al-Siha : August 2019 | Page 16

16 al-Siha | ogos, 2019 pena pakar Persediaan ubat- ubatan Jemaah Haji Dari Farmasi Mohd Dziehan Mustapa Pegawai Farmasi Program Perkhidmatan Farmasi, KKM T ubuh badan yang sihat sepanjang tempoh menunaikan ibadah haji adalah antara perkara yang penting agar mampu melakukan setiap rukun haji dengan tertib dan sempurna. Para jemaah ke tanah suci dengan satu tujuan iaitu untuk menunaikan rukun Islam yang kelima dan mengharapkan haji yang mabrur. Walau bagaimanapun, menunaikan ibadah haji memerlukan tumpuan dan usaha daripada setiap jemaah agar dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Berikut maklumat penting berkaitan pengurusan ubat-ubatan sebelum dan semasa berada di tanah suci sebagai panduan ringkas para jemaah dan ahli keluarga. Sebelum Bertolak Ke Tanah Suci: 1. Ahli keluarga perlu membantu jemaah haji terutama golongan warga emas dalam persediaan bekalan ubat-ubatan untuk dibawa ke tanah suci. 2. Bagi pesakit kronik, pastikan anda membawa beka- lan ubat-ubatan dalam kuantiti yang diperlukan sepanjang tempoh berada di tanah suci. 3. Dapatkan nasihat kaunseling ubat-ubatan daripada ahli farmasi yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan berhampiran. 4. Ahli farmasi yang bertugas akan pastikan bekalan ubat yang akan dibawa oleh jemaah adalah mencu- kupi dan mempunyai label yang jelas dan terkini. Sindrom anak ku Sazali Motivasi Oleh Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Pakar Motivasi 5. Jemaah perlu diingati agar JANGAN men- yimpan ubat-ubatan yang perlu dibawa dalam bagasi daftar masuk ke dalam ruang kargo (perut) kapal terbang. 6. Pesakit diabetes diingatkan untuk mem- bawa bekalan insulin yang mencukupi bersama-sama pen insulin serta jarumnya. Ini adalah kerana setiap jenama insulin mempunyai pen insulin yang tersendiri. 7. Pesakit dinasihatkan agar membawa ubat insulin dalam bagasi tangan dengan menggunakan beg sejuk (cooler bag) yang berisi pek ais. 8. Pesakit digalakkan untuk membawa salinan surat doktor (preskripsi) yang terkini untuk dimasukkan dalam buku perubatan haji agar dapat menjadi sumber rujukan kepada petugas perubatan jika berlaku kecemasan. 9. Jemaah haji boleh membawa sedikit bekalan ubat- ubatan untuk sakit-sakit am atau ringan seperti ubat demam, ubat selesema, ubat tahan sakit, krim panas dan sebagainya. Semasa Di Tanah Suci: 1. Sebaik sahaja tiba di tanah suci, masukkan ubat insulin yang dibawa ke dalam peti sejuk yang ada dalam bilik penginapan masing-masing. 2. Jika tiada peti sejuk dalam bilik penginapan, segera ke klinik yang disediakan oleh pihak Tabung Haji (TH) di setiap maktab dan mohon anggota farmasi yang bertugas untuk simpankan insulin dalam peti sejuk ubat di klinik tersebut. Pastikan insulin tersebut dilabel dengan nama jemaah, nombor pengenalan atau nombor bilik. 3. Jemaah yang banyak menghabiskan masa di dalam masjid disarankan untuk membawa sedikit belakan ubat dalam beg sandang agar boleh mengambilnya mengikut masa yang betul. 4. Jemaah haji disarankan untuk terus patuh kepada arahan pengambilan ubat-ubatan mengikut dos, cara dan masa pengambilan yang betul seperti yang telah ditetapkan. 5. Untuk pesakit diabetes, mereka juga perlu menjaga S emua orang tahu cerita Anak Ku Sazali yang dihasilkan oleh Tan Sri P. Ramlee.  Adakah wujud hari ini, seorang anak yang rosak sebegitu rupa hasil didikan ibu bapanya yang terlalu memanjakan anak? Ramai ibu bapa hari ini yang manjakan anaknya atas alasan dulu mereka pernah susah dan tidak mahu anak- anak pula yang merasai kesusahan. Saya masih ingat sewaktu kecil dahulu, pelepah kelapa atau getah paip selalu singgah di punggung atau belakang apabila tidak menunaikan tanggungjawab yang disuruh oleh arwah ibu. Rotan seringkali kena di telapak tangan apabila tidak mengulang baca al-quran dengan betul oleh guru mengaji. Suara guru disiplin, Cikgu Abu, di hujung ban- gunan sudah cukup untuk membuatkan satu kelas diam dan tidak bergerak dari kerusi masing-masing. Itulah bentuk ketegasan dalam mendidik yang jika dilakukan hari ini akan berdepan dengan saman. MEMANJAKAN ANAK-ANAK Kalau dalam cerita Anak Ku Sazali, seorang bapa yang kaya raya memanjakan anaknya dengan memberikan apa sahaja kemewahan kepada seorang anak tanpa sekatan dan teguran. Hari ini, keadaan sudah tidak mengira sama ada kaya atau miskin, ramai yang tanpa sedar memanjakan anak. Dengan keberanian ibu bapa menyaman guru, akhirnya guru tidak berani lagi menyentuh, memarahi, mendenda dan menghukum. Anak-anak yang rosak akhlak dan dimanjakan ini akan menjadi-jadi lagi perangainya. Ini bukan sekadar merosakkan anak itu seorang, malah dia mula mempengaruhi anak-anak yang lain. pengambilan makanan dan mengetahui tanda- tanda paras gula terlalu rendah dalam darah (hipoglisemia). 6. Bagi pesakit diabetes yang mengalami situasi hipo- glisemia, cepat-cepat mengambil makanan atau minuman yang manis untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, pesakit juga digalakkan untuk menyimpan sedikit kurma atau air minuman jus kotak dalam beg sandang untuk dibawa ke masjid. 7. Elakkan berkongsi ubat-ubatan untuk rawatan penyakit kronik dengan jemaah lain. Amalan berkongsi ubat seperti ini boleh mendatangkan kemudaratan kerana gejala atau tanda-tanda penya- kit yang dialami mungkin sama, namun ubat yang diperlukan untuk merawat mungkin berbeza. 8. Elakkan membawa dan menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan KKM kerana dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan kepada para jemaah. 9. Elakkan ubat daripada terdedah kepada suhu yang tinggi. Simpan ubat biji pada suhu bilik. 10. Semasa perjalanan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, hanya bawa bekalan ubat-ubatan yang mencu- kupi sahaja untuk mengelakkan kerosakan kerana kemungkinan suhu panas. 11. Pesakit diabetes juga digalakkan untuk meng- gunakan krim pelembap (tanpa pewangi) untuk disapukan pada kaki bagi mengelakkan daripada keadaan kulit kaki yang kering dan merekah. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan luka dan boleh bertambah teruk dalam kalangan pesakit diabetes. — al-Siha ANAK PANDAI REKA CERITA? Percaya apa sahaja cerita anak tanpa tapisan. Anak-anak pandai buat cerita atas dua sebab, yang pertama untuk menyelamatkan dirinya daripada dikenakan tindakan. Kedua, untuk tidak mengecewakan ibu bapanya atas perangai dan kesalahan yang telah dia lakukan. Anak-anak malah sanggup mereka-reka cerita dan memburukkan orang lain termasuk guru-gurunya. Lebih-lebih lagi apabila dia lihat ibu bapa mempercayai dan menyebelahinya. Sebab itulah penting sangat- sangat ibu bapa menyemak semula apa juga cerita yang disampaikan oleh anak kepada kita. SIKAP MEMPERTAHANKAN ANAK Ada kalanya jiran-jiran ingin membantu dengan memantau anak-anak lalu mereka melaporkan perangai dan tingkah laku buruk anak kepada ibu bapanya. Apa yang berlaku, bukan anak yang ditegur tetapi jiran itu pula yang dimarahi dan dikatakan sebagai suka menjaga tepi kain orang lain. Ibu bapa perlu sedar yang kita tidak dapat menjaga anak-anak dua puluh empat jam sehari dan tujuh hari seminggu. Tambahan pula, bagi anak-anak yang bersekolah pagi, tengahari mereka sudah pun berada di rumah sedangkan ibu bapa mereka pulang daripada kerja selepas jam lima petang. Dalam ruang masa yang terluang itulah boleh berlaku pelbagai perkara kesan daripada pergaulan anak-anak dengan rakan sebayanya. Disinilah kita perlukan jiran- jiran yang prihatin untuk tengok-tengokkan anak-anak kita. Biarlah jiran-jiran tegur dan marah anak kita apabila nampak anak berperangai buruk. Barulah anak- anak takut untuk lakukan perkara yang bukan-bukan. Serang guru yang mengambil tindakan ke atas anak