Annual Report MPP 2012/2013: Special Edition FUHA Representative Council Nov 2013 | Page 13
1.0
TUJUAN
1.1
Tujuan kertas cadangan
ini adalah untuk memberikan cadangan dan strategi
penambahbaikan pemilihan University Best Talent (UniBeTa) untuk diambil
perhatian oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Sultan
Zainal Abidin (UniSZA).
1.2
Di samping itu, ia adalah bertujuan untuk memastikan sistem pemilihan yang lebih
telus dan sistematik dipraktikkan dan diperbaiki saban tahun untuk memastikan
objektif penubuhan tercapai.
2.0
LATARBELAKANG KERTAS CADANGAN
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sudah dua tahun melaksanakan sebuah
pertubuhan pelajar
dikenali sebagai University Best Talent (UniBeTa). Mahasiswa/i
UniSZA sedia maklum bahawa tertubuhnya UniBETA atas inisiatif untuk melatih
mahasiswa/i yang berpotensi untuk dijadikan duta Universiti. Mahasiswa/i yang terpilih
akan digilap bakat
kemahiran kepimpinan dan komunikasi dalam usaha melahirkan
pemimpin mahasiswa kelas pertama. Namun begitu, kami di pihak Majlis Perwakilan
Pelajar dan khususnya saya sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti UndangUndang & Hubungan Antarabangsa melihat bahawa tatacara dan kayu ukur pemilihan
UniBeTa perlu ditambahbaik sesuai dengan objektif sebenar penubuhannya dan
memastikan kesaksamaan dan kualiti mahasiswa/i yang terpilih terjamin.