Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 20

Merujuk kepada Rajah 5.1, kami mencadangkan prosedur yang lebih telus diamalkan dan beberapa cadangan hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh FLAIRSOC dan ALSA adalah perlu ada manual yang jelas berkaitan pemilihan University Best Talent (UniBeTa) dan notis makluman permohonan juga haruslah di buat hebahan meluas melalui portal dan Fakulti masing-masing. Dalam pada itu, kami juga berpendapat bahawa kriteria untuk memohon sebagai UniBeTa perlu di selaraskan kepada PNGK 3.0. Hal ini oleh sebab, Pentadbiran Universiti perlu mengambil kira kursus-kursus seperti ISM Undang-Undang & ISM Perubatan yang mana kursus berkenaan adalah lebih bersifat teknikal dan profesional berbanding kos lain yang lebih ramai mendapat anugerah Dekan setiap semester. Kami juga perpendapat dan menegaskan bahawa setiap sesi UniBeTa saban tahun, perlu adanya konsep yang dibawa oleh UniBeTa itu sendiri. Kami lihat dan membuat penilaian bahawa, setelah dua (2) tahun UniBeTa dilancarkan, ahli-ahli UniBeTa membawa imej korporat dan lebih bersifat konvensional. Kami sangat berharap Pentadbiran Universiti dapat menginspirasikan hasrat Naib Canselor UniSZA dalam usaha menjadikan UniSZA sebagai universiti Islam Ketiga di Malaysia. Sekiranya usaha tersebut tidak bermula dari pihak atasan, maka kami lihat impian menjadikan UniSZA sebagai universiti Islam hanya akan menjadi sebuah manifesto pentabdiran semata. Melalui aspek kedua (2), iaitu modul latihan kem saringan, beberapa modul yang dicadangkan oleh pihak kami adalah sepertimana berikut. Modul yang dicadangkan adalah tertakluk kepada perubahan bersesuaian dengan kehendak dan situasi. Mahasiswa/i bukan Islam beberapa modul tambahan boleh diperkenalkan.