al-Siha : January 2019 | Page 18

18 al-Siha | JANUARI, 2019 VETERAN Berdepan mudarat ostearthritis 9.3 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah Ostearthritis (OA) pada lutut dimana 23 peratus dialami mereka yang berumur dari 55 tahun dan 35 peratus daripada golongan yang berumur lebih 65 tahun OLEH NORZIRA SYARINI MOHAMMED PAUZI S ATU kajian dari Institut Peny- elidikan Penuaan Malaysia menyatakan menjelang 2030 negara Malaysia akan mengha- dapi ‘Negara Tua’. Menurut Dr Mohd Hanafi Abdul Habir dari Klinik Hanafi Rantau Panjang Klang, pertambahan jangka hayat penduduk akan menyebabkan bilangan dan peratusan warga emas iaitu penduduk yang berumur 60 tahun ke atas semakin meningkat. “Negara kita dan kita sendiri yang bakal menjadi warga emas masih belum ber- sedia menghadapi situasi tersebut dari segi kewangan, sosial dan kesihatan,”katanya. APA ITU OSTEARTHRITIS ? OA atau dengan kata lain adalah keradan- gan pada sendi lutut yang berpunca daripada kekurangan cecair synovial (lapisan cecair dalam lutut) yang disebab- kan oleh proses penuaan, aktif bersukan sewaktu muda, trauma atau kecederaan pada lutut dan berat badan. Selain itu, penyakit keturunan juga menyumbang kepada penyakit ini dimana dalam satu kajian menyatakan faktor gene- tik OA pada lutut berlaku dikalangan kaum perempuan adalah dari 39 peratus hingga 65 peratus. “Kecederaan pada lutut akibat kemalan- gan atau trauma juga boleh menyebabkan fungsi lutut merosot dan akhirnya menye- babkan berlakunya kerosakan lutut,” jelasnya. sedikit akan menghakis tulang-tulang pada lutut akibat bergesel dengan kerap sewaktu berjalan. Proses pertumbuhan semula tulang akan terbentuk tetapi pertum- buhan ini tidak sekata dan menyeluruh dan menyebabkan pesakit bertambah sakit apabila berjalan,”katanya. Meskipun OA pada awalnya hanya melibatkan sebelah lutut sahaja, namun bahagian yang masih sihat akan menam- pung fungsi bagi lutut yang telah sakit. “Lama-kelamaan lutut yang masih sihat juga akan menjadi sakit dan akhirnya ia akan mengalami proses yang sama. Tahap penyakit OA lutut ini juga diba- hagikan kepada 4 jenis iaitu tahap 1 dan 2 (mild), tahap 3 (moderate) dan tahap 4 (severe). Ianya hanya dapat diklasifi kasikan setelah melalui proses x-ray yang dilakukan pada bahagian lutut. “Antara simptom-simptom yang dapat dilihat dan dirasai oleh pesakit OA lutut adalah berasa sakit di bahagian lutut, kekakuan dan rasa ‘ketat’ pada lutut, lutut menjadi bengkak, sakit lutut sehingga mengganggu cara berjalan, rasa ketidaksta- bilan pada lutut dan lutut berbunyi ketika bergerak. Namun, kriteria dan klasifi kasi bagi membuat diagnosis penyakit ini adalah bergantung kepada hasil x-ray pada CARA MENCEGAH OA Gambar X-ray pesakit yang mengalami osteoarthritis. Kaedah mudah kembalikan fungsi lutut UBAT jenis suntikan intraartikular (suntikan dalam sendi lutut) boleh dibuat oleh doktor di klinik mahupun di hospital. Menurut Dr Hanafi , suntikan ke dalam sendi lutut ini, adalah untuk merawat kesakitan dan keradangan serta menambahkan cecair synovial lutut. Antara ubat yang disuntik ke dalam lutut adalah Corticosteroid, Asid Hylarunik, Platlet Rich Plasma (PRP) dan Stem Cells. “Ketahanan ubat-ubat ini untuk merawat kesakitan pesakit dan mengembalikan fungsi lutut adalah bergantung kepada tahap OA, aktiviti seseorang, berat badan pesakit dan kesan tindakbalas ubat tersebut terhadap tubuh badan pesakit,”katanya. Jelasnya, rawatan suntikan ini adalah pilihan awal sebelum memilih untuk pembedahan dilakukan. “Suntikan ini juga boleh diteruskan bagi pesakit yang sesuai sahaja dan ia bersifat sementara selain boleh disuntik secara berkala berdasarkan tahap kesesuaian pesakit dan konsultasi doktor,” katanya. Suntikan merawat kesakitan serta menambahkan cecair synovial lutut. KEHAUSAN CECAIR SYNOVIAL Tambah beliau, berat badan yang melebihi B.M.I (Body Mass Index) yang normal juga akan membebankan lutut kerana berat badan akan tertumpu pada lutut dan hal ini akan menyebabkan kehausan cecair synovial lebih cepat. “Apabila cecair synovial ini semakin berkurangan atau tiada, ia sedikit demi • Periksa tahap kesihatan lutut jika sudah ada tanda-tanda sakit lutut. • Minum air yang banyak. • Tambahkan ke dalam diet seharian makanan seperti minyak ikan, olive oil (minyak zaiton), avokado dan kekacang. • Banyakkan memakan buah beri, anggur merah dan sayuran hijau. • Bersenam dan dapatkan B.M.I yang normal. • Mengamalkan pengambilan suplemen multivitamin yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). bahagian lutut,” jelasnya. KAEDAH RAWATAN PESAKIT OSTEARTHRITIS Jenis rawatan masalah Ostearthritis diklasifi kasikan kepada farmakologi (ubat), bukan farmakologi (bukan ubat) dan pembedahan lutut. Rawatan farmakologi adalah rawatan ubat penahan sakit dan anti keradangan yang sangat berkesan kepada OA lutut diperingkat awal. Namun, ia harus dipreskripsikan oleh doktor kerana terdapat kesan sampingan ubat yang sering terjadi kepada warga emas seperti gastritis (sakit perut) atau jika sekiranya pesakit mengidap penyakit lain yang tidak boleh diberikan ubat tahan sakit yang tertentu. Di samping ubat makan, ubat jenis sapuan (gel atau krim) juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat-ubat lain seperti Glucosamine dan Chondroitin adalah sebagai suplemen tambahan yang boleh diambil. Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan melicinkan pergerakan sendi. Manakala Chondroitin pula melegakan kesakitan lutut jika diambil pada peringkat awal OA. Untuk rawatan bukan farmakologi yang ada adalah melalui pendedahan kepada pesakit tentang penyakit OA lutut, kepentingan rawatan berterusan dan sentiasa positif. Perubahan cara hidup seperti kurangkan berat badan, senaman yang bersesuaian dengan pesakit, fi sioterapi (untuk menguatkan otot-otot lutut, keseim- bangan dan menguatkan fi zikal pesakit), Transcutaneous Electro Stimulation (TENS) untuk mengurangkan kesakitan, Th ermo Th eraphy (terapi haba) dan Occupational Th erapy (terapi pemulihan cara bekerja) untuk mencapai fungsi fizikal optimum pesakit. Rawatan pembedahan lutut pula adalah pilihan terakhir kepada pesakit OA yang telah mengalami kerosakan lutut yang teruk dan tidak berjaya dengan kaedah rawatan lain. Rawatan pembedahan ini hanya boleh ditentukan dan dibuat oleh doktor pakar tulang (pakar orthopaedic). — al-Siha Apa yang anda perlu tahu? Prihatin derita warga emas Dr Mohd Hanafi Abdul Habir. P ENYAKIT yang sering dialami warga tua boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu penyakit fi zikal dan penyakit mental. Menurut Dr Hanafi , penyakit-penyakit fi zikal terbahagi kepada penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. “Penyakit berjangkit adalah seperti jangkitan kuman pada paru-paru, pundi kencing dan sebagainya sering berlaku pada warga tua,” katanya. Jelas beliau, tahap imunisasi badan mereka telah menurun. Kekurangan zat makanan serta implikasi penyakit- penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan hiperkolesterol akan menyebabkan sistem imunisasi badan juga menurun dan menjadikan sistem dalam badan tidak mampu untuk melawan penyakit-penyakit berjangkit,”katanya. Penyakit-penyakit tidak berjangkit pula adalah seperti: • Kanser. • Penyakit degeneratif (penyakit yang mengiringi proses penuaan). • Penyakit Osteoporosis (kekurangan kalsium pada tulang). • Penyakit Atherosclerosis (contohnya penyakit koronari jantung). • Jatuh dan patah (disebabkan oleh tulang rapuh atau kurang stabil). • Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, hiperkolesterol dan strok (angin ahmar). • Gangguan sistem penghadaman (sembelit). • Masalah gigi (gigi rapuh dan akhirnya kehilangan gigi). • Penyakit mata (proses penuaan atau penyakit-penyakit kronik yang akhirnya merosakkan saraf-saraf mata. • Gangguan pendengaran. • Masalah ginekologi (sakit puan). • Kurang zat makanan akibat kesempitan kewangan, kesihatan merosot, kurang selera makan dan tiada gigi). Kesihatan mental warga emas juga akan menjadi kurang stabil dan merosot jika tidak ditangani dan dicegah dari muda. Antara penyakit mental ini adalah dementia (nyanyuk) akibat proses penuaan sel-sel otak, kesunyian, bingung, depresi dan masalah tidur (insomnia).