al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 4

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 p04 Masakan nostalgia lebih berkhasiat “Malah dalam masa yang sama, saya juga dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Nenek saya masak sendiri dari air tangannya. Duduk bersama ketika makan, habiskan masa bersama sambil membuat rutin hariannya. Begitu juga dalam soal kebersihan. Semua itu mempunyai hubung kait dengan kehidupan yang sihat." Makanan barat bukan makanan kita Kehidupan sihat bermula dari asas yang kukuh. Asas yang kukuh bermula daripada pemakanan yang seimbang dan lengkap OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL B AGI Cef Selebriti, Datuk Cef Ismail Ahmad, ‘good strong foundation, good strong wings’ merupakan pegangan paling asas dalam kehidupan yang sihat. Ini kerana, asas kehidupan yang betul bermula daripada pemakanan awal. “Kehidupan yang sihat bermula daripada minda. Kegembiraan misalnya, akan memberitahu bahawa makanan akan membuatkan jiwa rasa gembira. Manakala, kesihatan pula akan memberitahu makanan yang tidak menyihatkan." “Makanan sepanjang kita membesar memainkan peranan yang sangat penting. Makanan-makanan inilah yang membantu kira rasa gembira dan bahagia di mana ia akan mencetuskan kepada kesihatan yang lebih baik." “Sepanjang saya dibesarkan, masakan nenek paling lekat di jiwa. Masak labu, nangka, keledek, ubi manis, betik, pucuk labu dan macam-macam lagi. Masak gulai tempoyak, masak bening, pengat pisang dan macam- macam masakan tradisional lain. Semua ini disediakan secara organik." “Keledek ditanam sendiri, ikan saya makan OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL M ENURUT Cef Selebriti, Khalisah Sulaiman atau lebih mesra dipanggil sebagai Cef Ili Sulaiman, Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit dunia dan penggunaan minyak sawit dalam diet harian rakyat Malaysia sudah lama sebati. Jadi, pengabaian terhadap penggunaan minyak sawit adalah mustahil. “Ketika menuntut di United Kingdom (UK) dahulu, minyak sawit merah sinonim digunakan dalam proses memerap ayam. Hasilnya, ayam akan bertukar menjadi warna kemerahan yang sangat cantik dan menggiurkan,”katanya. “Namun, berbeza kita di Malaysia yang menggunakan minyak dengan cara gorengan deep fry yang jelas mampu mendatangkan masalah lain kepada kesihatan. Sedangkan teknik yang diamalkan oleh penduduk di barat jauh lebih baik. Malah dalam masa yang sama, mereka tetap mendapat khasiat daripada minyak sawit yang digunakan." “Kehidupan yang sihat bermula daripada minda. Kegembiraan misalnya, akan memberitahu bahawa makanan akan membuatkan jiwa rasa gembira. Manakala, kesihatan pula akan memberitahu makanan yang tidak menyihatkan." – Datuk Cef Ismail Ahmad Pilih menu sihat sebelum terlambat Permulaan Kerjaya Pemakanan lebih sihat Jelas beliau, kebanyakan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat menyekat pengambilan nasi sedangkan sejak dari awal lagi, masyarakat kita sudah sebati dengan pengambilan nasi. Ia jelas suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku. Nasi boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang betul. Begitu juga pengamalan diet sihat, ramai yang meniru budaya barat kononnya Eat Clean. Sedangkan negara kita juga memiliki banyak makanan sihat seperti ulam dan sebagainya. Ini semua merupakan makanan sihat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. bila datuk saya ke pasar, daging jarang-jarang makan, protin dari telur ayam. Telur tu dari ayam yang nenek bela sendiri yang diberi makan hampas kelapa, hampas padi, jagung dan macam-macam lagi dari sumber organik lain." “Sarapan pagi pula, saya dihidangkan dengan dua biji telur separuh masak setiap hari bersama minuman coklat dan minyak ikan sebagai makanan tambahan untuk otak. Roti jarang-jarang sekali ada. Semua ini diamalkan setiap hari. Kerana makanan ini badan saya sihat. Saya sampai tidak ingat bila saya jatuh sakit." “Pemakanan inilah yang mengembirakan saya, sekali gus menyihatkan tubuh saya setiap kali saya menikmatinya. Dari kecil saya dipasak dengan kepentingan makanan yang menyihatkan. Dan ia menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Walaupun saya ada diabetes akibat keturunan, namun gula dalam darah saya terkawal kerana hingga ke hari ini saya masih mengamalkan cara pemakanan seperti zaman sewaktu kecil dahulu." “Sebab itu, jangan diberi anak-anak kita makan makanan yang merepak. Kerana makanan yang sihatlah yang akan membentuk penglihatan yang jelas, pembentukan otot yang sihat, perkembangan minda dan sebagainya. Semua ini nenek saya sediakan walaupun dia tidak sekolah tetapi dia tahu apa makanan terbaik untuk saya." “Kebanyakan orang yang nak sihat atau nak kurus memilih mengikut rutin makanan sihat dari negara barat. Sebagai contoh brown bread atau brown rice. Bukan tentang apa yang dimakan, sebaliknya bagaimana cara kita makan. Kita makan sahaja makanan yang di cadangkan, padahal apabila makan berkali-kali kita sebenarnya tidak gembira dengan makanan tersebut. Akhirnya terpaksa berhenti. Ini bukan sihat namanya. Ini menganggu emosi." “Berbeza jika kita makan makanan ketika kita dibesarkan seperti sayur pucuk ubi ikan masin dan lain-lain, emosi mengimbau masa lalu dan rasa gembira. Inilah makanan kita dan ia lebih menyihatkan. Sama ada anda dari golongan kaya, berpendapatan sederhana mahupun rendah, semua makan telur mata kerbau masak kicap. Inilah yang dikatakan makanan yang membawa kegembiraan dan sekali gus menyihatkan." “Kuncinya adalah makanan yang membuatkan anda rasa gembira, itulah kehidupan yang menyihatkan,” jelasnya." — al-Siha Plus “Penggunaan minyak sawit dalam diet harian rakyat Malaysia sudah lama sebati.” – Cef Ili Cef Ili merupakan cef selebriti yang cukup popular pada hari ini, perniagaan menjual makanan menggunakan mangkuk tingkat menjadi titik tolak buat beliau, sebelum dilamar Astro Ria menerusi program Diari Mangkuk Tingkat Ili pada Februari 2015. Meminati dunia masakan sejak kecil lagi, malah selalu menghabiskan masanya dengan bereksperimen di dapur sambil berkongsi cerita bersama keluarganya. “Saya tidak tahu mengapa saya sangat selesa apabila lepak di dapur. Malah memasak juga menjadi terapi yang boleh menggembirakan hati saya." “Bertitik tolak dari seorang kawan yang disahkan menghidap kanser lymphoma tahap empat, saya mula menceburkan diri dalam bidang masakan secara profesional." “Ketika kawan saya sakit, saya sering memasak untuknya. Dia memuji setiap masakan saya dan memberi cadangan supaya saya terjun ke dalam bidang ini. Bermula dari situ saya berhenti kerja dan menubuhkan Dish by Ili." “Dish by Ili mengetengahkan masakan Melayu yang menggunakan bahan- bahan semula jadi, dibungkus di dalam mangkuk tingkat dan dihantar terus ke rumah-rumah pelanggan. Matlamat saya adalah menyediakan masakan rumah menggunakan resipi rahsia keluarga dan ia tentulah lebih baik daripada membeli makanan di kedai." “Dari perniagaan ini, saya mula mengembangkan bakat dengan mengacarakan program Diari Mangkuk Tingkat. Kemudian saya menyertai Asian Food Channel (AFC), dan menjuarai pertandingan Food Network’s Food Hero pada tahun 2015," katanya. Melalui makanan, kita berhubung “Saya lahir daripada perkahwinan campur di mana ibu saya merupakan kacukan cina dan ‘mat salleh’. Manakala, ayah saya pula kacukan Melayu dan Sri Langka. Oleh itu, saya memiliki banyak pengetahuan dalam pelbagai jenis masakan. Ditambah pula, kawan-kawan yang datang dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India menyebabkan saya mencuba banyak jenis makanan sejak kecil lagi." "Melalui masakan juga, manusia berhubung. Memori paling indah adalah saat berkongsi sepinggan makanan enak bersama orang lain." “Dari perkongsian seperti itu, saya dapat rasa seakan manusia akan menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan tidak mengira latar belakang,” jelasnya. — al-Siha Plus