al-Siha : September 2019 | Page 14

14 al-Siha | September, 2019 ISU: DENGGI Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kes denggi, influenza tertinggi di Malaysia KKM pantau rapi penularan penyakit di kawasan 'panas' M enurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berbeza dengan denggi, jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Namun begitu, data proksi bagi trend jangkitan influ- enza yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia direkodkan daripada aktiviti survelan yang dijalankan melibatkan beberapa lokasi sentinel di seluruh negara. “Kejadian berkaitan jangkitan pernafasan meliputi influenza di Malaysia sentiasa dipantau rapi oleh KKM bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem survelan tersebut,” katanya. Pemantauan tersebut meliputi kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan severe acute respiratory infection (SARI). Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau sebarang perubahan kepada virus influenza yang terdapat di Malaysia. ANALISA INFLUENZA Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan tersebut, kes ILI didapati mencatatkan pening- katan dalam julat normal sejak bulan Jun 2019. “Trend yang direkodkan ini adalah hampir sama ber- banding tren pada tahun sebelumnya. Begitu juga, analisa terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baharu (novel virus),” katanya dalam satu kenyataan. GEJALA INFLUENZA Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama sep- erti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Demam selsema atau flu adalah sangat mudah berjangkit. Oleh itu, penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera atau polis. Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakitpenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain. PENYEBAB KEMATIAN Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian. Data proksi bagi trend jangkitan influenza yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia direkodkan daripada aktiviti survelan yang dijalankan melibatkan beberapa lokasi sentinel di seluruh negara” Oleh itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Begitu juga, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza. Justeru, mendapatkan rawatan segera bagi gejala jangkitan yang dialami adalah amat penting bagi mengelakkan ianya daripada menjadi bertambah serius dan menimbulkan komplikasi jangkitan yang tidak diingini. Bagi mencegah penularan jangkitan influenza, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekal- kan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat. CEGAH INFLUENZA Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (face mask). Orang awam diminta segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk atau sakit tekak yang berterusan. — al-Siha