10
al-Siha | ogos, 2019
Isu: bubble tea
Fruktosa
dalam ‘bubble tea’
punca sepsis
Sanggup beratur panjang demi segelas ‘bubble tea’,
mungkin situasi ini tidak pelik bagi sesetengah
masyarakat. Namun, persoalannya apakah yang
menjadikan mereka terlalu ketagih dengan segelas
minuman manis ini?
M
enurut Dr. Tan Toh Leong, Pen-
syarah Kanan dan Pakar Perubatan
Kecemasan UKM, jelas sekali kerana
kandungan gula atau lebih tepat
fruktosa!
“Pengambilan fruktosa memberi-
kan perasaan nyaman atau lega dengan segera namun ia
juga menyebabkan ketagihan,”katanya.
“Perasaan nyaman tersebut sebenarnya cepat hilang
dan mendorong keinginan untuk menambah lagi.
Tambah beliau, saat kesan nyaman fruktosa hilang,
individu akan mula berasa lapar. Kitaran kejam ini ber-
ulang-ulang menyebabkan individu berkenaan akhirnya
menjadi obesiti atau mengalami masalah berat badan
berlebihan akibat makan terlalu banyak dan minum air
tinggi kalori ini mengikut nafsu. Apa pula kata sains di
sebalik situasi ini?
SUKROSA PUNCA KETAGIHAN
Gula bertapis atau gula berjadual yang berasal daripada
air tebu atau jagung diambil daripada sukrosa. Sukrosa
mengandungi 50 peratus glukosa dan 50 peratus fruktosa.
Sudah diketahui yang fruktosa hanya boleh dicerna di hati
tetapi tidak di bahagian lain tubuh.
Ia berbeza dengan glukosa (yang lebih selamat dan
kurang ketagihan berbanding fruktosa) kerana glukosa
boleh dihadam oleh semua tisu dan otot badan. Apabila
kita mengambil terlalu banyak fruktosa, hati kita menjadi
tepu, melimpahkan fruktosa yang tidak dicerna menjadi
lemak di dalam tubuh atau tersimpan dalam tisu badan.
Masih belum menakutkan?
Fruktosa mengurangkan kedua-dua pengeluaran
insulin badan(hormon yang menurunkan glukosa dalam
tubuh) dan leptin (hormon yang mencetuskan perasaan
cukup makan). Penurunan leptin menjadikan anda lapar
dan mahu makan lagi.
PENYEBAB SEPSIS
Seterusnya, kitaran ganas ini boleh menyebabkan obesiti,
diebetis melilitus dan sindrom metabolik yang menyebab-
kan sepsis apabila berlaku jangkitan. Lebih buruk, fruktosa
yang tidak dicerna kekal di dalam tisu badan untuk jangka
masa yang lama dan menyebabkan isi daging kita menjadi
‘manis’ yang sesuai bagi pertumbuhan bakteria.
Sebab utama pesakit diabetis selalu menderita akibat
kaki diabetis yang dijangkiti dan luka yang tidak sembuh
akibat isi daging yang dipenuhi fruktosa yang menggalak-
kan pertumbuhan bakteria seterusnya kematian akibat
sepsis. — al-Siha
Dr. Tan Toh Leong, Pensyarah
Kanan dan Pakar Perubatan
Kecemasan UKM
Fruktosa mempercepatkan
kanser payu dara dan kolon?
P
engambilan kerap SSB, secara khususnya teh
Boba boleh menyebabkan obesiti dan sindrom
metabolik.
Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di
kalangan negara-negara Asean. Dengan kegilaan
terhadap teh boba yang kini seakan satu fenomena,
statistik ini akan terus meningkat. Kajian terbaharu
mendapati fruktosa mempercepatkan kanser payu
dara dan kolon (Fan et al 2017; Goncalves et al 2019).
Melihat kepada pentingnya ilmu pengetahuan
mengenai nilai kalori dan sumber gula minuman teh
susu boba, pendidikan pemakanan menyasarkan
populasi Asia perlu diberikan perhatian khusus untuk
meletakkan teh boba sebagai SSB.
Kita wajar mendidik masyarakat umum men-
Langkah memerangi
ketagihan produk fruktosa
M
Pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan
masalah obesiti.
genai pengambilan secara sederhana SSB dengan
penekanan kepada teh boba. Kerajaan dan pengamal
penjagaan kesihatan di Malaysia perlu mempromosi-
kan pengambilan minuman boba secara sederhana,
menggalakkan permintaan untuk pilihan kurang gula
dengan tiada bahan tambahan seperti puding atau jeli.
Selepas ini jika anda beratur untuk secawan teh
boba yang menyamankan dan ketagihan, tolong
fikirkan semula bahaya yang bakal dihadapi . Selalu-
lah pilih saiz hidangan yang kecil jika terlalu mahu
menikmatinya. Kita sepatutnya membataskann
pengambilan teh boba kepada hanya 1 ke 2 hidan-
gan sahaja seminggu jika tidak mampu menolak
keinginan. Sama-sama kita berusaha menjadi rakyat
Malaysia yang sihat.
emang sukar untuk mengelak sepenuhnya
gula bertapis kerana majoriti makanan
mengandunginya. Namun terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil. Satu daripadanya ialah
menggantikan semua produk fruktosa (sukrosa),
kepada produk berasaskan glukosa seperti Glucolin.
Juga apabila makan di restoran, mungkin boleh
memesan secawan air kosong berbanding minuman
bergula. Elakkan sama sekali minuman berkarbonat,
kordial dan susu pekat manis. Alternatif seperti Stevia
terbukti menjadi pengganti yang baik untuk gula
berjadual ini. Makanlah buah-buahan sekiranya anda
inginkan sesuatu yang manis.
Sebagai pilihan, lebih sihat untuk memasak sendiri
di rumah bagi mengurangkan penggunaan gula dalam
makanan. Kopi sentiasa lebih baik diambil kosong dan
sedikit susu segar boleh ditambah untuk meningkatkan
rasa. Susu mengandungi laktosa yang menjadikan kopi
lebih manis untuk diminum.
KEMPEN KESEDARAN
Kerajaan sepatutnya menganjurkan kempen bagi
mempromosikan kesedaran dalam mengurangkan
penggunaan fruktosa. Mereka sepatutnya mengemuka-
kan pelan untuk mengutamakan dan mempromosikan
pengeluaran produk berasaskan glukosa. Industri
makanan juga sepatutnya mengambil bahagian secara
aktif dalam usaha menggantikan produk berasaskan
fruktosa kepada produk berasaskan glukosa.
Fruktosa ibarat ‘racun’ yang memberi ketagihan.