04
al-Siha | july, 2019
BULETIN
Datuk Dr. Noor Hisham
menjelaskan bahawa
platform ekosistem tempatan
perlu dibangunkan selain
membudayakan inovasi dan
pengkomersialan.
Ringkasan
Hari MEGA We Care IRON FEAST
Mega Lifesciences, syarikat farmaseutikal dan
nutraseukal yang beribu pejabat di Bangkok
menganjurkan Hari MEGA We Care Iron Feast
bertujuan meningkatkan kesedaran tentang gejala
anemia, kekurangan zat besi sebelum ia melarat
menjadi anemia.
Pengurus Besar Malaysia dan Singapura Mega
Lifesciences Sdn. Bhd, Balaji Rajagopal berkata,
Hari MEGA We Care Iron Feast ini menggalakkan
wanita dari semua peringkat umur dan kitaran hidup
untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
pengambilan suplemen zat besi yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan harian mereka demi kesihatan
tubuh badan menyeluruh.
“Ini sejajar dengan komitmen kami dalam penyediaan
produk dan perkhidmatan berkualiti kepada para
pengguna melalui penambahbaikan dan inovasi yang
berterusan,” katanya.
Sementaa itu, Balaji Rajagopal turut merasmikan
suplemen zat besi baharu Ferrovit dan nutrient untuk
kehamilan, Fezza.
“Ferrovit merupakan suplemen zat besi 3 dalam 1
untuk pesakit anemia atau wanita hamil dengan gejala
anemia, boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut
dalam pek Blister 50s. Setiap gel lembut berperisa vanilla
mengandungi zat besi seperti Ferrous Fumerate, Asid
Folic dan Vitamin B12,” katanya.
Jelas beliau, Fenza pula mengandungi 19 jenis
vitamin dan mineral tambahan untuk ibu hamil (nutrien
pra-natal) dan ibu menyusu ( nutrien selepas bersalin)
untuk kesihatan ibu dan bayi.
Sistem pantau gula darah
CareSens Dual
i-SENS melancarkan CareSens Dual, alat pemantau
dwifungsi untuk membantu penghidap diabetes
mendapatkan keseimbangan yang betul dalam
pemeriksaan aras gula darah dan keton harian.
Menurut Presiden i-SENS, Dr Hakhyun Nam, alat
tersebut dapat menghasilkan ujian gula darah yang
cukup teliti.
“Kami tidak melancarkan alat pemantau yang boleh
membantu penghidap diabetes menguruskan penyakit
mereka. Tetapi, kami cuba meningkatkan kesedaran
mengenai diabetes secara lebih meluas.
“Selain itu, kami juga sedar memahami diabetes
mungkin sukar bagi sesetengah individu dan kami
menggalas peranan untuk berkongsi tentang
pengurusan penyakit itu. Kami juga menyeru orang
ramai supaya menjalani pemeriksaan aras gula darah,”
katanya.
Alat pemantau gula darah berkenaan dilengkapi
teknologi terkini yang menawarkan bacaan cepat dan
teliti meskipun hanya sedikit sampel darah digunakan.
Selain mudah dibawa ke mana-mana, alat ini juga
disambungkan dengan aplikasi yang membolehkan
bacaan data dihantar terus ke telefon pintar untuk
pemantauan harian yang lebih komprehensif.
District Race anjuran AIA
Vitality kini di Malaysia
District Race, perlumbaan eksplorasi bandar,
anjuran AIA Vitality buat julung kalinya diperkenalkan di
Malaysia.
Pertama kali dilancarkan di Singapura pada 2018,
District Race merupakan platform perintis yang
menggunakan teknologi untuk menggalakkan orang
ramai menjalani gaya hidup sihat dan aktif dengan
menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dengan
aktiviti eksplorasi bandar melalui aplikasi District Race.
Ketua Pegawai Eksekutif District Technologies, Ben
Pember berkata setelah eksplorasi ini berjaya mencatat
kejayaan dalam penganjuran District Race di Hong Kong
dan Singapura, kami amat teruja untuk memperkenalkan
District Race di Malaysia pula.
“Dengan menawarkan sebuah pengalaman baharu
dalam aktiviti eksplorasi bandar kepada rakyat Malaysia,
kami berharap dapat menggalakkan gaya hidup aktif
dan pada masa yang sama menyemai rasa penghargaan
yang lebih mendalam terhadap bandar mereka sendiri.
Untuk maklumat lanjut, layari www.exploredistrict.
com. — al-Siha
Halatuju
kesihatan digital
komprehensif
Kerajaan menyokong sepenuhnya transformasi
kesihatan digital di Malaysia
D
igital Health Malaysia (DHM) telah
mengadakan Persidangan Telemedi-
cine 4.0 di Subang Jaya baru-baru
ini sebagai sebahagian dari inisiatif
Minggu Kesihatan Digital yang
bermula pada 16 Jun hingga 21 Jun,
dengan kerjasama bersama Persidangan Antarabangsa
Teknologi Biosensor keenam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor
Hisham Abdullah, Telemedicine 4.0 telah mengum-
pulkan individu berpengaruh seperti pembuat dasar,
penggiat industri, pengamal dan penyedia perubatan
sebagai tanda sokongan kearah memperkasakan
kesihatan digital di Malaysia.
“Transformasi digital sedang dibangunkan di
semua industri, dan penjagaan kesihatan juga tidak
terkecuali terutama untuk merealisasikan penjagaan
kesihatan yang lebih baik, mudah, pantas, selamat dan
murah,”katanya.
Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia
juga telah melaksanakan pengawalseliaan untuk
menggalakkan pembangunan teknologi baharu.
“Garis panduan juga telah disediakan untuk mem-
bantu inovator memastikan ciptaan baharu mereka
selamat untuk pesakit dan memenuhi piawaian
penjagaan kesihatan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras
Digital Health Malaysia, dan Perunding pediatrik dan
Pakar Neurologi kanak-kanak, Prof. Dr. Wong Chee
Piau berkata perubatan klinikal di seluruh negara telah
berkembang dengan pesat.
Bertemakan ‘4th Industrial Revolution in Health-
care’, persidangan yang diadakan selama dua hari ini
turut membentangkan visi masa depan penjagaan
kesihatan di Malaysia dalam Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR), dengan matlamat menyampaikan
perkembangan teknologi terkini dan pelaksanaannya
dalam penjagaan kesihatan.
“Pelan halatuju digital yang komprehensif adalah
penting dan memerlukan kerjasama dari semua pihak,
dari kalangan sektor awam mahupun swasta,”tambah
Prof Dr. Wong. — al-Siha
Pusat kanser baharu di Johor
G
leneagles Medini Hospital Johor mel-
ancarkan pusat kanser baharu baru-baru
ini. Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles
Medini Hospital Johor, Jean-Francois Naa berkata,
pusat kanser bernilai 25 juta itu merupakan penam-
bahnilai kepada RM400 juta yang dilaburkan kepada
hospital itu sejak mula beroperasi pada tahun
2015.
“Pusat kanser ini menawarkan perkhidmatan
perubatan lengkap seperti rawatan radioterapi,
kemoterapi, terapi hormon, imunoterapi dan terapi
biologi sasaran.
Jelas beliau, dengan rawatan diberikan oleh
jururawat, perunding pakar perubatan dan pakar
paramedik berpengalaman, Gleneagles Medini
Hospital Johor turut dilengkapi Radioterapi dengan
Elektra Synergy terkini dengan sisten C-RAD yang
menawarkan Terapi Radiasi Konformal 3-Dimensi
(3DRT), Radiasi Termodulasi Intensiti (IMRT), dan
Terapi Arc Volumetrik (VMAT) atau Rapid Arc yang
Gleneagles Medini Hospital Johor telah merawat
lebih 130,000 pesakit termasuk 20,000 pesakit
luar negeri.
akan menjadikan rawatan berkualiti,” katanya.
— al-Siha