Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 21
Selain itu, melalui aspek ketiga (3) pula, cadangan dipihak kami adalah beberapa portfolio
pembangunan boleh dikhususkan oleh Pentadbiran Universiti melalui gerakan UniBeTa
ini. Misalnya, UniBeTa mungkin boleh mengambil inisiatif membangunkan usaha
penyelidikan dan inovasi di UniSZA melalui pelbagai peringkat. Dalam pada itu juga,
usaha juga boleh dilakukan untuk menginspirasikan UniSZA sebagai Universiti Islam
Ketiga di Malaysia.
Beberapa aspek pembangunan yang berkaitan dengannya boleh diketengahkan. Hal ini
dapat memastikan dalam satu tahun UniBeTa beroperasi, kita dapat lihat dan
ketengahkan satu usaha yang konsisten dan spesifik oleh pihak UniBeTa. Perkara ini
dapat memastikan keunikan pelaksanaan UniBeTa itu sendiri apabila mengamalkan
sistem pengkhususan pada tahun berkenaan.
Di samping itu, melalui aspek keempat pula, iaitu dana duta Universiti. 50% daripada para
responden berpendapat bahawa perlu adanya signifikasi ini sebagai salah satu elemen
pengiktirafan kepada UniBeTa itu sendiri. Namun begitu, pelaksanaannya haruslah sejajar
dengan prosedur pemilihan yang dicadangkan seperti sebelum ini bagi memastikan kualiti
UniBeTa itu sendiri dijamin. Malah, mahasiswa/i UniSZA juga secara tidak langsung akan
mengiktiraf UniBeTa selepas berjaya menempuh beberapa saringan di peringkat
Universiti. Pemberian dana berkenaan adalah tertakluk kepada perubahan daripada segi
nilai dan pelaksanaannya.