ogos, 2019 | al-Siha
Isu: bubble tea
Artikel ini ditulis oleh
pasukan di Institut Biologi
Molekular UKM (UMBI) termasuk
Prof Dr Neoh Hui-Min dan
Dr Tan Toh Leong.
Jumlah
pengambilan gula
yang disyorkan
Garis Panduan Penjagaan Diet 2015 mensyorkan
bahawa gula tambahan dan lemak tepu dalam
diet sepatutnya tidak melebihi 10 peratus daripada
jumlah pengambilan kalori harian (Dietary Guide-
lines Advisory Committee, DGAC, 2015) manakala
American Heart Association mencadangkan rakyat
Amerika untuk menghadkan pengambilan gula
tambahan tidak melebihi 9 sudu teh sehari bagi
lelaki dan 6 sudu teh sehari bagi wanita (AHA,
2015).
Pengambilan secawan teh Boba dengan
mudahnya melebihi had yang disyorkan ini.
Jumlah kandungan kalori dan gula tambahan
dalam minuman teh susu Boba bersamaan dengan
jumlah maksimum disyorkan bagi pegambilan
gula harian untuk lelaki(38 g) (DGAC, 2010) dan
melebihi 150 peratus daripada jumlah disyorkan
untuk wanita(25 g) (Johnson, 2009).
Gabungan bahan tambahan lain dalam secawan
teh boba dengan jumlah kalori gula mudah sahaja
melebihi jumlah maksimum disyorkan untuk
pengambilan harian individu. Teh boba hidangan
bersaiz biasa (946ml) melepasi jumlah maksi-
mum disyorkan mencecah 250 peratus dan 384
peratus masing-masing untuk lelaki dan wanita.
Ini menyenaraikan Teh Boba sebagai minuman
manis bergula (SSB).
11
Fakta yang perlu anda tahu tentang ‘bubble tea’
Bubble tea’ (lebih dikenali sebagai teh “Boba’)
menjadi minuman terkenal di Asia yang meraih
populariti terutamanya dalam kalangan anak muda.
Minuman berasaskan teh susu ini biasanya diberikan
perisa sirap buah-buahan dan dihiasi dengan bebola
ubi atau mudahnya dipanggil ‘Boba’ atau bebola
‘Mutiara’ sebagai ramuan utama minuman ini.
Pengasasnya, Liu Han Cheah bersama-sama
pengurus pembangunan produknya, Lin Hsiu Hui
mencipta minuman ini sekitar tahun 1980an di Taiwan.
Mereka mula menjalankan kajian dengan
mencampurkan pelbagai ramuan, perisa buah-buahan,
sirap dan bebola ubi dalam minuman teh susu.
Bebola Boba yang bulat dan senang dikunyah
ini adalah sebab minuman ini akhirnya menjadi satu
ketagihan. Minuman teh Boba telah pun popular di
negara-negara Asia sejak 1990an dan kini sedang
mengembangkan sayap ke negara-negara barat.
Teh boba mengandungi sebahagian besarnya
sukrosa (sukrosa adalah disakarida daripada gabungan
fruktosa dan glukosa), fruktosa dan glukosa. Fruktosa
yang juga jenis gula paling manis adalah bahan yang
mencetuskan ketagihan.
Jadual 1 dibawah meringkaskan jumlah kandungan
gula dan kalori untuk saiz hidangan biasa 473 mL (16 Us
oz) teh susu dengan 60 g bebola ubi, 50 g jeli dan 80 g
puding telur. Nilai kalori dilaporkan dalam kalori makanan
(kcal) dan mewakili tenaga terkumpul daripada protein,
lemak dan sakarida untuk setiap komponen seperti
ditetapkan oleh kalorimeter bom.
Jadual 1: Kandungan kalori terperinci untuk
setiap komponen gula bagi setiap cawan teh Boba
Setiap gram Komponen teh Boba
1 Saiz Hidangan (236 ml/8 oz)
Teh Boba (Teh susu,
ubi, puding telur)
Gula (mg)
Nilai Kalori (kcal)
Gula (g)
Nilai Kalori
(kcal)
Teh Susu
0.53
Melezitoza
3.50
1.65
Sukrosa
2.65
1.25
Glukosa
29.49
13.95
Fruktosa
43.95
20.79
Jumlah
79.59
37.65
Ubi
1.30
Sukrosa
19.76
1.19
Glukosa
32.21
1.93
Fruktosa
56.8
3.41
Jumlah
108.8
6.53
Jeli
4.24
Sukrosa
171.5
8.58
Glukosa
24.42
1.22
Fruktosa
36.39
1.82
Jumlah
232.3
11.62
Puding Telur
0.67
Melezitoza
2.74
0.22
Sukrosa
1.35
0.11
Glukosa
114.2
9.14
Fruktosa
107.1
8.57
Jumlah
225.4
18.03
262.6
77.9
212.2
53.7
Jadual 2:Perbandingan minuman
manis bergula berdasarkan nilai kalori dan gula
Minuman
Teh Susu
Teh susu dengan ubi (teh boba)
Koktel Jus Kranberi
Soda Oren
Minuman Tenaga
Jus Oren
Cola
Teh Ais Pekat Manis
Minuman Sukan
1 Serving size (16 oz)
Sugar (g)
Calorific value (kcal)
38
263
38
299
67
267
62
227
62
240
56
227
56 200
44
168
28
120
Minuman penyebab kencing manis
Minuman 'bubble tea' tinggi
kandungan gula.
Artikel ini bukan ditulis untuk mencabar industri
gula namun untuk mewujudkan kesedaran men-
genai kesan buruk fruktosa kepada tubuh manusia.
Fruktosa adalah titik buta kita yang menyebabkan
banyak penyakit kronik. Kita tidak mahu anak-anak
kita menjadi mangsa obesiti dan diabetis. Marilah
kita bina bangsa Malaysia yang lebih sihat.
Banyak kajian menunjukkan minuman SSB
meningkatkan berat badan, sindrom metabolik, obesiti,
kencing manis dan komorbiditi (Malik et al 2010; Bray
and Popkin 2014).
DGAC melahirkan kebimbangan mengenai
peningkatan pengambilan gula tambahan dan sejak
itu telah memperketatkan garis panduan mereka.
DGAC menghadkan pengambilan gula tambahan
kepada dibawah 10 peratus. Seseorang individu tidak
sepatutnya mengambil lebih daripada 50gm/12.5 sudu
teh gula sehari berasaskan kepada standard/purata diet
kalori 2000. Hidangan minuman Boba 16 auns dengan
hanya teh susu dan boba jelas melebihi had yang
disyorkan oleh DGAC.
Jadual 2 menyenaraikan kandungan gula SSB
yang biasa dan nilai kalorinya untuk perbandingan
segera menunjukkan teh susu dengan ubi (Boba)
mengandungi kalori tertinggi berbanding minuman lain
dan apa yang mengejutkan ia lebih tinggi berbanding
hidangan Coke.