al-Siha : September 2019 | Page 15

SEPTEMBER, 2019 | al-Siha ISU: DENGGI 15 Kenali aedes dan demam denggi! SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL n YAMuK aedes telah lama bermastautin di negara ini. Ia dikatakan berasal dari kawasan tropika dan subtropika sebelum disebarkan ke seluruh benua kecuali antartika melalui aktiviti manusia. nama aedes diperoleh daripada perkataan Yunani kuno yang bermaksud tidak menyenangkan kerana nyamuk ini membawa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Jom kenali nyamuk aedes! 1. Fakta ringkas tentang nyamuk aedes • • • • Menggigit pada siang hari dengan keaktifan tinggi pada waktu subuh dan senja. nyamuk aedes bertelur dalam air jernih lebih kurang 200 biji telur. Ia bertelur ditepi dinding bekas. Jarak terbang nyamuk aedes adalah diantara 200 hingga 400 meter. telurnya mampu bertahan sehingga enam bulan • tanpa air. Jangka hayat nyamuk dewasa ialah sebulan. namun, akan mati lebih cepat jika terdapat virus di dalam badannya. 2. Transmisi demam denggi • • • Virus denggi memasuki nyamuk aedes Albopictus dan aedes Aegypti ketika menghisap darah pesakit demam denggi. nyamuk aedes yang membawa virus denggi kemu- diannya akan menyebarkan virus berkenaan kepada individu lain dengan cara menghisap darah. Demam denggi hanya boleh disebarkan oleh nyamuk aedes yang bervirus. 3. Transovirian • • Virus denggi juga mampu memasuki telur nyamuk aedes. Ia secara tidak langsung berada di dalam badan nyamuk aedes pupa hingga dewasa. tulang belakang, sakit sendi, loya dan muntah, sakit biji mata serta ruam. 7. Perlukah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital? rawatan perlu segera dijalankan sekiranya mendapati tanda-tanda demam denggi. 8. Bolehkah demam denggi membunuh? Demam denggi boleh membawa kematian. 9. Adakah fogging dapat mengelakkan penyeba- ran demam denggi? Fogging tidak akan dapat mengawal penyebaran demam denggi sepenuhnya di sesuatu lokaliti. Ini kerana fogging hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja. Bekas-bekas yang dikhuatiri mengandungi jentik-jentik perlu dimusnahkan juga. 10. Adakah telur nyamuk juga boleh terkena virus denggi? Menurut kajian, telur nyamuk aedes juga boleh dijangkiti virus denggi sekiranya virus berkenaan menjangkiti induknya. Virus dari telur kemudiannya akan dibawa hingga menjadi nyamuk dewasa. Oleh sebab itu, fogging sahaja tidak memadai. 11. Kenapakah fogging hanya dilakukan pada waktu subuh dan senja sahaja? Fogging dilakukan pada waktu berkenaan kerana keaktifan nyamuk aedes pada waktu itu. Ini sekaligus memberi peluang untuk membunuh nyamuk aedes. 12. Kenapakah fogging tidak boleh dijalankan terlalu kerap di sesuatu kawasan? Fogging tidak boleh dilakukan terlalu kerap di ses- uatu kawasan kerana nyamuk aedes boleh menjadi kebal terhadap racun yang digunakan. Jika kekeba- lan nyamuk berlaku, maka racun perlu kerap ditukar atau keberkesanan membunuh nyamuk aedes akan berkurang. 13. Apakah yang perlu dilakukan semasa fogging dijalankan? Semasa fogging dijalankan, tutup semua makanan dan minuman, buka pintu dan tingkap supaya asap fogging memasuki rumah dan membunuh nyamuk aedes. Jika anda sensitive terhadap asap, sila ambil langkah yang sesuai bagi mengelakkan terhidu asap fogging. FAQ SOALAN LAZIM 1. Apakah yang menyebarkan demam denggi? Demam denggi disebarkan oleh nyamuk aedes Albop- ictus dan aedes Aegypti yang mempunyai virus denggi. • • 2. Di manakah nyamuk aedes membiak? nyamuk aedes biasanya akan membiak di dalam akuarium, perangkap semut, timba, kolam atau kolah mandi, tempayan, tayar buruk, tempurung kelapa, botol atau gelas pecah yang mengandungi air, saluran air hujan, pokok pisang, pokok keladi, longkang tersumbat dan sebagainya. • 3. Bagaimanakah cara pencegahan nyamuk aedes? • Salin air dari tempat simpanan air sekurang- kurangnya seminggu sekali. Pastikan ia dibasuh bersih sebelum menyimpan air yang baru. • tutup semua tempat simpanan air. • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air tiga bulan sekali. • Buang air pada tempat-tempat takungan air seperti pasu bunga seminggu sekali dan pastikan ia dibasuh bersih. 5. Adakah semua nyamuk aedes menyebarkan virus demam denggi? Hanya nyamuk aedes pembawa virus sahaja yang menyebarkan virus demam denggi. Bekas yang tidak digunakan perlu dibuang segera. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan dedaun yang menyekat saluran. Pelihara ikan gapi, puyu dan sebagainya di dalam tangka air untuk memusnahkan jentik-jentik. 4. Adakah nyamuk aedes membiak di dalam air yang kotor? nyamuk aedes hanya akan membiak di dalam bekas takungan air jernih yang tidak terlalu tercemar. 6. Apakah tanda-tanda demam denggi? Pesakit akan mengalami tanda-tanda demam denggi selepas tiga hingga enam hari selepas terkena gigitan nyamuk aedes. Dalam masa yang sama, pesakit akan mula mengalami demam panas, sakit kepala, sakit 14. Adakah fogging boleh menyebabkan masalah kesihatan lain? Jenis racun yang digunakan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan World Health Organisa- tion (WHO). Meskipun begitu, langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti menutup makanan semasa proses fogging dilakukan. 15. Adakah kakitangan majlis mempunyai kuasa untuk memasuki rumah dan menjalankan pemeriksaan? Seksyen 5 Akta Pemusnah Seranggan Pembawa Penyakit 1975 memberi kuasa memasuki dan memeriksa kediaman penduduk kepada kakitangan majlis. 16. Apakah yang akan berlaku sekiranya penduduk tidak memberi kerjasama kepada kakitangan majlis? Seseorang yang menghalang pegawai berkuasa dari melaksanakan tugas di bawah Seksyen 21 Akta DDBIA 1975 ini adalah bersalah dan jika disabit kes- alahan boleh didenda tidak melebihi rM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. — al-Siha Terima kasih: http://eps.mbpj.gov.my