SEPTEMBER, 2019 | al-Siha
EKSLUSIF
Asal usul cawan haid
31
Reaksi
Norhayati
Miswan
TAHUKAH anda, peranti tadahan haid telah diguna
pakai di Amerika Syarikat sejak tahun 1860 dan 1870 lagi.
Ia dikenali sebagai kantung catamenial. ia dipakai di luar
dan digantung pada tali pinggang.
Bagaimanapun, pada tahun 1937, cawan haid moden
pertama telah dicipta oleh pelakon Amerika, Leona
Chalmers. Ia diperbuat daripada getah dan diberi nama
Tass-ette. Penghasilan cawan haid ini membolehkan
wanita memakai pakaian nipis, ringan dan sendat tanpa
menampakkan alatan tersebut.
Semasa Perang Dunia ke-2, kekurangan getah berlaku
menyebabkan syarikat terpaksa menghentikan pengeluaran-
nya. Namun, selepas perang berakhir sekitar tahun 1950-an,
Chalmers telah melancarkan cawan haid baharu dengan
penambahbaikan dan menukar namanya kepada Tassette.
Walaupun penggunaan cawan ini telah berkembang,
namun masih ramai wanita yang tidak terbuka untuk mener-
ima idea ini. Ia disebabkan oleh kebanyakan wanita merasa
sukar untuk mengosong dan membersihkan cawan berkenaan.
Akhirnya pada tahun 1960-an, cawan haid baharu yang boleh
dipakai buang diperkenalkan. Ia dikenali sebagai Tassaway. Pada
“SEBELUM ini saya tidak
pernah dengar tentang
cawan haid atau menstrual
cup ini tetapi setelah tular
dan menjadi perdebatan
ramai pihak, saya cuba
mendapatkan maklumat mengenainya di
internet. Mengikut cara penggunaan yang
diajar, nampak mudah dan cara penjagaannya
juga senang. Rasanya boleh cuba guna jika
banyak kebaikan dari keburukan. Mungkin
pada awalnya akan rasa kurang selesa, tetapi
apabila telah biasa, segalanya tiada masalah.”
Hasnor
Hassan
“Setakat ini saya tidak
pernah menggunakan
cawan haid ini. Tetapi,
tidak mustahil akan
menggunakannya jika
mengetahui cara yang
betul, risau juga jika tidak
mengikut panduan penggunaan yang tepat.
Jasmin Ally
Gambar menunjukkan peranti tahan haid yang
diperkenalkan sekitar tahun1860-an.
masa itu, syarikat membelanjakan terlalu banyak untuk pema-
saran dan akhirnya menamatkan perniagaan pada awal 70-an.
Cawan haid telah diperkenalkan semula pada akhir
tahun 1980-an dengan jenama The Keeper. Cawan ini
diperbuat daripada getah dan masih dijual hingga ke hari ini.
Pada abad ke-21, penghasilan cawan haid baru meng-
gunakan silikon gred perubatan telah diperkenalkan. Ia
dikatakan lebih selamat digunakan bagi wanita yang alah
kepada getah.
“Sekiranya cawan haid ini
telah disahkan pakar, atau
ada bukti klinikal bahawa
ia selamat digunakan, saya
tidak teragak-agak untuk
menggunakannya.Selain
itu, penting untuk saya
mengetahui adakah alat ini boleh membantu
mengelakkan wanita menjaga kesihatan dan
kebersihan ‘miss v’.
▶ Peranti tadahan haid telah
diguna pakai di Amerika Syarikat
sejak tahun 1860 dan 1870
Hukum basuh tuala wanita
SOALAN
Adakah perlu membasuh tuala wanita sebelumnya
membuangnya kerana saya ada terdengar yang
mana jika tidak dibasuh sebelum membuangnya
Jin akan makan darah haid yang ada pada tuala
tersebut. Adakah terdapat sebarang hadis atau athar
yang berkaitan?
JAWAPAN
Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan
bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu
dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya.
Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalan-
gan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh
tuala tersebut sebelum membuangnya. Juga tidak ter-
dapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi
arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian
sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti
Abu Bakar. Kata beliau :
Maksudnya :” Aku bertanya kepada Nabi saw
tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi
saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air
serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah
dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum mem-
buangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini
dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayat-
kan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya
kepada Rasulullah saw :
Maksudnya :” Adakah boleh kami mengambil wuduk
dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain
yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing.
Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh
sesuatu,”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam
Musnadnya
Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan
bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana
dibimbangi akan menjadi makanan jin. Namun tidak
dinafi kan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang
memang menyukai perkara-perkara yg kotor dan najis.
Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang
menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam
tandas. Rasulullah berdoa :
Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan
Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith
yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-
Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang
membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus.
Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa
digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital.
Jangan dibuang merata-merata seperti di mang-
kuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini
kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
— al-Siha
Ramai wanita di Malaysia memilih tuala wanita
(kanan) ketika datang bulan.
ANGGARAN
PERBELANJAAN
tuala wanita bagi
seorang perempuan
(12 tahun hingga 50 tahun)
1 pax RM5.00 (10 keping)
1 keping = RM0.50
Penggunaan 1 hari = 3 keping (RM1.50)
Penggunaan 7 hari = RM10.50
Setahun 12 bulan x RM10.50 = RM126.00
Jumlah keseluruhan
= RM4788.00
Setiap seorang perempuan membelanjakan
RM4788.00 untuk tuala wanita selama 38 tahun.
(Jumlah keseluruhan mungkin berbeza mengikut
perbezaan harga tuala wanita masing-masing).