September, 2019 | al-Siha
pena pakar
17
Bijak buat keputusan
jawatan yang lebih tinggi satu hari nanti.
Sebab rahsia kejayaan itu ialah tahu apa yang perlu
dilakukan dan kenal siapa yang boleh membantu mem-
bukakan laluan untuk kita naik ke atas. Dengan pergaulan
yang luas maka mudahlah kita membuat keputusan
berdasarkan pengalaman orang lain. Ilmu yang diper-
olehi melalui pergaulan langsung sebegini sangat mahal
nilainya dan tidak mungkin dapat dipelajari di sekolah
atau universiti.
Motivasi
Oleh
Dr Tengku
Asmadi bin
Tengku
Mohamad,
Pakar Motivasi
S
etiap hari kita perlu membuat keputusan
dalam hidup ini. Sama ada keputusan-kepu-
tusan kecil mahu pun besar. Ada keputusan
yang dibuat tidak memberikan kesan pada
masa depan seperti pagi ini mahu sarapan apa?
Mahu pakai baju apa? Mahu jumpa kawan di
mana? Dan pelbagai lagi soalan-soalan yang memerlukan
jawapan kita. Ada pula keputusan yang penting kepada
kehidupan dan perlu diperhalusi dan difikirkan masak-
masak. Misalnya, mahu terima atau tidak lamaran dia?
Ingat, keputusan yang dibuat memerlukan kita hidup
dengannya mungkin sepanjang hayat. Adakah orang yang
kita pilih itu terbaik buat kita? Mahu ambil bidang atau
jurusan apa di universiti? Kena sedar bahawa keputusan
yang dibuat berkemungkinan besar menyebabkan anda
menghabiskan sebahagian besar usia memilih kerjaya yang
anda sendiri tidak berminat atau tidak mampu menyer-
lahkan potensi sebenar. Akhirnya, anda hanya jadi orang
biasa- biasa.
Ramai orang sukar membuat keputusan yang bijak
apabila berdepan dengan masalah atau ketika perlu
membuat sesuatu pilihan. Keputusan yang bijaksana
biasanya mampu dibuat berdasarkan pengalaman dan
kematangan hidup. Pengalaman pula datangnya daripada
ilmu pengetahuan, pergaulan, peristiwa lampau (sama
ada baik atau buruk) dan kemampuan berfikir yang tinggi.
Seseorang yang takut berhadapan dengan cabaran, lari
apabila berhadapan dengan masalah atau sentiasa cuba
mencari jalan singkat bagi menyelesaikan sesuatu perkara
tidak akan mendapat pengalaman hidup yang bernilai bagi
membolehkan dia membuat keputusan bijak pada masa
akan datang.
Sebaliknya, seseorang yang sanggup mencuba sesuatu
yang baharu, berani mengambil risiko dan menerima
perubahan sebagai sesuatu yang positif biasanya akan
mendapat pengalaman yang berharga dan menjadikannya
seorang yang bijak membuat keputusan di masa-masa
yang akan datang.
Namun begitu, bukan bermakna kita mengambil risiko
tanpa pertimbangan. Sebab membuat keputusan untuk
mengambil risiko juga satu keputusan. Malah tidak semes-
tinya perubahan itu sesuatu yang baik. Kerana perubahan
membuka ruang kepada pelbagai persoalan baru yang
tidak terjawab sehinggalah kita melaluinya.
Berikut adalah beberapa tip untuk membolehkan kita
membuat keputusan yang bijak:
sama ada iklan yang disiarkan melalui internet mem-
punyai kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU)
atau tidak. Ini penting bagi memastikan bahawa fakta,
tuntutan perubatan dan testimoni yang digunakan
dalam iklan tersebut diakui sahih, benar dan bukannya
direka-reka demi melariskan sesuatu produk.
KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk men-
jalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), Facebook, Google
dan syarikat-syarikat e-dagang bagi menyekat laman
sesawang dan akaun penjual yang didapati menyalahgu-
nakan sesuatu platform tersebut untuk aktiviti penjualan
produk terlarang.
Pemantauan laman sesawang internet dan serbuan
serta pemeriksaan di pintu masuk utama negara juga
turut dilakukan secara berterusan dan tindakan pen-
guatkuasaan akan diambil ke atas individu yang disyaki
menjual produk kesihatan terlarang secara dalam talian.
Program Perkhidmatan Farmasi, KKM akan
meneruskan kempen kesedaran “Waspada Pembe-
lian Ubat Online” dengan slogan #biarbetuliklanni!.
— al-Siha
Fahami isu atau masalah
Ramai sukar buat keputusan jika hadapi situasi
getir dalam hidup.
Faham apa yang kita mahukan
Ada ketikanya keputusan sukar dibuat kerana kita tidak
tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini. Orang yang
ingin kaya akan buat keputusan untuk berniaga setelah
beberapa tahun bekerja makan gaji. Sebaliknya seseorang
yang mahu menjadi Ketua Eksekutif dan menerajui sebuah
syarikat korporat terkemuka akan membuat keputusan
untuk menyambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi
dan seterusnya bekerja dengan penuh dedikasi dan sen-
tiasa berusaha menonjolkan keupayaan diri dan bakat
kepemimpinannya.
Apabila kita sudah jelas dengan apa yang dimahukan
maka mudahlah membuat perancangan tentang apa
yang perlu dilakukan. Oleh itu, luangkan masa untuk
betul-betul membuat analisis diri tentang minat, bakat,
kecenderungan, kebolehan, potensi, peluang, ruang, risiko
dan sebagainya.
Malah lebih baik jika berikan masa untuk membuat
analisis ‘SWOT’ terhadap diri sendiri. Dengan cara ini
kita tahu apa yang sesuai untuk kita. Sebab mungkin apa
yang kita mahu itu sekadar ikut-ikutan dan tidak sesuai
dengan bakat dan kebolehan kita. Mungkin juga sesuatu
yang kita mahu itu memang bertepatan dengan minat dan
kebolehan tetapi tidak pula mempunyai potensi pekerjaan
yang terjamin.
Bergaul dengan orang lama
dan lebih berpengalaman
Ada sesetengah orang merasa kekok apabila bergaul
dengan mereka yang lebih berusia, berkedudukan dan
berpangkat lalu memilih untuk bergaul dengan mereka
yang setaraf sahaja. Untuk berjaya kita hendaklah bergaul
dengan mereka yang telah pun terlebih dahulu mengecapi
kejayaan dan lebih dahulu makan garam.
Pertama, kita akan dapat pengalaman dan cerita dari-
pada mereka tentang rahsia dan petua mencapai kejayaan.
Kedua, kita boleh meminta pandangan daripada orang
yang berkualiti dalam membuat sesuatu keputusan
penting. Ketiga, kita akan lebih dikenali oleh mereka dan
mungkin akan diangkat nama untuk mengisi kekosongan
Kerapkali kita tidak dapat membuat keputusan disebab-
kan kita tidak faham apa isu atau masalah yang sedang
dihadapi. Kesannya, kita sendiri keliru dan tidak pasti apa
punca sebenar sesuatu masalah itu lalu sukar membuat
keputusan yang baik.
Kita terpengaruh dengan cakap-cakap orang, retorik,
kempen, iklan dan seumpamanya hinggakan semua input-
input itu mempengaruhi keputusan yang mahu dilakukan.
Sebab itulah apabila berhadapan dengan masalah, isu dan
kesukaran maka usah buat keputusan ketika minda tidak
fokus dan tajam. Menangguhkan keputusan seketika ada
ketikanya membawa kepada rahmat yang besar. Namun
perlu juga diingat, usah lama menangguhkan keputusan
terutamanya apabila berhadapan dengan risiko kehilangan
peluang keemasan. Kena bijak seimbangkan dua keadaan
ini.
Ketepikan soal ego dan emosi
Ada ketikanya kita menjadi begitu beremosi hinggakan
emosi negatif seperti marah, dendam, cemburu, irihati,
dengki dan seumpamanya mempengaruhi keputusan.
Akhirnya, setelah keputusan dibuat barulah datangnya
penyesalan.
Ketika itu, penyesalan sudah tiada gunanya lagi.
Sebab itulah dalam membuat keputusan, ia perlu datang
dari hati yang ikhlas mencari jawapan. Kesan baik dan
kesan buruk daripada keputusan itu perlu diletakkan
betul-betul atas neraca timbangan dan diperhalusi dengan
akal fikiran bukannya perasaan. Tulis masalah atas kertas.
Usah biarkan masalah berserabut dalam fikiran. Lihat
keutamaannya.
Buatlah solat Istikharah
Untungnya menjadi orang Islam ialah kita mempunyai
cara yang boleh membantu dalam membuat keputusan
iaitu melalui solat Isthikarah. Setelah jelas apakah bentuk
keputusan atau pilihan yang perlu dibuat maka dirikanlah
solat Istikharah. Selainnya serahlah pada Allah s.w.t untuk
memberikan kita petunjuk. Ada ketikanya petunjuk itu
datang melalui mimpi. Ada ketikanya melalui gerak hati
yang terasa cenderung kepada sesuatu pilihan sedangkan
sebelum ini akal lebih mahukan pilihan yang berbeza. Ada
ketikanya, Allah s.w.t menghantar seseorang yang mem-
bantu kita membuat keputusan dan pilihan. Namun apa
juga caranya, bersyukurlah dengan pilihan dan keputusan
yang telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t itu. Sebelum solat
Istikharah itu dilakukan, dapatkan dulu pandangan dari-
pada semua pihak. Usah mendengar, percaya dan taksub
dengan hanya satu pihak sahaja. — al-Siha