ogos, 2019 | al-Siha
JOM SIHAT
27
Susunan Nurul Fadhlin Che Ismail
Kekurangan zat besi
penyebab anemia
Zat besi atau iron merupakan
mineral penting dalam
pembentukan sel darah merah
Hakim Zakaria / Pegawai Dietatik, Universiti Sains
Malaysia (USM).
Nutrien yang tepat
untuk saraf yang sihat
Sistem saraf yang sihat adalah amat penting
bagi kesejahteraan hidup. Selain menghantar
isyarat dalam badan untuk membantu
seseorang menerima rangsangan, sistem saraf
ini turut memahami dan memberi maklum balas
kepada dunia sekeliling.
Sistem saraf pusat, merangkumi otak dan
tulang belakang serta sistem saraf periferal
yang terdiri daripada sel-sel dan gentian saraf
atau neuron yang saling bekerjasama untuk
menyelaras tindakan boleh dikawal seperti
berjalan dan luar kawalan seperti bernafas.
FUNGSI SARAF TERGANGGU
Neuropati merupakan gangguan terhadap
saraf, iaitu apabila fungsi saraf terganggu dan
transmisi maklumat terkesan. Disebabkan
profilnya yang rendah dan simptom yang mirip
patologi lain, neuropati sukar untuk dikesan dan
sering tidak didiagnosis.
Sejenis neuropati yang lazim adalah neuropati
periferi, penyakit yang biasanya kronik, dan
mengakibatkan kerosakan saraf yang semakin
teruk.
Memandangkan penyakit tersebut mempunyai
pelbagai punca dan boleh memberi kesan
terhadap pelbagai saraf berbeza di bahagian
tubuh yang berlainan, masalah kesihatan ini juga
boleh menjejaskan pelbagai fungsi badan.
Menurut Doktor Pakar Perunding dan Pakar
Neurologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr Hiew Fu
Liong, dalam kalangan rakyat Malaysia, faktor-
faktor risiko neuropati periferi seperti proses
penuaan dan diabetes melibatkan ramai orang.
“Memandangkan ia merupakan satu penyakit
yang progresif, maka pengesanan awal dan
pengurusan atau rawatan amat diperlukan untuk
memelihara kualiti kehidupan serta kemampuan
hidup berdikari dalam kalangan golongan
berisiko.
SIMPTOM DAN FAKTOR-FAKTOR RISIKO
Biasanya individu yang mengalami keadaan ini
tidak sedar akan simptom yang ada dan tidak
mendapatkan nasihat doktor sebagaimana
sepatutnya. Antara simptom yang dialami
termasuk kesukaran untuk berjalan atau
menaiki tangga, kadar denyutan jantung yang
meningkat, disfungsi pundi kencing, rasa pening
atau gaya berjalan yang tidak stabil. — al-Siha
M
enurut Pegawai Dietatik, Univer-
siti Sains Malaysia (USM), Hakim
Zakaria, kekurangan zat besi boleh
mengakibatkan badan tidak boleh
menghasilkan hemoglobin (HB) iaitu
komponen penting dalam sel darah
merah yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke
seluruh badan.
“Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah.
Risiko paling utama yang akan berlaku akibat daripada
kekurangan zat besi atau iron ialah anemia.
“Bayi dan kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk mengalami anemia disebabkan oleh kekuran-
gan zat besi ini.
“Antara kumpulan bayi dan kanak–kanak yang berisiko
tinggi ialah bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu
dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang
berat badan (<2.5kg), bayi yang minum susu lembu sebe-
lum berumur satu tahun, bayi yang menyusu badan dan
tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila
mencapai umur 6 bulan dan bayi yang minum susu for-
mula yang tidak diperkaya dengan zat besi.
“Manakala bagi kumpulan kanak-kanak pula ialah beru-
mur satu hingga lima tahun yang minum susu formula,
susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24
auns (710 milliliter) sehari, kanak-kanak yang mempunyai
masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun regim
pemakanan yang ketat dan kanak-kanak yang mempunyai
masalah kecacingan.
“Walau bagaimanapun, remaja perempuan juga
berisiko tinggi untuk mendapat anemia akibat kekurangan
zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan.
TANDA KEKURANGAN IRON
Tambah Hakim, pada peringkat awal kesan kekurangan
zat besi tidak ketara dan jarang disedari. Namun, lama-
kelamaan jika ia berterusan dibiar tanpa rawatan, anemia
menjadi lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai.
“Antara tanda-tanda kekurangan darah biasanya pesakit
Broccoli, limau, kiwi, sayuran hijau, tembikai,
oren, cili, strawberi dan tomato adalah antara
makanan yang kaya dengan vitamin C.
akan berasa cepat letih berbanding biasa, merasa mudah
marah, pening kepala, sukar menumpukan perhatian atau
sukar berfikir.
“Apabila anemia semakin teruk, lebih banyak tanda
akan dialami seperti mata putih kelihatan kebiruan, kuku
menjadi rapuh dan senang patah, keinginan untuk makan
ais atau yang bukan makanan dan degupan jantung lebih
cepat.
PENCEGAHAN KEKURANGAN
Pengambilan makanan yang kaya zat besi sangat penting
bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak diingini berlaku.
“Pastikan bayi berumur 6 bulan ke atas ditambah dan
diperkenalkan dengan makanan yang kaya zat besi.
“Pastikan kanak-kanak berumur lebih dari satu tahun
untuk tidak mengambil susu secara berlebihan. Pengam-
bilan susu yang berlebihan akan menyebabkan tiada ruang
untuk makanan yang kaya zat besi masuk ke dalam badan.
“Risiko untuk mendapat anemia akibat kekurangan
zat besi juga boleh dikurangkan dengan pengambilan
makanan yang kaya dengan zat besi.
“Antara makanan yang kaya dengan zat besi termasuk
ayam, kekacang seperti kacang merah dan kacang pea,
ikan, daging (hati merupakan bahagian yang kaya dengan
zat besi), kacang soya, roti oat, kismis, sayuran hijau seperti
bayam dan sebagainya.
“Selain itu, amat digalakkan untuk mengambil makanan
yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat
membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.
— al-Siha
Tingkatkan tenaga dengan zat besi
Terima kasih: Chef Sara Khong
Masalah kekurangan zat
besi sering kali berlaku dalam
kalangan wanita berbanding
lelaki akibat kehilangan darah
sewaktu kitaran haid pada setiap
bulan. Jika tidak mendapatkan
zat besi yang mencukupi melalui
diet atau dengan cara lain, anda
mungkin akan mengalami anemia,
kekurangan zat besi atau IDA.
Bagi mengelakkan masalah ini
berlaku, tingkatkan sumber zat
besi dalam setiap hidangan melalui
kepelbagaian resepi istimewa dari
Chef Sara Khong.
1. Tonik 3 kurma
Bahan-bahan:
• 120 gram atau dua cawan kurma
merah
• 60 gram atau sembilan biji kurma
hitam
• 120 gram atau enam biji kurma
madu
• Dua liter atau 10 cawan air
Cara-cara:
Bersihkan kurma. Dengan
menggunakan gunting, potong
kurma kepada dua bahagian dan
buang bijinya.
Kemudian, masukkan semua
bahan ke dalam periuk dan mula
memasak. Terdapat tiga teknik
masakan untuk mendapatkan
minuman berkhasiat ini.
• Pressure Cooker: 20 minit.
• Menggunakan periuk biasa: dua
jam
• Slow cooker: lapan ke 10 jam
untuk rasa yang maksimum.
2. Pink Pittaya
Smoothie Bowl
Bahan-bahan:
• Satu biji buah naga merah
• 100 ml atau kira-kira setengah
cawan susu soya
• Satu biji pisang bersaiz kecil
• Dua sudu besar kacang cashew
• Satu sudu benih labu
Cara-cara:
1. Potong buah naga merah
menjadi separuh.
2. Kemudian masukkan ke dalam
mesin pengisar bersama susu
soya.
3. Kisar buah naga bersama susu
soya sehingga menjadi smoothie.
4. Akhir sekali, tuang smoothie ke
dalam mangkuk dan tambahkan
kacang cashew, potongan pisang
dan biji labu. Sedia dihidang.
3. Sardine Piratal
Bahan-bahan:
• Dua sudu besar minyak masak
• Dua tangkai daun kari
• 200 gram atau dua biji bawang
merah bersaiz besar dihiris
• Satu biji cili merah dihiris
• 425 gram atau satu tin sardin /
mackerel dalam sos tomato
• Satu hingga dua sudu teh serbuk
cili (pilihan)
Cara-cara:
1. Panaskan dua sudu besar
minyak dengan api sederhana.
Goreng bawang merah, cili dan
daun kari sehingga bawang
bertukar menjadi keemasan.
2. Kemudian, masukkan sardin
bersama sosnya.