al-Siha : July 2019 | Page 17

JUlai, 2019 | al-Siha pena pakar Data Raya dan sepsis: apakah kaitan antara keduanya? Data Raya dalam aspek rawatan dan penjagaan kesihatan, termasuk bidang sepsis sangat penting Mysepsis oleh Dr. Tan Toh Leong Pensyarah Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan UKM dan Profesor Madya Dr. Neoh Hui-min, Timbalan Pengarah (Penyelidikan, Inovasi dan Masyarakat), Institut Perubatan Molekul UKM D ata Raya atau dikenali dalam Bahasa Ing- geris sebagai 'Big Data' merupakan frasa popular dewasa ini. Kita selalu dengar akan satu ungkapan bahawa "data adalah minyak di era digital” sebagai mantera terkini. Mungkin ramai di antara kita yang pertama kali merasai kepentingan 'data', ekoran berita merupakan salah satu medium media sosial yang dikatakan terlibat perihal pencerobohan data peribadi. Walau bagaimanapun, dengan proses penggunaan dan seliaan yang betul, Data Raya merupakan sumber maklumat penting yang membantu dalam proses rawatan dan penjagaan kesihatan, termasuk dalam bidang sepsis. 17 tidak jelas dan tidak dapat mengenali ahli keluarganya. Selain itu, kisah Patricia beranggapan bahawa dirinya demam biasa sahaja sebab tidak dapat tidur, hilang selera makan dan tidak kencing, manakala bayi enzo yang berusia 15 hari mengalami suhu tinggi, mengigil dan kerap menan- gis kerana berasa kurang selesa. Bagaimana kita tahu bahawa ketiga-tiga individu ini mengalami sepsis? Ini kerana mereka menunjukkan enam tanda-tanda sepsis seperti di bawah: 1) Pertuturan yang tidak jelas 2) Menggigil / kesakitan otot yang teruk 3) Tidak mengeluarkan air kencing (dalam sehari) 4) Sesak nafas yang teruk 5) Perasaan “saya rasa saya mungkin akan mati” 6) Kulit berbintik atau berwarna Bagaimanakah enam perkara di atas dikenalpasti sebagai tanda sepsis? Pengenalpastian ini disahkan melalui pemerhatian klinikal dan penyelidikan makmal sejak bertahun-tahun lamanya di beberapa buah pusat perubatan Amerika Syarikat dan Eropah. PEMERHATIAN TERHADAP SEPSIS Kajian tentang pemerhatian ke atas pesakit sepsis ini telah ditulis oleh doktor dan laporan mengenainya telah dibentangkan. Berdasarkan 'data' yang mereka ada, definisi (simptom) untuk sepsis telah dibincangkan dan dipersetujui pada tahun 1991, dan disemak semula pada tahun 2001 dan 2016. 'Data' ini dikumpul dari sebelum tahun 1991 sehingga sekarang dan dalam bentuk rekod tulis tangan (fail rekod perubatan pesakit). Walaupun kita tidak dapat mengukur saiz 'data' tulisan tangan ini, (saiz Data Raya dianggarkan kira-kira 1,024 terabytes), kita masih dapat simpulkan bahawa doktor telah mengguna kesimpulan daripada Data Raya tulisan tangan ini untuk mengenalpasti enam tanda sepsis. Lebih mengujakan, dengan adanya rekod kesihatan elektronik, kelajuan pengkomputeran yang lebih cepat dan kapasiti penyimpanan yang lebih besar, kegunaan Data Raya melebihi sekadar pengenalpastian sepsis. Sementara itu, doktor dari University of Pittsburgh telah menganalisis Data Raya seramai 60,000 pesakit dengan algoritma komputer, dan mengkategorikan empat jenis pesakit sepsis, iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Pesakit Delta sering mengalami sepsis yang serius dan mengancam nyawa. PESAKIT BERISIKO MAUT Sepsis adalah tindak balas badan individu terhadap jangkitan yang boleh mengakibatkan kerosakan tisu, kegagalan organ dan kematian. Pembaca yang mengikuti siri MYSEPSIS pastinya sudah tahu betapa seriusnya sepsis, dan kerumitan yang dihadapi untuk rawatan sepsis. Hal ini kerana, pesakit sepsis menunjukkan tanda dan simptom penyakit yang rumit dan mengakibatkan kesukaran diagnosis. Sebagai contoh dari kes kajian sebelum ini, kita dapat mengetahui punca bapa Sarah bersikap agresif, pertuturan Analisis Data Raya akan membantu doktor meramal sama ada kemerosotan keadaan pesakit akan berlaku, pesakit yang lebih berisiko tinggi untuk maut sekiranya tidak dirawat secepat mungkin, dan juga apabila Data Raya matang, jenis antibiotik yang akan menyelamatkan pesakit. Sepertimana yang disebutkan sebelum ini, kebanyakan kajian sepsis telah dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah. Data Raya mengenai pesakit sepsis Asia akan mendedahkan lebih banyak maklumat yang menarik tentang bagaimana kami boleh merawat pesakit tempatan. Data Raya bukan sahaja “minyak di era digital”, malah akan membuka lembaran baharu untuk pengurusan pesakit sepsis. — al-Siha • Tidak mungkin selama-lamanya jadi kerani, lima tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. • Tidak mungkin selama-lamanya mahu bekerja dengan orang, sepuluh tahun dari sekarang mahu juga jadi bos. • Tidak mungkin asyik dapat markah ‘C’ sahaja, tiga bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. • Tidak mungkin selamanya mahu hidup kais pagi makan pagi, tiga tahun daripada sekarang aku mahu menjadi seorang tidak lagi bergantung hidup dengan gaji dan bebas wang.   Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup mengi- kut ukuran baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran. Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam taraf hidup yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung taraf tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.  Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita.  Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.— al-Siha BAHAYA SEPSIS berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi. SOAL DIRI DENGAN SOALAN POSITIF Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan- soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya: Kenapalah aku gagal?  Mengapa nasib aku sentiasa malang?  Kenapalah orang semua tak suka aku?  Apalah nak jadi dengan aku ni?   Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengum- pul kekuatan untuk atasi setiap halangan.  Apa yang belum aku lakukan lagi?  Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?  Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?  Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?  Siapa yang boleh bantu aku? Rupanya kita tidak berjaya selama ini disebabkan kita bertanya  soalan-soalan yang salah pada diri. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita. TINGKATKAN TARAF DIRI ANDA Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan taraf hidup dan pencapaian diri. Misalnya, kita berkata pada diri sendiri seperi berikut: