al-Siha : August 2019 | Page 17

ogos, 2019 | al-Siha pena pakar 17 Kencing manis semasa hamil Bidan diiktiraf Oleh Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan K encing manis selepas disahkan men- gandung dikenali sebagai  Gestational Diabetes dan terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin, sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika men- gandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kan- dungan.Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidap penyakit ini. Individu berisiko tinggi menghidap kencing manis ketika mengandung jika: • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih • Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung • Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes Ujian toleransi glukosa (GTT) ketika mengandung dapat menentukan sama ada seseorang itu mengalami kencing manis atau tidak. Ini adalah sejenis ujian mudah yang dijalankan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kehamilan. Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali air kosong atau air mineral sahaja. Pada awal pagi nya, sebelum sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang berperisa Oren atau Cola. Kemudian, ujian darah akan diulang sekali lagi selepas dua jam anda menikmati larutan gula ini. Mudah bukan? Jika anda menghidap kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada usia kandungan lebih awal. Apakah kesan kencing manis pada kehamilan ? Kebanyakan ibu yang menghidapi kencing manis ketika mengandung tidak mempunyai masalah sepan- jang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Penting untuk pastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, menyebabkan ibu terpaksa bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembe- dahan caesaerean ekoran bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku. Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal. Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kenc- ing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak. Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat? Amalkan tabiat permakanan yang sihat dan senaman. Kebiasaanya Diabetes ketika mengandung dapat dikawal dengan kawalan diet atau permakanan sahaja. Walau bagaimanapun, dari lima ibu yang menghidap kening manis, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah. Bagaimanakan proses kelahiran saya nanti? Bilakah saya akan diminta untuk bersalin? Ibu yang menghidapi kencing manis ketika men- gandung, akan diminta bersalin pada usia kandungan 38 hingga 40 minggu, mengikut keadaan dan kawalan paras gula dalam darah. Cara kelahiran juga akan dibincang- kan, mengenai kelebihan bersalin biasa, induced labour ataupun pembedahan caesaerean mengikut keadaan ibu dan juga anggaran saiz bayi. Bagaimana jika saya bercadang untuk hamil sekali lagi selepas ini?  Sebelum bercadang untuk mengandung lagi, pastikan berat badan anda sesuai dengan tinggi anda, mempun- yai Indeks Jisim Badan BMI yang ideal, mengamalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat, untuk mengu- rangkan risiko kencing manis sekali lagi. Mulakan pengambilan asid folik tambahan 5mg sehari sekali sebelum menghentikan perancangan keluarga dan pada tiga bulan pertama kehamilan. Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda dari kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. — al-Siha sedangkan tujuannya membentuk dan mendisiplinkan. Tidak dinafikan ada guru yang gagal mengawal emosinya hingga mengambil tindakan dengan menyentuh anak atau menghukumnya dengan agak terlebih. Namun, tidak semuanya begitu. Masih ramai yang mengambil tindakan dengan niat untuk mengajar dan mendidik. Cuba letakkan diri kita di tempat guru seketika, bukan mudah untuk mengajar dan mendidik anak-anak yang datangnya daripada pelbagai latar belakang dan berbeza perangai. Ada ketikanya, ketegasan dan kekerasan diperlukan untuk memanusiakan manusia, supaya satu hari terjaga adab dan terbentuk sahsiah diri yang cemerlang. IKUT KEMAHUAN ANAK Ramai ibu bapa yang dulunya susah dan kini ada kemampuan lalu memberikan dan membelikan apa sahaja yang diminta oleh anak- anak mereka. Sebab itulah ramai anak-anak seawal Tahun 1 sudah memiliki telefon dan gajet. Ibu bapa tidak mahu anak-anak merasa susah. Sewaktu kecil, permintaan anak-anak juga kecil- kecil, tetapi apabila sudah besar permintaan mereka juga semakin besar. Ada yang minta dibelikan motosikal. Malah ada yang mengugut tidak mahu belajar jika permintaannya tidak ditunaikan. Kasihankan anak yang sedang tidur dan sanggup tidak bangunkan dia untuk solat Subuh. Anak-anak terbentuk akhlaknya apabila terbentuk agamanya. Tiang agama itu solat. Sebab itulah Nabi SAW menganjurkan agar ibu bapa mengajar anaknya solat seawal usia tujuh tahun dan merotannya bermula usia anak sepuluh tahun. Maknanya, ketika anak sudah berusia sepuluh tahun maka ketegasan mula diutamakan dalam mendidik. Sebab mereka sudah mula menuju ke usia awal remaja. Disinilah ramai ibu bapa yang gagal memainkan peranan mereka. Ada yang tidak mahu kejutkan anak dari tidurnya untuk solat Subuh atas alasan belum lagi akil baligh. MEMBIARKAN ANAK-ANAK LEKA DAN BUANG MASA Anak-anak jadi pemalas dan membuang masa dise- babkan ibu bapa yang gagal mendisiplinkan mereka. Di rumah, sepanjang cuti sekolah atau hari minggu apa aktiviti anak-anak? Mereka leka membuang masa dengan bermain kom- puter, melayari internet, bersembang di media sosial dan seumpamanya. Ibu bapa sekarar membiarkan. Jika menegur pun sekadar mencukupkan syarat dan tidak serius dalam memberikan teguran. Kesannya, anak-anak membesar dengan begitu banyak kekuran- gan. Tidak seperti mana anak-anak dahulu yang lasak, bergaul dan bermain secara fizikal dengan rakan sebaya dan belajar pelbagai ilmu kemahiran untuk hidup. — al-Siha