al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 5

OKTOBER, 2019 | al-Siha Plus p05 Kurangkan kalori dalam masakan – Cef Fazley Bermula sebagai penyanyi, pelakon dan pakar motivasi, siapa sangka Datuk Fazley Yaacob, 41 tahun kini usahawan dan cef selebriti terkenal. Karier beliau dalam bidang kulinari ini dilihat semakin bersinar T ERBAHARU beliau diumumkan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 bagi kategori kulinari pada acara anugerah berprestij anjuran Herald Global & ERTC Media mengalahkan 100 individu berpengaruh lain dari seluruh Asia, sekaligus melakar sejarah sebagai selebriti pertama bidang masakan menerima pengiktirafan dalam penganjuran itu. PERMULAAN KARIER SEBAGAI CEF Menurut anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini, selepas menjuarai MasterChef Selebriti musim pertama, beliau tekad meneruskan pengajian di Le Cordon Bleu Paris dalam bidang kulinari. “Tiga tahun saya berulang alik dari Malaysia ke Paris dan akhirnya selepas mendapat kelayakan, saya mengusahakan perniagaan Sukasucre Bistro. Tidak ramai yang memartabatkan makanan tradisi dalam bentuk yang lebih moden, saya terpanggil untuk mengetengahkan lagi masakan atau makanan tradisi ini dan membuka Sukasucre Bistro dengan tema ‘From Rembau to Paris’ iaitu makanan Negeri Sembilan yang digabungkan dengan elemen makanan Perancis,” katanya. “Sukasucre Bistro sudah bertapak hampir lapan tahun dan kini dalam proses mengembangkan lagi empayarnya. SukaSucre Bistro telah mendapat lebih 25 anugerah dan diiktiraf sebagai salah satu restoran terbaik di Malaysia sebanyak dua kali dengan sokongan semua terutama ayah, ibu dan isteri." Pernah di labelkan sebagai ‘Cef campak- campak’, namun namanya terus dikenali ramai dan konsep masakan itu sendiri membolehkan beliau terus melebarkan sayap hingga ke peringkat global. SOKONG MINYAK TEMPATAN Jelas Datuk Fazley, beliau amat menitik berat tentang kandungan kolesterol dan kalori dalam masakan yang dihasilkan. “Dalam setiap masakan, saya akan pastikan kurang kandungan gula, garam dan juga lemak. Masakan yang dihasilkan biasanya sehingga 30 peratus atau 40 peratus kurang kalori berbanding masakan biasa,” jelas beliau yang menjadikan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed sebagai idola dalam menghasilkan makanan sihat. Saya menyokong penggunaan minyak sawit, minyak keluaran Malaysia malah memastikan minyak sawit sentiasa digunakan dan selalu ada didapur. Penggunaan minyak sawit tidak ada salahnya, meskipun ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa minyak sawit mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi." “Bergelar tukang masak tidak semudah yang disangka, dan paling penting lakukan kajian dengan lebih terperinci, kerana kita boleh membuat pilihan yang bijak. Dunia pembelajaran saya tidak akan pernah habis, walaupun saya dilatih di Perancis, saya tetap “Saya menyokong penggunaan minyak sawit, minyak keluaran Malaysia malah memastikan minyak sawit sentiasa digunakan dan selalu ada di dapur." – Datuk Fazley Yaacob Ayam Percik Limau Purut Madu Bahan-bahan: • 2 peha ayam • 5 bawang putih • 1 sudu besar cili giling • 2 sudu kecil serbuk kunyit • 1 sudu besar gula melaka • • • • 10 bawang kecil 2 inci halia 1 batang serai 1 sudu minyak sawit Kuah: • • • • • • • • 1 cawan santan cair 1 cawan 'cooking cream' 15 ulas bawang merah 2 sudu besar cili giling 2 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk cili 3 inci halia 1 batang serai • 1 limau nipis • 1 sudu besar gula melaka • 1 sudu besar udang geragau • 4 lembar daun limau purut • 1 sudu teh madu Masak dengan kasih sayang RESEPI DATUK FAZLEY Cara-cara: 1. Kisar bahan- bahan untuk perapan ayam, perap ayam selama 30 minit. Kemudian di panggang atau dibakar. 2. Sementara ayam dibakar teruskan membuat kuah percik, kisar bawang merah, halia, masukkan air limau nipis serta serai bersama sedikit air. Masukkan ke dalam pot atau kuali, masak bersama serbuk kunyit, udang geragau dan cili giling. Kemudian masukkan santan dan ‘cooking cream’ serta daun limau purut. Setelah masak masukkan gula melaka dan madu. Sherson (kanan) bersama ibunya, Ann. Sherson, Ann kongsi pengalaman memasak bersama M asakan ibu pastinya makanan kegemaran nombor satu setiap anak yang dirasakan seolah-olah tiasa tandingannya, apatah lagi jika ibu mahir menghasilkan pelbagai jenis masakan dengan rasa yang sedap dan menarik untuk dinikmati. Bagi selebriti popular dunia masakan, Sherson Lian, pengalaman memasak bersama ibunya Ann Lian antara ceritera yang cukup menyeronokkkan untuk dikongsi. “Sejak berusia 11 tahun, setiap kali cuti sekolah, saya akan membantu ibu belajar di negara ini masakan tempatan, belajar lebih banyak lagi termasuk masakan negara." “Jadi ilmu dalam bidang masakan tidak pernah putus, selagi ada hayat selagi itu saya akan sambung belajar." — al-Siha Plus menguruskan perniagaan makanan dan dari situlah minat dalam dunia kulinari ini semakin menebal,” jelas Sherson. “Setiap orang pastinya mempunyai kemahiran memasak yang berbeza, begitu juga kami yang tidak terkecuali mempunyai perbezaan pendapat, namun itulah yang mengeratkan kami, dan menghasilkan menu yang pelbagai. Pun begitu, sudah pastinya masakan ibu adalah yang terbaik,” katanya. Menurut Sherson dan Ann, minyak sawit bukan sahaja menjadi pilihan mereka, malah “Masakan yang dihasilkan dengan kasih sayang, hasilnya pasti akan sedap” - Sherson kebanyakan penduduk di Asia. Selain sebagai sumber vitamin E, anti oksidan yang bagus, minyak sawit juga tidak mempunyai rasa, bau, dan tidak mempengaruhi rasa masakan. Tambah beliau, menu yang sihat adalah masakan yang dihasilkan dari rumah dan setiap orang perlu bijak mencampur-aduk bahan dalam masakan masing-masing. “Cara yang paling baik untuk kekal sihat adalah dengan mengamalkan cara pemakanan yang betul,”jelas Sherson yang disifatkan oleh ibunya sebagai seorang yang kreatif dalam menghasilkan masakan, sehingga segalanya nampak sangat mudah. “Kita perlu lebih berhati-hati, sekiranya mengambil makanan sebagai makanan tengahari, ambillah makanan yang lebih ringan untuk makan malam,” jelas Sherson yang menggemari ayam goreng berempah dan nasi lemak, berbeza dengan Ann yang menggemari vadeh. “Masakan yang dihasilkan dengan kasih sayang, hasilnya pasti akan sedap,” jelas beliau. — al-Siha Plus