Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 36

Saudari Nur Izzah Liyana telah mewakili UniSZA dan ALSA Malaysia di dalam Mesyuarat Governing Council Meeting- President?s Meeting dimana beliau telah diamanahkan untuk membentangkan ALSA Malaysia Annual Report 2012/ 2013 khusus dari segi pengurusan dan perbelanjaan sepanjang setahun. Disamping itu, di dalam mesyuarat berkenaan juga tugas ALSA Malaysia National Board adalah membincangkan dengan lebih terperinci hala tuju ALSA International dalam jangka masa 10 tahun akan datang melalui Modul Perancangan Strategik 2013- 2015 dan 2015-2020. Melalui Modul Perancangan Strategik 20152020, Saudari Nur Izzah Liyana mewakili ALSA Malaysia telah diberikan peluang untuk membentangkan projek yang telah diusahakan oleh ALSA Malaysia National Board di dalam Mesyuarat National Governing Council Meeting yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan November 2012 yang lalu. Keseluruhannya, Modul Perancangan Strategik berkenaan telah terpilih sebagai Modul Perancangan Strategik Terbaik daripada kesemua yang membentangkan mengikut negara masing-masing. Turut dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan adalah agenda Bidaan sebagai Tuan Rumah untuk ALSA International Conference 2014. ALSA Singapore telah dinobatkan sebagai pemenang bidaan sebagai tuan rumah untuk persidangan antarabangsa ALSA Conference pada tahun 2014. Selain itu, agenda lain adalah perbincangan mengenai perkembangan program akan datang iaitu ALSA International Forum yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2013 di Manila, Filipina. Pengisian lain sepanjang program adalah Welcoming Dinner, Cultural Night, Lawatan ke Supreme Court, Supreme Prosecutor?s Office, Constitutional Court, General Assembly, Konkuk University, Ewha Women?s University, Seoul National University, Lawatan Bersejarah ke Kyungbokgung Palace, Gwanghwamun dan lainlain lagi. Kesemua delegasi ALSA Malaysia seramai 30 orang berangkat pulang ke Malaysia selepas tamat persidangan berkenaan. Disediakan oleh: NUR IZZAH LIYANA BINTI HAJI MAT NAYAN Secretary-General ALSA Malaysia National Board Session 2012/2013