Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 37
ALSA INTERNATIONAL FORUM 2013 MANILA, PHILIPPINES
Asian Law Students? Association International
Board dengan kerjasama Asian Law
Student?s Association Philippines telah
menganjurkan ALSA International Forum
2013 bertempat di Crimson Hotel, Filinvest
City, Manila. Forum antarabangsa tersebut
telah berlangsung pada 27 Ogos – 6
September 2013. Mahasiswi Fakulti UndangUndang & Hubungan Antarabangsa (FUHA)
Universiti Sultan Zainal Abidin, Saudari Nur
Izzah Liyana Binti Haji Mat Nayan merupakan
salah satu wakil tunggal UniSZA yang
menghadiri
persidangan
antarabangsa
berkenaan.
Saudari Nur Izzah telah dibiayai sepenuhnya
oleh United Nations dan AirAsia hasil
sumbangannya
di
dalam
kegiatan
sukarelawan bersama United Nation Online
Volunteering (UNOV). Pada tahun ini,
delegasi yang terpilih untuk mewakili ALSA
Malaysia hanyalah seramai 13 mahasiswa/i
Undang-Undang yang terdiri daripada
mahasiswa/i UKM, UiTM, UIAM, UniSZA dan
HELP University College.
Kebiasaannya, ALSA International Forum akan
dihadiri oleh pemimpin-pemimpin veteran dan
semasa ALSA National Chapter masingmasing. Hal ini oleh sebab, keistimewaan
ALSA International Forum ini adalah agenda
kemuncaknya iaitu Perhimpunan Agung ALSA
dimana proses pemilihan ALSA International
Board yang baru akan dibuat dan ALSA
International Board sedia ada akan meletak
jawatan.
Persidangan antarabangsa yang bertemakan
“Defending Human Rights Through Social
Media Law” ini telah dirasmikan oleh
Honorable Ma. Lourdes P. A. Sereno, Chief
Justice of the Philippines. Persidangan
antarabangsa ini telah dilaksanakan di
beberapa tempat utama antaranya adalah San
Beda College Alabang, School of Law, De La
Salle University, College of Law, Ateneo Law
School, dan juga Crimson Hotel, Filinvest City,
Manila. Perasmian program ALSA International
Conference 2013 juga menyaksikan kesemua
ketua
delegasi
negara
masing-masing
melakukan
simbolik
perasmian
yang
meyatukan seluruh Negara Asia melalui
slogannya Towards Asian Integration 2014 dan
ALSA Always Be One.