18
al-Siha | SEPTEMBER, 2019
PENGLIHATAN
Prihatin kesihatan
mata masyarakat
Persatuan Optometris Malaysia (AMO), lancarkan
Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019
turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa kesi-
hatan mata itu sebenarnya bukan hanya sekadar memiliki
penglihatan yang baik, malah menggalakkan pemeriksaan
secara berkala bagi mencegah kerosakan atau jangkitan.
TINGKAT KESEDARAN
Presiden AMO, Woon Pak Seong ajak orang ramai
beri perhatian sewajarnya terhadap penjagaan
kesihatan mata.
S
EMPENA Hari Penglihatan Sedunia 2019
Oktober ini, Persatuan Optometris Malaysia
(AMO) dan Majlis Optik Malaysia (MOC) telah
melancarkan NEHA 2019 sebagai insiatif untuk
meningkatkan lagi kesedaran orang ramai ter-
hadap pentingnya penjagaan kesihatan mata.
Sejak kempen pertama seumpama ini dilancarkan
pada 2016, NEHA telah mendidik orang ramai tentang
kepentingan penjagaan mata yang baik.
Kempen yang bertemakan 'Eyecare For All' ini juga
Kajian Kesihatan Mata Kebangsaan yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2014
mendapati 58 peratus dari kes kebutaan di Malaysia ber-
punca dari masalah katarak diikuti oleh retinopati diabetes
dan glaukoma.
Sementara itu, Presiden Persatuan Optometris Malaysia
(AMO) Woon Pak Seong berkata, walaupun tahap keseda-
ran terhadap kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia
semakin meningkat, namun masih ada yang tidak menitik-
beratkan tentang kesihatan mata masing-masing.
“Mata merupakan antara organ yang paling penting
bagi manusia dan kita memerlukan penglihatan yang baik
untuk menjalani kehidupan, namun masih ramai yang
tidak melakukan pemeriksaan mata secara berkala. Tahun
ini, NEHA berhasrat untuk meneruskan usaha meningkat-
kan lagi tahap kesedaran orang ramai terhadap penjagaan
mata,” jelas Woon Pak Seong.
Tambah beliau, ‘Segamat Peadiatric Eye Disease Study’
(SEGPAEDS) yang dijalankan oleh KKM dan South-East
Asia Community Observatory dari Monash University,
mendapati 10 kanak-kanak di Malaysia menghadapi
masalah visual yang memberi kesan seperti pening kepala
dan juga mengganggu proses pembelajaran.
“Sekiranya isu ini tidak di rawat segera, kanak-kanak
berkenaan akan berisiko mengalami masalah visual secara
kekal dan mungkin membawa kepada kebutaan.
PERKUKUH JALINAN KERJASAMA
Tahun ini, AMO bekerjasama dengan tujuh buah universiti
di sekitar Lembah Klang dengan mengadakan pemerik-
saan mata bagi anak-anak yatim dan juga warga emas dari
komuniti B40.
“Selain pemeriksaan mata, kempen tersebut juga dia-
dakan bertujuan untuk menyediakan kaca mata preskripsi
bagi golongan B40 dan mereka yang kurang bernasib baik
di Malaysia serta memastikan mereka mempunyai akses
sepatutnya dalam penjagaan mata.
Tujuh buah universiti yang terlibat adalah UCSI Univer-
sity, Universiti Kebangsaan Malaysia National Institute of
Ophthalmic Sciences (NIOS), Universiti Teknologi MARA
(UiTM), International Islamic University Malaysia (IIUM),
SEGi University dan Management and Science University
(MSU).
“Pemeriksaan Amblyopia dan Kecacatan Visual (AVIS)
dari KKM juga akan turut serta menjayakan inisiatif ini.
Kempen yang akan dijalankan selama empat bulan
dan berakhir oktober ini dijangka akan memanfaatkan
sekurang-kurangnya 1,000 pesakit.
PENAJAAN
Acara memotong riben simbolik perasmian NEHA 2019.
Woon Pak Seong turut berterima kasih kepada penaja
utama, Johnson & Johnson Vision Care dan Essilor Malay-
sia Sdn Bhd, dalam menjayakan NEHA 2019.
Johnson & Johnson Vision Care telah bekerjasama
dengan AMO sejak NEHA dilaksanakan pada tahun 2016
untuk mendidik pengguna agar memiliki penglihatan
yang lebih baik, visual yang lebih jelas dan menunjuk-
kan kaedah tepat pemilihan kanta lekap. Manakala
Essilor Malaysia Sdn Bhd pula bekerjasama dengan AMO
untuk meningkatkan lagi kesedaran terhadap masalah
penglihatan seperti miopia, yang memberi kesan kepada
penglihatan kanak-kanak dan menjejaskan pembelajaran
serta juga aktiviti harian mereka.
AMO berharaf agar dengan Pelancaran NEHA 2019
ini, rakyat Malaysia lebih prihatin terhadap kepentingan
melakukan pemeriksaan mata dan lebih peka terhadap
risiko tertentu sekiranya kesihatan mata ini tidak diberi
perhatian sewajarnya.
Layari www.amo.org.my/fi ndoptometrist untuk mak-
lumat lanjut. — al-Siha