28
al-Siha | ogos, 2019
JOM CERGAS
Femoroacetabular
impingement di
kalangan atlet
Penyakit
kardiovaskular
Di Malaysia, setiap hari 92 pesakit strok
dimasukkan ke hospital
Penyakit kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan
strok) adalah punca utama kematian di seluruh dunia
36
Femoroacetabular impingement (FAI) adalah keadaan
di mana tulang tambahan tumbuh di satu atau
kedua-dua tulang sendi pinggul
peratus kematian di Malaysia adalah
2014:
disebabkan oleh penyakit jantung dan strok
17.9
juta atau 31 peratus dari
2016 : Dianggarkan
semua kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular
33,812
pesakit strok dimasukkan ke
2016:
hospital dengan implikasi kos RM180 juta
Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail
D
isebabkan oleh bentuk tulang
yang tidak seimbang, tulang-tulang
berkenan akan bergesel diantara
satu sama lain semasa pergerakan.
Lama- kelamaan geseran itu boleh
merosakkan sendi, menyebabkan
kesakitan dan menyukarkan pergerakan.
Menurut Perunding Orthopedik, Gandhi Nathan
Solayar, FAI merupakan pertumbuhan lebihan tulang
di acetabulum, di sekitar kepala atau leher femoral
atau dikedua-duanya. Tulang tambahan ini akan
menyebabkan permukaan tulang pinggul membentuk
secara tidak normal, merosakkan permukaan sendi
dan mengoyak labrum. Dalam jangka masa panjang,
ia boleh menyebabkan arthritis.
“FAI berlaku akibat pertumbuhan tulang pinggul
yang tidak normal sejak di zaman kanak-kanak.
Pembentukan acetabulum dan femur yang tidak
normal juga antara punca FAI. Walau bagaimanapun,
tidak semua penghidap FAI menunjukkan simptom
dan kesakitan. Namun, senaman dan aktiviti bersukan
bukanlah penyebab FAI.
“Terdapat tiga jenis FAI iaitu pincer lesion, cam
lesion dan combined. Pincer lesion adalah keadaan
dimana tulang tambahan tumbuh hingga ke luar
acetabulum. Ia boleh merosakkan labrum. Cam lesion
pula menyebabkan kepala femoral tidak menjadi bulat
dan sukar bergerak di dalam acetabulum. Manakala,
combined pula adalah keadaan dimana kedua-dua
jenis pincer dan cam terjadi serentak.
Tambah Gandhi, punca sebenar FAI masih tidak
diketahui hingga kini.
“Walaupun FAI tidak diketahui punca, namun
kebanyakan atlet yang banyak menggunakan tulang
pinggul seperti sukan bola sepak, besbol, taekwando,
angkat berat dan beberapa sukan lain mungkin akan
mengalami rasa sakit lebih awal daripada mereka yang
kurang aktif.
“Gejala FAI yang paling biasa termasuk rasa sakit
pada pangkal peha, kaku dan sukar bergerak. Bergerak
ke hadapan, membuat putaran dan membengkokkan
tulang pinggul boleh menyebabkan serangan sakit
secara mendadak dan menusuk. Adakalanya, ia hanya
sakit biasa atau ngilu.
Dapatkan pemeriksaan dan segeralah berjumpa
doktor agar kesakitan dapat dikurangkan dan tindakan
selanjutnya boleh diambil.
“Doktor yang merawat biasanya akan menasihati
pesakit untuk mengenal pasti aktiviti atau sesuatu yang
menyebabkan kesakitan. Adakalanya, pesakit dinasi-
hatkan berhenti dari melakukan aktiviti berkenaan,
berehat secukupnya dan melihat sama ada rasa sakit
masih berterusan.
“Walau bagaimanapun, sekiranya simptom berteru-
san, pesakit akan dinilai punca kesakitan dan rawatan
akan diberikan dengan melakukan ujian FAI.
TEKNIK MENGESAN MASALAH
Selain itu, ujian FADIR juga akan dilakukan keatas
pesakit dimana doktor akan menarik lutut ke arah
dada dan memusingkannya ke arah bahu. Jika kes-
akitan pinggul berlaku, bermakna pesakit mengalami
masalah pada tulang pinggul.
Jelas Gandhi, terdapat beberapa cara lain yang digu-
nakan oleh doktor untuk mengesan dan mengenalpasti
masalah pesakit.
“Bagi mengesahkan sama ada pesakit menghidap
FAI atau pun tidak, doktor akan menjalankan ujian
x-ray bagi mengesan sama ada pinggul pesakit dalam
10,284
kematian disebabkan oleh
2017:
penyakit jantung dan strok di hospital kerajaan
Gandhi
Nathan
Solayar.
keadaan normal ataupun tidak.
“Selain itu, imbasan kinetik tomografi (CT) juga
boleh digunakan. Ia lebih terperinci daripada x-ray
biasa, imbasan CT membantu doktor melihat bentuk
abnormal yang tepat.
“Imbasan resonans magnetik (MRI) pula meng-
hasilkan gambaran yang lebih baik dari tisu lembut.
Ia membantu doktor mengenalpasti kerosakan pada
tulang rawan dan rawan artikular.
Jumlah Pakar Neurologi Di Malaysia
Kementerian Kesihatan
(pakar pelatih dan pelatih neurologi)
Universiti (pakar dan pelatih neurologi)
Sektor swasta
107
50
33
24
Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
Kementerian Kesihatan
RAWATAN TANPA PEMBEDAHAN
Tambah Gandhi, terdapat tiga kaedah untuk merawat
FAI. Iaitu melalui teknik konservatif, menggunakan
ubat-ubatan dan pembedahan. Bagi rawatan menggu-
nakan teknik konservatif, aktiviti fizikal akan disyorkan
kepada pesakit.
“Ia membantu meningkatkan pelbagai gerakan di
pinggul dan menguatkan otot yang menyokong sendi.
Ini dapat mengurangkan tekanan pada labrum atau
tulang rawan yang cedera.
Selain itu, ubat-ubatan seperti non-steroidal anti-
inflammatories, opiods dan dadah jenis neuropathic
akan diberikan bagi mengurangkan kesakitan ketika
bergerak. Ia juga membantu menenangkan otot.
Selain itu, ubat jenis suntikan intra-articular juga
diberikan kepada pesakit sekiranya ubat-ubat biasa
tidak berkesan.
RAWATAN PEMBEDAHAN
“Bagi rawatan pembedahan pula, biasanya disyorkan
kepada pesakit FAI yang mengalami kegagalan rawatan
konservatif, perkembangan FAI yang begitu cepat dan
terdapat gejala kerosakan sendi yang kronik. Terdapat
dua kaedah pembedahan iaitu secara terbuka dan
arthroscopic.
Sesetengah kes yang kronik memerlukan peme-
dahan secara terbuka dengan hirisan yang lebih
besar untuk memudahkan proses rawatan. Pembe-
dahan jenis terbuka ini membolehkan doktor melihat
sehingga ke bahagian acetabular secara jelas.
Walau bagaimanapun, kesan negatifnya lebih
banyak kerana pembedahan jenis ini mengambil masa
yang lama untuk sembuh, merosakkan tisu sekitar dan
kecederaan yang besar.
“Namun begitu, kebanyakan masalah FAI dirawat
dengan pembedahan arthroscopic dimana pembe-
dahan jenis ini mengurangkan risiko kecederaan yang
banyak, morbidity yang rendah dan mampu menjaga
femoral dan acetabular.
“Ketika pembedahan, pakar bedah akan memasuk-
kan kamera kecil yang dipanggil arthroscope untuk
melihat sehingga ke dalam pinggul. Semasa arthros-
copy, doktor akan membaiki atau membersihkan
kerosakan pada labrum dan tulang rawan artikular.
Doktor juga akan membetulkan FAI dengan mem-
buang lebihan tulang acetabulum dan juga mengikis
benjolan pada femoral,” jelasnya. — al-Siha
Titik-titik akupunktur
Akupunktur bantu
kurangkan sakit FAI
Teknik rawatan penyembuhan akupunktur telah lama
digunakan dalam rawatan perubatan tradisional cina
kira-kira 3000 tahun dahulu dalam tamadun mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
membuktikan manfaatnya menerusi penerbitan
Kajian dan Analisis Laporan Ujian Klinikal Penyakit
dan Gangguan yang Boleh Dirawat Menggunakan
Akupunktur. Menurut Pengamal Perubatan Cina, Amelia
Ang Sze Yun, akupunktur boleh membantu pesakit FAI
sebelum dan selepas pembedahan dijalankan.
“Rawatan tradisional ini membantu melegakan
ketidakselesaan yang berkaitan dengan pelbagai
penyakit dan keadaan pesakit.
“Rawatan akupunktur sangat berkesan, selamat
apabila diselenggarakan oleh perawat yang bertauliah,
tidak ada toksik atau kesan sampingan serta boleh
digunakan bersama-sama rawatan perubatan moden.
— al-Siha