al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 29

PERSONALITI
APRIL, 2018 | al-Siha 29
PERSONALITI

F

ILEM Ola Bola memberi tuah kepada figura ini dalam industri lakonan negara. Luqman Hafidz atau lebih dikenali dengan watak Ali semakin rancak membina nama di persada seni. Dia akui, jadualnya semakin ketat apabila turut beraksi dalam pementasan teater musikal Ola Bola The Musical yang dijadualkan sebanyak 35 persembahan. Ia menjadikan pementasan teater Ola Bola The Musical yang paling panjang dipersembahkan di Istana Budaya. Jadual yang padat tidak menghalang Luqman untuk kekal cergas dan sihat. Apa rahsianya?
Daripada skala 1 hingga 10, nyatakan tahap kesihatan Luqman sekarang. Mungkin 7 kerana badan saya sedikit lemah dan suara pun sudah mula serak. Biasalah, latihan tanpa henti dan persembahan setiap hari memberi kesan kepada kesihatan tubuh saya.
Bagaimana Luqman mengekalkan tahap kecergasan tubuh? Selalunya saya akan tidur awal, rehat dengan secukupnya dan paling penting, makan mengikut waktu yang bersesuaian dengan kuantiti yang cukup. Selain itu juga, sebelum memulakan sebarang aktiviti, saya akan lakukan‘ warm up’ untuk memastikan badan lebih segar dan bersedia.
Berkaitan makanan, apakah pelan diet yang Luqman amalkan? Saya tidak mengamalkan sebarang diet. Selalunya menu pagi saya adalah roti bersama majerin, tengah hari pula nasi bersama ayam dan malam saya lebih gemar makan makanan western seperti‘ steak’. Apa yang penting, pengambilan gula itu saya kawal dengan rapi.
Selain dari sukan bola sepak, apakah jenis sukan lain yang Luqman lakukan? Saya sebenarnya suka dengan semua jenis sukan. Badminton, ping pong dan

Luqman Hafidz:

Kawal pengambilan gula

sebagainya memberi kepuasan kepada diri dan dalam masa yang sama, ia adalah persaingan sihat dengan rakan-rakan.
Bahagian tubuh mana yang‘ mahal’ bagi Luqman? Sebagai seorang pelakon, kebersihaan kulit muka adalah bahagian yang selalu saya utamakan.
Apakah produk kebersihan wajah pilihan Luqman? Garnier for men.
Adakah Luqman mengambil sebarang vitamin dan sebagainya? Ya! Vitamin yang saya ambil seperti Vitamin C dan B-Complex membantu menambahkan lagi stamina tubuh, dan sudah tentu menjaga kesihatan tubuh dan kulit. Selain itu, saya juga mengambil Habatussauda yang banyak kebaikannya pada tubuh badan.
Kongsikan tip ringkas yang Luqman amalkan untuk kekal sihat. Elakkan diri anda dari berada di persekitaran yang tidak bersih. Hari ini, kebanyakkan tempat sudah tercemar udaranya. Kita harus lebih peka mengenai isu ini. Bukan itu sahaja, untuk kekal sihat, anda harus pastikan tidur dan rehat anda cukup dan sentiasa amalkan minum air untuk mengelakkan kulit dari kering.
Rawatan klinikal atau tradisional? Jujur saya katakan, jika saya tidak sihat, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, klinikal ataupun tradisional. Namun, jika keadaan memaksa, saya terpaksa ambil juga. Tradisional bagi saya ia masih relevan asalkan produk itu tidak memudaratkan.
Nasihat kepada rakyat Malaysia tentang penjagaan kesihatan. Khususnya kepada lelaki, kita harus lebih peka dengan status kesihatan diri kerana hari ini, kita terdedah dengan banyak penyakit. Jadi, lakukan apa yang wajib untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Mencegah itu lebih baik dari merawat.
– Putra Mokhter

" Kita terdedah dengan banyak penyakit. Jadi, lakukan apa yang wajib untuk memastikan kesihatan kita terjaga. Mencegah itu lebih baik dari merawat." senaman yang dilakukan, Ayuni berkata, dia sekadar memperuntukkan 40 minit untuk jogging pada awal misi, memandangkan badan masih berat. Apabila badan mulai ringan, dia beralih kepada latihan kardio, tabata dan weight training supaya badan tidak menggelebeh.

“ Tipula tak pernah putus asa, banyak sangat dugaan dan ada sahaja orang yang cuba buat saya down. Tapi saya percaya, saya boleh buat lebih dari apa yang mereka fikir. Saya menjadikan kata-kata negatif orang sebagai penguat untuk saya nekad mengejar misi kurus.”
Galakan daripada keluarga, dan kawan rapat sangat mendorong Ayuni untuk menghabiskan misi dengan bergaya.
“ Saya pernah menangis dalam diam, kerana tidak tahan dengan ejekkan.
Namun saya ubah ejekkan itu kepada sesuatu yang menaikkan semangat.”
Buat masa sekarang, Ayuni aktif dengan # teamayuni yang ditubuh khas untuk mereka yang mempunyai azam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bahkan Ayuni juga turut menyediakan rutin senaman yang sesuai.
Menurutnya lagi, apa yang paling membanggakan adalah, 35kg hilang tanpa sebarang mengambilan ubat tambahan kerana dia percaya kepada“ slow progress is better than never”.
“ Nak kurus, jaga makan. Nak kurus, no shortcut. Trust the process. Memang susah nak kawal nafsu makan, tapi pandai makan, pandailah burn balik melalui senaman. Senaman hanya 20 %, pemakanan 80 %. Buang sikap MALAS, pasti berjaya.
BIODATA Pekerjaan: Fitness Trainer( Online Coaching) Asal: Kelantan Tempat tinggal: Batu Caves Pendidikan: Degree UiTM Shah Alam( CiT)