24
al-Siha | NOVEMBER, 2018
TENTANG WANITA
Wanita
berisiko
gangguan
mental?
Berleter
mempengaruhi
anak
• 30 peratus rakyat Malaysia
berdepan masalah sakit
mental dan kebanyakannya
wanita
• Perkara ini dipercayai akan
meningkat sekali ganda
dalam tempoh 10 tahun akan
datang
M
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
ASALAH mental
berpunca daripada
tekanan yang terjadi
akibat komplikasi dari
nilai kehendak dan
keperluan yang gagal dibezakan. Apabila ia
tidak diuruskan dengan betul, kecelaruan
emosi, rohani dan psikologi akan berlaku.
Menurut Ketua Seksyen Perkhidmatan
Intervensi, Pejabat Pendaftar, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul
Ghani, keadaan ini berlaku ekoran kega-
galan menguruskan tanggungjawab yang
pelbagai sehingga menjadi bebanan kepada
di negara ini mengalami masalah mental.
kebanyakan wanita.
“Dalam konteks hari ini, kaum wanita
lebih ramai bekerjaya berbanding menjadi
suri rumah yang hanya menguruskan hal-
hal rumah tangga semata-mata. Sebaliknya,
mereka kini memainkan banyak peranan
dan terpaksa memikul bebanan di tempat
kerja dan turut menggalas tanggungjawab
di rumah.
PUNCA MASALAH MENTAL
“Bebanan ini lama-kelamaan akan menjadi
tekanan, kemurungan dan kecelaruan fiki-
ran yang akhirnya mengundang masalah
mental sekiranya tidak dikawal. Di tambah
pula dengan sikap suka memendam
Berleter
dalam Islam
TERUSKAN jika bermanfaat dan tinggalkan
jika tidak bermanfaat.
Sikap suka berleter juga sebenarnya
dipandang dalam Islam. Selagi kata-kata
itu mendatangkan kebaikan, selagi itulah ia
dipandang tinggi dalam agama.
Menurut Imam Muda Hizbur Rahman,
berleter bukanlah satu kesalahan sekiranya
bermanfaat. Namun, jika sebaliknya ia
hanyalah sia-sia. Terdapat satu hadis yang
menerangkan tentang hal ini.
Daripada Abu Hurairah r.a, Sabda Nabi
SAW: “Sebaik-baik muslim adalah yang
meninggalkan perkara sia-sia”
Hadith ini membawa maksud bahawa
Islam amat bertegas terhadap perkara sia-
sia. Ini kerana sekiranya sesuatu perbuatan
itu tidak dijaga, ia berkemungkinan boleh
menyumbang kepada dosa besar.
“Sebagai contoh, individu yang suka
menceritakan keaiban orang digelar
ghibah atau bawa mulut. Hukumnya
adalah haram dan berdosa. Walau
bagaimanapun, menjadi harus sekiranya
sebagai pengajaran dan iktibar. Akan tetapi
dengan syarat menceritakan secara
umum.
“Sebagaimana kata-kata hikmat,
sesiapa yang melunakkan lidahnya
dan cantikkan perkataanya pasti
akan disenangi dan disukai.
Namun jika buruk lidahnya, pasti
tidak disukai. Oleh itu, berjaga-
jagalah ketika berbicara,”
jelasnya.
Imam Muda Hizbur Rahman
MEMBIMBANGKAN... Satu daripada sembilan wanita
perasaan dan tidak berkongsi yang mem-
burukkan lagi keadaan.
Jelasnya, kesihatan mental berkait rapat
dengan pemikiran seseorang. Apa yang
difikirkan itulah yang akan mempengaruhi
tingkah laku. Akhirnya, perkara penting
seperti keperluan asas juga akan menjurus
kepada gangguan kesihatan emosi dan
mental.
Meskipun kajian mendapati wanita
lebih ramai mengalami masalah mental,
namun kaum lelaki juga tidak terkecuali.
Hal ini berpunca dari tekanan hidup ekoran
masalah kewangan, ekonomi, status sosial,
tangungjawab dan sebagainya. Cuma, ia
kurang dibincangkan.
Kenapa wanita
suka berleter?
B
EBANAN dan tanggung-
jawab punca wanita kuat
berleter. Sedarkan mereka
sebelum bertukar menjadi tabiat.
Wanita sering kali dikaitkan
dengan tabiat suka berleter lebih-
lebih lagi apabila sudah bergelar
isteri dan ibu. Meskipun tiada kajian
saintifik, namun hal ini turut diakui
oleh Ketua Seksyen Perkhidmatan
Intervensi Universiti Putra Malaysia
(UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani.
Siti Fatimah Abdul Ghani.
Menurutnya, tabiat berleter
merupakan satu teguran dan berlaku
disebabkan oleh beberapa tujuan
tertentu seperti menasihati, meng-
ingatkan, memberitahu, arahan dan
peraturan.
“Pada awalnya ia bertujuan baik. Namun, bertukar negatif apabila bentuk
penyampaian seperti penggunaan perkataan, intonasi dan bahasa badan
dihantar secara salah. Lebih memburukkan keadaan apabila maksud
yang disampaikan turut tidak difahami. Sekaligus menyebabkan motif
penyampaian terganggu dan memberikan kesan emosi yang tidak baik
kepada orang lain.
Meskipun begitu, tidak dinafikan tabiat ini merupakan satu fitrah
kepada wanita kerana golongan ini memiliki corak pemikiran serta
minda yang sentiasa aktif atau banyak fikir. Ditambah pula per-
anannya dalam rumah tangga di mana kajian mendapati 70 hingga
80 peratus wanita memainkan peranan yang sangat penting
dalam urusan rumah tangga berbanding peranan seorang ayah
dan suami.
“Tabiat suka berleter ini boleh dirawat dengan cara memperb-
etulkan pemikiran. Individu yang suka berleter perlu dibimbing
dan diberi kesedaran tentang kesilapannya ketika berkomunikasi.
Ini kerana gangguan komunikasi akan memberi kesan yang sangat
negatif kepada penerima sekiranya silap dalam penyampaian,” jelasnya.
BERLETER tidak diwarisi tetapi
diserap melalui minda di bawah sedar
yang akhirnya mempengaruhi sikap
anak-anak. Ramai yang tidak tahu
bahawa ketika kita menyampaikan
maklumat, hanya tujuh peratus sahaja
penyampaian, 38 peratus intonasi
dan 55 peratus bahasa badan. Cuba
bayangkan sekiranya penyampaian
diberikan secara salah, bagaimana
maklumat akan diterima dan
seterusnya difahami?
“Bayangkan sekiranya ia terjadi
kepada kanak-kanak. Sudah tentu hal
itu akan mempengaruhi tingkah laku
sama ada bersikap negatif seperti
ibunya atau menjadi penakut, memiliki
kebolehan yang lemah serta kurang
yakin diri,” jelas Siti Fatimah.
FAKTOR GENETIK
Sungguhpun begitu, tabiat suka
berleter ini bukan faktor genetik
yang boleh diwarisi dari generasi ke
generasi. Sebaliknya terjadi akibat dari
pengaruh minda di bawah sedar serta
distorsi kognitif yang mengganggu
diri manusia.
Distorsi kognitif bermaksud
gangguan kepercayaan, pemikiran dan
tingkah laku manusia yang berkait rapat
dengan corak pemikiran yang negatif.
Contohnya seperti terlampau membuat
kesimpulan, menyalahkan, kepercayaan
semua mesti adil, rasa bebanan memiliki
sesuatu yang tidak dimiliki, tersalah
tafsir, pemikiran berlandaskan emosi
serta membesarkan hal-hal yang kecil.
KESAN KEPADA ANAK
Gangguan pemikiran ini akan
mempengaruhi perasaan dan akhirnya
membentuk tingkah laku yang negatif.
“Anak-anak yang masih kecil dan
sedang membesar tidak tahu sikap
yang ditunjukkan ibu bapanya betul
atau salah. Sebaliknya mereka hanya
menyerap secara automatik di mana
akhirnya menjadi sebahagian dari sikap
mereka.
“Tingkah laku manusia dipelajari
menerusi tiga cara iaitu visual, auditori,
dan juga kinestetik. Anak-anak yang
visual cepat mempelajari sesuatu dari
apa yang dilihatnya. Manakala auditori
pula belajar dari apa yang didengari dan
kinestetik pula belajar dari apa yang
diperlakukan kepadanya.
“Sekiranya seseorang mendapati
dirinya suka berleter berusahalah
mencari jalan penyelesaian dengan
mengenal pasti punca masalah.
Ubahlah persekitaran seharian
seperti fizikal, fisiologi, kekeluargaan,
keagamaan, pendidikan, serta
persekitaran sosial. Selain itu, kaedah
psikoterapi, penjagaan kesihatan
seperti pemakanan, mengenalpasti
aura warna pilihan dan melakukan
meditasi terbukti membantu seseorang
untuk bersikap lebih tenang,” jelasnya.