugas anda seterusnya adalah mempengaruhi mereka untuk melakukan sesuatu. Ia boleh jadi klik kepada sesuatu link, mengisi borang, melihat video dan sebagainya. Disini, susunan ayat-ayat ataupun dalam istilah lain, surat jualan anda hendaklah berupaya mempengaruhi mereka atau da