al-Siha : July 2019 | Page 5

july, 2019 | al-Siha BULETIN Saxenda® rawatan untuk kurangkan berat badan Novo Nordisk melancarkan Saxenda® (liraglutide 3.0 mg) S axenda® ubat preskripsi untuk pengurusan berat badan jangka panjang dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah diperkenal baru-baru ini. Menurut Pakar Runding Endokrinologi, Hospital Putrajaya Dr Zanariah Hussein, Saxenda® digunakan bersama diet kalori-rendah dan peningkatan aktiviti fizikal khas untuk golongan dewasa yang mengalami obesiti (kegemukan, BMI ≥30 kg/m2) atau berat badan berlebihan (BMI ≥27 kg/m2 to <30 kg/m²). “Saxenda® juga sesuai untuk penyakit berkaitan berat badan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes jenis dua atau apnea tidur obstruktif,”katanya. Saxenda® mempunyai mekanisme tindakan unik yang serupa hormon dihasilkan badan manusia secara semula jadi untuk mengawal selera, yang dikenali sebagai peptida seperti glukagon (GLP-1). “Dengan mengaktifkan bahagian tertentu otak yang mengawal selera, Saxenda® meningkatkan rasa kenyang dan puas, lantas menyebabkan pengurangan pengambilan kalori dan penurunan berat badan,”katanya. Kajian mendapati Saxenda® menyebabkan pengurangan berat badan jauh lebih ketara dalam kalangan pesakit berbanding plasebo, 9 dari 10 pesakit telah mengurangkan berat badan dengan Saxenda® apabila dilakukan bersama amalan diet serta senaman. Di samping itu, penambahbaikan yang bermakna dari segi klinikal dalam parameter kesihatan seperti pencegahan diabetes di kalangan individu pra-diabetes, penambahbaikan kawalan diabetes dalam kalangan peng- hidap diabetes jenis 2, pengurangan tekanan darah, dan juga kualiti hidup lebih baik dari segi kesihatan berbanding plasebo juga diperhatikan. Sementara itu, Pakar Runding Endokrinologi, Klinik Diabetes & Endokrinologi C-ENDO, Kanada Dr Sue Pedersen berkata, bagi kebanyakan orang yang mengalami obesiti, usaha mengurangkan berat badan dan mengekal- kan kehilangan berat merupakan satu cabaran besar. Dengan pelancaran Saxenda®, profesional penjagaan kesihatan mempunyai pilihan alternatif untuk membantu pesakit mengurangkan berat badan dan penyakit yang berkaitan di peringkat awal.” Dalam kes obesiti yang lebih serius, kita mungkin perlu mempertimbangkan rawatan invasif seperti pembedahan bariatrik. “Dengan pelancaran Saxenda®, profesional penjagaan kesihatan mempunyai pilihan alternatif untuk membantu pesakit mengurangkan berat badan dan penyakit yang berkaitan di peringkat awal,” katanya. Naib Presiden dan Pengurus Besar (Malaysia, Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Maldives), Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd, Richard Abela berkata dengan Saxenda®, Novo Nordisk menawarkan pilihan rawatan yang terbukti secara klinikal dapat membantu orang ramai mencapai pengurangan berat badan yang efektif. — al-Siha 05 Pelancaran ini sebagai kejayaan untuk komitmen jangka panjang meningkatkan kehidupan insan yang menghidap penyakit kronik seperti obesiti di Malaysia.