16
al-Siha | JUlai, 2019
pena pakar
Silap ambil ubat,
beri kesan mudarat
Jangan ambil mudah isu kesilapan pengubatan,
elak kejadian tidak diingini berlaku
Dari
Farmasi
oleh
Zuhailah binti
Mohd Shafawi
Pegawai Farmasi
Hospital Shah Alam
B
erita seorang kanak-kanak berumur dua
tahun meninggal dunia akibat diberikan
ubat cirit-birit untuk orang dewasa oleh
ibunya serta kejadian seorang kanak-kanak
terminum ubat sapuan losen untuk kegatalan
merupakan antara kes kesilapan pengubatan
yang pernah tular melalui media sosial.
Kesilapan pengubatan merupakan sebarang kejadian
tidak diingini yang berlaku akibat daripada kesilapan
dalam proses pemberian atau pengambilan ubat-ubatan.
Kesilapan pengubatan boleh berlaku semasa ubat tersebut
diberikan oleh ahli profesional kesihatan atau penjaga
mahupun ketika pesakit itu sendiri mengambil ubat
tersebut.
Sebenarnya kesilapan pengubatan merupakan perkara
yang boleh dielakkan. Apabila kesilapan pengubatan ber-
laku, ia akan menyebabkan pesakit atau pengguna ubat
mendapat kesan mudarat hasil daripada kesilapan yang
berlaku.
Contoh Kesilapan Pengubatan
Kesilapan pengubatan boleh berlaku di mana-mana sahaja
sama ada di fasiliti kesihatan mahupun di rumah. Golongan
pesakit yang berisiko tinggi untuk mengalami kesilapan
pengubatan adalah warga tua, pesakit yang mempunyai
pelbagai masalah kesihatan dan pesakit yang mengambil
pelbagai jenis ubat. Antara contoh kesilapan pengubatan
adalah seperti:
• Silap ambil ubat pesakit lain
•
•
•
•
Silap dos ubat
Silap cara menggunakan ubat
Silap masa pengambilan ubat
Menggunakan ubat yang telah rosak atau tamat tarikh
luput
• Tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh
doktor atau ahli farmasi
Impak Kesilapan Pengubatan
Kejadian kesilapan pengubatan boleh memberi implikasi
kepada kesihatan pesakit. Tahap kesihatan fizikal seseorang
pesakit mungkin terjejas atau menjadi lebih teruk apabila
ubat yang tidak sesuai diambil. Ini boleh menyebabkan
kesan rawatan ubat yang diingini tidak dicapai atau ber-
lakunya peningkatan risiko insiden kesan sampingan ubat.
Kesilapan pengubatan juga boleh menyebabkan ketida-
kselesaan pesakit, kegagalan rawatan dan peningkatan kos
rawatan. Tahap keseriusan kesan mudarat terhadap pesakit
adalah bergantung kepada jenis kesilapan pengubatan yang
berlaku serta ubat yang terlibat. Jika bernasib baik, pesakit
mungkin tidak mengalami sebarang kesan mudarat ubat.
Namun, dalam situasi yang lebih serius, kesan mudarat
yang dialami boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit dan
ahli keluarga.
Selain itu, kesilapan pengubatan boleh mempengaruhi
pesakit dan ahli keluarga dari sudut kewangan. Keadaan
kesihatan pesakit yang terjejas boleh menyebabkan pesakit
hilang keupayaan untuk bekerja bagi suatu tempoh tertentu
atau sepanjang umur. Dalam tempoh tersebut, pesakit
terpaksa menanggung beban kos rawatan dan sara hidup
akibat kesilapan pengambilan ubat.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya
Berlaku Kesilapan Pengubatan?
Jika berlaku kesilapan pengubatan, pesakit dinasihati untuk
berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi dengan segera.
Bawa bersama-sama sampel ubat supaya rawatan yang
sesuai dapat diberikan oleh doktor.
Tip Mengelakkan Kesilapan Pengubatan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bagi
mengelakkan kesilapan pengubatan, antaranya menga-
malkan konsep 5B (pesakit yang Betul, ubat yang Betul, dos
yang Betul, cara pengambilan ubat yang Betul dan masa
yang Betul) semasa mengambil ubat. Baca dan fahami label
ubat setiap kali sebelum mengambil ubat bagi memastikan
pengambilan ubat yang betul. Elakkan berkongsi ubat
dengan orang lain walaupun gejala penyakit yang dialami
adalah sama.
Beritahu kakitangan kesihatan jika anda atau
anak-anak anda mempunyai alahan terhadap ubat tertentu.
Ini adalah penting supaya doktor dapat membuat pilihan
ubat yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya alahan
berulang.
Selain itu, pesakit juga dinasihatkan agar memak-
lumkan kepada kakitangan kesihatan jika pesakit
mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD, mengand-
ung atau sedang menyusukan anak supaya ubat yang sesuai
dapat diberikan oleh doktor yang merawat. Maklumkan
juga kepada kakitangan kesihatan jika pesakit ada men-
gambil ubat-ubatan atau suplemen lain.
Ubat-ubatan perlu disimpan pada suhu yang disarankan
dan di tempat yang tidak dapat dicapai dan jauh daripada
penglihatan kanak-kanak. Pesakit disarankan agar memer-
iksa tarikh luput ubat-ubatan yang telah lama disimpan
sebelum mengambilnya.
Jika kurang jelas dengan arahan pengambilan ubat yang
diberikan, jangan malu untuk bertanya kepada ahli farmasi
untuk mendapatkan kepastian. Dapatkan nasihat doktor
atau ahli farmasi yang bertauliah berkaitan ubat-ubatan
yang ingin dibeli.
Sebagai kesimpulan, kejadian kesilapan pengubatan
boleh dielakkan jika kita lebih berhati-hati sebelum
mengambil sebarang ubat-ubatan. Justeru, keselamatan
pengubatan adalah tanggungjawab ahli profesional kesi-
hatan, pesakit dan penjaga. — al-Siha
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit
atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan
Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre -
NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat,
dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum).
Cabar diri untuk berjaya
Motivasi
Oleh
Dr Tengku
Asmadi bin
Tengku
Mohamad,
Pakar Motivasi
K
ejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak
terungkap. Malah sekiranya seseorang itu
telah melakukan sesuatu kejayaan maka
orang lain pasti mampu melakukannya juga.
Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu
tinggi namun janganlah pula sekadar selesa
dengan pencapaian yang biasa-biasa hingga tiada apa yang
boleh dibanggakan dan boleh diceritakan kepada anak cucu
nanti.
Kejayaan adalah subjektif dan relatif dengan individu itu
sendiri. Bagi seorang usahawan, apabila dia mensasarkan
untuk mendapat RM10,000 sebulan, dan dia mencapainya,
maka itu adalah satu kejayaan baginya. Sebaliknya, bagi usa-
hawan lain yang telah biasa mencapai RM50,000 sebulan,
maka RM10,000 itu adalah satu kegagalan baginya.
Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita
mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada
apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus
berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan
gagal kerana orang lain sudah semakin maju.
Sebab itulah setelah mencapai satu sasaran, maka cabar
diri untuk maju ke tahap yang seterusnya pula. Berikut
adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar
diri bagi terus maju dalam kehidupan.
LETAKKAN SASARAN YANG TINGGI
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan
matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya seb-
agai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot
dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan
nama kita dalam 10 pelajar terbaik.
cemburu dengan kejayaan orang lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang
lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu
dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk beru-
saha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana
mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang
telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar
berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak
bertindak. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini
mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan
yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada
sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil
langkah- langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
ELAKKAN DARI SIKAP CEPAT PUASHATI
Sikap cepat berpuas hati adalah penyakit yang menghalang
diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih
pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan
kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang
yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-
kurangnya sudah ada rumah sendiri, berapa ramai lagi
orang yang tidak mampu memiliki rumah.” Sikap puashati
beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha
dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa
tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita?
Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang
lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka
yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang
menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki
rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka
barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi
berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita