28
al-Siha | September, 2019
jom cergas
Masyarakat kita kurang aktif
Rakyat Malaysia disarankan berjalan 10,000 langkah sehari agar kekal sihat
K
urang aktiviti
fizikal antara
penyumbang
kepada isu
obesiti dan
penyakit tidak
b e r ja n g k i t ( N C D ) d a l a m
kalangan rakyat.
Menurut Pengarah Bahagian
Pendidikan dan Promosi Kesi-
hatan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), Suraiya Syed Suraiya Syed
Mohamed, kurangnya aktiviti Mohamed.
fizikal menyebabkan keperluan
badan individu menjadi tidak seimbang, apatah lagi jika
seseorang itu mengamalkan pemakanan yang tidak sihat
menyebabkan hanya terlalu banyak input (sumber yang
diperlukan) berbanding output (pengeluaran).
“Merokok, mengamalkan pemakanan yang tidak sihat,
kurang aktiviti fizikal, kesihatan mental dan juga persekita-
ran yang tidak sihat antara penyebab NCD,”katanya.
“Aktiviti harian boleh terganggu meskipun hanya
mengalami sakit gigi, sedangkan gigi cuma bersaiz kecil
sahaja di dalam mulut, bagaimana pula jika individu
itu mengalami sakit kronik seperti kanser, jantung dan
sebagainya?,”katanya.
Rakyat Malaysia disarankan untuk berjalan setiap hari
sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari, tetapi kajian
BookDoc pada tahun 2018 menunjukkan rakyat Malaysia
secara purata berjalan hanya 2,500 langkah sehari ber-
banding negara lain seperti Hong Kong dengan catatan
5500 langkah sehari, Singapura (4500), Thailand (4000),
Brunei (3500),dan Indonesia (3200).
Foto: Phalinn ooi
Rakyat negara ini lebih suka melepak berbanding
melakukan aktiviti sihat.
“17 peratus sahaja rakyat Malaysia yang tinggal di Kuala
Lumpur memilih untuk berjalan. Manakala 98.5 peratus
tidak pernah berjalan.
Jelasnya, kerajaan begitu komited untuk melahirkan
rakyat yang sihat sejahtera, dengan pelbagai promosi,
kempen dan aktiviti dijalankan. Hari Sukan Negara, pro-
gram kurangkan berat badan, Senaman Asas Kesihatan,
10,000 langkah dan banyak lagi usaha dilaksanakan untuk
memupuk minat orang ramai kearah gaya hidup yang lebih
sihat. — al-Siha
X-Break, rutin regangan ringkas
Aktiviti berpeluh sangat penting dan untuk menarik
minat lebih ramai melakukan senaman, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan X-Break
iaitu aktiviti regangan ringkas di ruang kerja dan dilaku-
kan semasa waktu bekerja. Menurut Pengarah Bahagian
Pendidikan dan Promosi Kesihatan Kementerian Kesi-
hatan Malaysia (KKM), Suraiya Syed Mohamed berkata,
senario sekarang sangat berbeza.
“Segalanya lebih mudah, makanan hanya dipesan
semudah satu ‘klik’ saja dan terus sampai depan rumah.
Sarapan juga sudah ada orang yang boleh tolong belikan,”
jelas beliau.
“Lapan jam waktu
bekerja kebanyakannya
dihabiskan dengan
tugasan di depan
komputer masing-
masing. Sebab itulah
X-Break diperke-
nalkan untuk
mengelakkan
pekerja duduk ter-
lalu lama. Duduk
jadual aktiviti
kecergasan mengikut umur
Umur Masa
5 -17
tahun 60 minit
sehari
18- 64
tahun 65 tahun
ke atas
Otot dan
tulang
Lebih 60
minit sehari 3 kali
seminggu
75 atau
150 minit
setiap
minggu 150 atau
300 minit
setiap
minggu Lebih
dua kali
seminggu
75 atau
150 minit
setiap
minggu 150 atau
300 minit
setiap
minggu Lebih
dua kali
seminggu
Foto: Sara
h pflug
Duduk terlalu
lama dipejabat beri
kesan buruk
terhadap kesihatan.
Untuk
lebih sihat
Sebab itulah
X-Break
diperkenalkan
untuk mengelakkan
pekerja duduk
terlalu lama."
melebihi dua jam tidak elok untuk kesihatan.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
turut menyarankan pekerja untuk melakukan aktiviti
senaman dan sektor awam dan swasta diberi fleksibil-
iti melaksanakan senaman ringan atau X-Break selama
15 minit semasa waktu bekerja mengikut kesesuaian
dan masa operasi organisasi masing-masing.
“KKM juga telah memperkenalkan kempen hidup aktif
yang menggalakkan orang ramai untuk aktif dan berjalan
kerana berjalan adalah senaman paling ringkas yang boleh
dilakukan,” jelas beliau dalam ucapan sempena sesi town
hall jaringan pintar program promosi kesihatan yang
dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon
Chye. — al-Siha