ESKLUSIF al-Siha | APRIL, 2018
30
ESKLUSIF al-Siha | APRIL, 2018
Patah anggota badan sembuh
• Berkebolehan merawat pesakit yang mengalami masalah terseliuh, regangan urat, retak dan patah tulang
• Jumlah bayaran dibayar mengikut kemampuan atau keikhlasan hati
OLEH NORZIRA SYARINI norzira. syarini @ revonmedia. com
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, Pengerusi dan pengasas Medical Mythbusters Malaysia
Mohammad Sharifudin Mohd Saufi.
JIKA dilihat dengan mata kasar, dan difikir dengan logik akal mana mungkin tulang yang patah riuk boleh dibetulkan dengan kaedah semudah urutan dan sentuhan. Ekslusif dalam al-Siha kali ini, kami bawakan cerita dari Kampung Padang Siam, Tanah Merah yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Berkebolehan merawat pesakit yang mengalami masalah terseliuh, regangan urat, retak dan patah tulang, pengamal perubatan tradisional atau alternatif yang dikenali sebagai Pak Su Mat ini dikatakan telah berjaya merawat ribuan pesakit khususnya yang mengalami patah tulang pada mana-mana anggota badan.
Baru-baru ini, penulis berpeluang mengunjungi tempat yang dijadikan sebagai pusat rawatan tersebut dan agak mengejutkan kerana lebih dari 30 pesakit bersama ahli keluarga masingmasing telah berada di sana seawal jam 8 pagi lagi. Malah rata-rata pengunjung adalah bukan dari penduduk setempat, bahkan ada antara mereka yang datang dari luar negeri.
Terdetik di hati penulis, pastinya Pak Su Mat ini, bukan calang-calang orangnya terutama dengan kehadiran sebegitu ramai pesakit yang sanggup sabar menunggu giliran rawatan masing-masing. Mohammad Sharifudin Mohd Saufi, pesakit yang pernah mendapatkan rawatan disini berkata, dia melihat Pak Su Mat ini sebagai seorang yang arif dengan apa yang dilakukan selain tahu banyak perkara tentang ilmu urutan, ilmu urat dan ilmu tulang.
“ Saya menemui Pak Su Mat selepas mengalami sakit sendi yang serius pada buku lali kerana pernah mengalami insiden patah kaki. Selepas mendapat rawatan urutan darinya, dan dengan izin Allah kaki saya bertambah baik, malah rasa sakit juga telah tiada. Mungkin disebabkan dia yang tidak menetapkan jumlah bayaran dan boleh dibayar mengikut kemampuan atau keikhlasan hati menjadikan Pak Su Mat lebih disenangi ramai,” katanya.
Tambah Sharifudin, pendapatnya agak bercanggah dengan pakar ortopedik sesebuah hospital memandangkan dia lebih memilih rawatan kampung sebagai rawatan utamanya untuk sembuh terutama dari masalah sendi yang dialaminya.
Penulis juga sempat menemubual seorang lagi pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Afiq. Menurut beliau, kemalangan yang dialaminya barubaru ini telah mengakibatkan tulang pada bahagian atas pergelangannya tangannya patah sehingga tulang tersembul dan dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar. Beliau yang berasal dari Kedah ini, mendapat maklumat mengenai tempat berkenaan daripada keluarga mentua.
“ Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai kesini, jadi kami membuat keputusan untuk bertolak lebih awal. Rupanya kami tidaklah terlalu awal, memandangnya sudah ramai yang tiba lebih awal dari kami. Rawatan yang saya lalui tidak menyakitkan dan terlalu cepat seolaholah ia berlaku dalam masa sesaat sahaja. Kini tulang yang terbonjol sudah tidak kelihatan lagi dan lenguhlenguh yang dialami sebelum ini seakan beransur pulih,” katanya.
UNGGUH teruja
S pula penulis melihat kesungguhan dan kebolehan Pak Su Mat merawat pesakit, apatah lagi rata-rata mereka pulang dengan senang hati.
Bukan ingin mengadu, jauh sekali melagakan rawatan tradisional dengan rawatan moden. Cuma ingin sedikit penjelasan mengenai rawatan ini dari sudut perubatan moden. Menurut Dr