Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 77
4.1.1.2 Pengerusi menjelaskan bahawa tender kontraktor untuk
menaiktaraf wifi dikawasan Universiti telahpun dibuat dan
dipanggil. Peruntukan sudahpun diberikan dan projek
mendapat kelulusan untuk dinaiktaraf.
Makluman
4.1.2 PENEMPATAN KEDIAMAN MELALUI SISTEM MERIT
4.1.2.1 Ahli Mesyuarat YDP mencadangkan supaya sistem merit
dikaji semula keberkesanannya dan cadangan sistem merit
kupon Qasimah dapat dipertimbangkan.
4.1.2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa penyelesaiannya
sepertimana yang telah dibincangkan untuk Agenda 3.1.
Makluman
Makluman
4.1.3 KEPUTUSAN ASRAMA LEWAT
4.1.3.1 Ahli mesyuarat YDP mencadangkan supaya keputusan
peperiksaan dapat dikeluarkan dengan lebih awal supaya
pihak Kolej Kediaman boleh mempercepatkan pengumuman
keputusan asrama.
4.1.3.2 Pengerusi memperjelaskan isu berkenaan yang mana Pihak
Bahagian Pengurusan Akademik perlu mengambil perhatian
terhadap isu berkenaan. Jumlah kemasukan dan
pengambilan mahasiswa/I perlulah dimaklum secara
terperinci kepada Pusat Tanggungjawab yang berkaitan
supaya permasalahan sepertimana yang berlaku untuk
pengambilan Diploma baru-baru ini tidak berlaku lagi.
Makluman
Makluman
4.1.4 PERMASALAHAN KERTAS KERJA LAMBAT DILULUSKAN
4.1.4.1 Ahli Mesyuarat YDP mencadangkan supaya carta aliran kertas
kerja yang jelas sebelum diluluskan dimaklum kepada
mahasiswa/i. Mesyuarat juga mencadangkan supaya isu baget
yang sukar diluluskan dimaklumkan kepada pemimpin pelajar
dengan lebih awal dan juga pertambahan bilangan staf
terutamanya dibahagian aktiviti pelajar.
4.1.4.2 Pengerusi menjelaskan bahawa kebanyakan masalah yang
timbul adalah sebab mahasiswa/i hantar kertas kerja tidak
menepati time frame yang ditetapkan untuk penganjuran aktiviti
pelajar. Kebanyakan program juga tidak memberikan impak
yang besar dan kualiti program berkenaan kadangkala
menyebabkan program dinilai diperingkat pengurusan.
4.1.4.3 Pengurusan juga memaklumkan bahawa pada masa akan
datang juga mungkin akan wujud proses pembentangan kertas
kerja bagi program-program yang berimpak tinggi untuk
dibentang kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
Makluman
Makluman
Makluman