Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 78
4.1.5 BILIK DAN RUANGAN PERSATUAN YANG AKTIF
4.1.5.1 Ahli mesyuarat YDP mencadangkan supaya wujudnya ruangan
atau bilik untuk Persatuan dan Kelab yang aktif disediakan
supaya segala gerak kerja dan aktiviti dapat dijalankan.
Makluman
4.1.5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan tersebut akan
dipertimbang. Namun begitu, pembangunannya bukanlah dalam
masa yang terdekat.
Makluman
4.1.6 PENAMBAHBAIKAN PRASARANA AKADEMIK &
WATERCOOLER
4.1.6.1 Ahli mesyuarat YDP mencadangkan supaya penambahbaikan
prasarana khusus di Blok Akademik E, F dan G
dipergiat. Malah, penukaran penapis air watercooler perlulah
dibuat secara berkala.
Makluman
Makluman
4.1.6.2 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan akan diteliti.
4.2 PERATURAN MEMBAWA KENDERAAN
4.2.1 Ahli mesyuarat mengemukakan cadangan supaya mahasiswa/i
Tahun 3 dan Akhir sahaja yang dibenarkan untuk membawa
kenderaan ke kampus dan kolej kediaman.
4.2.2 Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat rasmi UniSZA tidak
dibenarkan untuk masuk ke kampus.
Makluman
Makluman
4.2.3 MPP juga mencadangkan supaya pelajar Tahun 1 khususnya
Semester 1 tidak dibenarkan sama sekali membawa kenderaan.
Malah, cadangan tambahan seperti sportcheck kenderaan perlu
dibuat. Penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat secara
berkala.
Makluman
4.2.4 Pengerusi memutuskan bahawa penyelesaian terbaik bagi perkara
ini adalah Majlis Perwakilan Pelajar mengutarakan kertas cadangan
kepada pihak Pengurusan Universiti mengenai perkara berkenaan.
Penyelidikan secara teliti perlu dibuat dan kertas cadangan perlulah
diutarakan kepada Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan akan dibawa
diperingkat mesyuarat bersama pengurusan. Pengerusi bersetuju
terhadap cadangan supaya perlu adanya sportcheck secara berkala.
Makluman