30
al-Siha | SEPTEMBER, 2019
EKSLUSIF
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
T
ULAR di media sosial baru-baru ini apabila
seorang artis mengetengahkan tentang
isu penggunaan cawan haid atau dikenali
sebagai ‘menstrual cup’. Kegunaan bekas
yang berbentuk seperti loceng itu dikatakan
dapat mengumpulkan darah
haid secara lebih efektif, tidak bocor dan
lebih bersih.
Status yang dimuatnaik ke laman
sosial intagram miliknya itu mendapat
pelbagai reaksi warganet, malah ada
dalam kalangan mereka yang men-
ganggap perkara tersebut seolah-olah
tidak masuk akal. Namun, ada juga
yang bersetuju dan mengakui kebaikan
penggunaan cawan haid tersebut. Perso-
alannya, adakah ia selamat digunakan?
Menjawab isu berkenaan, Pegawai
Perubatan Kesihatan Wanita dan
Kehamilan Dr Muhammad Izzat
Abdul Razak berkata, penggunaan
cawan haid ini bukanlah satu inovasi
baharu. Sebaliknya telah wujud
sejak tahun 1970-an lagi. Walau
bagaimanapun tidak ramai yang
mahu menggunakannya kerana ia
perlu dimasukkan ke dalam faraj.
“Cawan haid diperbuat daripada
getah atau silikon yang terbukti
secara klinikal selamat digunakan.
Ia mempunyai pelbagai bentuk
dan warna. Ada di antaranya boleh
dipakai secara berulang kali dan
ada yang hanya boleh digunakan sekali
sahaja.
“Selain bimbang dan takut memasukkan
cawan haid ke dalam faraj, ramai juga yang takut cecair
berkenaan masuk semula ke dalam rahim apabila bergerak
aktif. Hakikatnya, darah yang masuk ke dalam cawan haid
tidak akan masuk semula ke dalam rahim pengguna.
“Darah haid akan turun mengikut tarikan graviti. Malah,
Status yang dimaut naik selebriti wanita mengenai
cawan haid mendapat pelbagai reaksi warganet.
Cawan haid tak bocor
Selain bersih, ia juga tahan lama serta selamat digunakan ketika haid
Cawan haid
diperbuat
daripada getah
atau silikon yang
terbukti secara
klinikal selamat
digunakan"
Cawan haid
selamat
digunakan
dan lebih
menjimatkan.
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai
Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan.
darah juga bersifat beku. Oleh itu, ia tidak berkocak secara
keterlaluan apabila berada di dalam cawan berkenaan.
“Bagi individu yang lasak seperti ahli sukan, penggu-
naan cawan haid lebih selamat kerana ia tidak bocor. Begitu
juga bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti berenang,
pemilihan cawan haid lebih menjaga kebersihan.
“Terdapat tiga jenis alat yang biasa digunakan oleh
wanita dalam menguruskan darah haid iaitu pad pakai
buang, tampon dan cawan haid. Wanita Asia lebih sinonim
dengan penggunaan pad pakai buang yang lebih mudah
diuruskan.
“Walau bagaimanapun, cawan haid boleh digunakan
sehingga 12 jam tanpa kebocoran. Namun, pengguna
perlu lebih berhati-hati dalam menjaga kebersihannya
kerana, sebelum menggunakannya semula, cawan haid
perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan
ke dalam faraj semula.
“Inilah yang menyukarkan penggunaannya. Berbeza pula
dengan pad pakai buang, di mana pengguna perlu menukar
pad dalam tempoh empat hingga enam jam penggunaan.
“Boleh dikatakan cawan haid adalah
lebih jimat berbanding penggunaan
tampon mahupun pad pakai buang. Ini
kerana, cawan haid boleh digunakan
berulang kali malah mampu menyela-
matkan bumi kita dari tercemar dengan
sisa buangan pad.
HILANG DARA
“Ramai dalam kalangan masyarakat yang bimbang cawan
haid dan tampon boleh menyebabkan hilang dara. Untuk
pengetahuan , dara seseorag wanita boleh hilang oleh
banyak sebab. Antaranya aktiviti sukan.
“Selaput dara sangat lembut dan ia amat mudah pecah
walaupun tanpa melakukan hubungan seks dan kelahiran
bayi. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang kehilan-
gan dara selagi tidak melakukan perkara yang salah,"
katanya. — al-Siha
Pad pakai
buang
bawa
maut?
BARUBARU ini sebuah stesen televisyen
menyiarkan sebuah drama bertajuk
Padman yang berkisarkan tentang pen-
ciptaan pad pakai buang di India. Sebelum
terhasilnya pad pakai buang ini, terdapat
ratusan wanita meninggal dunia akibat
tidak menggunakan pad dan kurang
penjagaan kebersihan semasa haid hingga
mengakibatkan jangkitan kuman yang
mengorbankan nyawa.
Jelas Dr Muhammad Izzat, ketiga-tiga
jenis alat berkenaan memiliki pro dan
kontra yang tersendiri dan rata-ratanya
melibatkan kebersihan.
“Apabila wanita tidak menjaga keber-
pad, tampon atau cawan haid ia bergan-
tung pada individu itu sendiri. Apa yang
penting, jaga kebersihan sepanjang datang
bulan bagi mengelakkan jangkitan bakteria
pembawa maut.
PAD HERBA RAWAT PENYAKIT?
Kisah Padman yang membantu wanita di India jaga kebersihan ketika datang
bulan.
sihan ketika datang haid, mereka berisiko
dijangkiti Toxic Shock Syndrome. Toxic
Shock Syndrome merupakan suatu jang-
kitan yang disebabkan oleh pembebasan
bakteria badan dikenali sebagai Staphy-
lococcus aureus atau staph. Keadaan ini
berlaku ketika seseorang wanita men-
galami haid terutamanya bagi mereka
yang menggunakan tampon dan ia boleh
mengakibatkan kematian.
“Kebanyakan wanita yang dijangkiti
bakteria ini selalunya tidak segera
mendapat rawatan akibat malu. Namun
begitu, sama ada mahu menggunakan
Penggunaan pad herba dikatakan mampu
merawat penyakit. Persoalannya, adakah
benar dengan hanya memakai pad, segala
masalah wanita boleh diselesaikan?
“Terdapat banyak jenis pad dipasaran.
Ada yang berbau herba dan ada juga yang
diletakkan pewangi. Ia bertujuan untuk
mengelakkan bau hanyir darah haid
wanita. Namun begitu, terdapat juga di
antara peniaga yang mendakwa ia boleh
merawat penyakit wanita seprti cyst dan
sebagainya.
“Walau bagaimanapun, semua pad hanya
dipakai di luar badan sahaja dan bahan
yang digunakan tidak sekali-kali mampu
memasuki saluran darah dan seterusnya
merawat kawasan bermasalah. Hakikatnya,
pad hanya mampu menampung darah
haid sahaja dan tidak boleh merawat apa-
apa, dan sehingga sekarang penjual yang
mendakwa pad mampu merawat tidak
tampil dengan kajian klinikal yang sah,”
jelasnya.- al-Siha