2016 - SAMPLE SECONDARY MALAY TEST PAPERS | Page 3

1 Bahagian A (10 markah) [1] Latihan Pengimbuhan Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan. Latihan 1 Mutu makanan bukan hanya dinilai kerana rasanya yang enak dan mengenyangkan. Perkara yang lebih diutamakan ialah khasiatnya. Dengan (1) tingkat taraf hidup kita, lebih banyak perhatian seharusnya diberikan terhadap jenis-jenis makanan. Anehnya, hal ini tidak (2) laku secara automatis. Kini, mereka yang terkena ‘penyakit mewah’ kian (3) tambah. Penyakit ini dikaitkan dengan corak pemakanan yang tidak seimbang dan makanan yang rendah khasiatnya. Satu sebab terjadi sedemikian adalah kerana orang ramai (4) ambil sikap yang negatif. Mereka lebih gemar makan di luar; apatah lagi dengan tren sekarang di mana wanita (5) galak bekerja. Oleh itu mereka kekurangan masa untuk menyediakan makanan di rumah kerana kepenatan. Jawapan: (1) ____________________ (2) ____________________ (3) ____________________ (4) ____________________ (5) ____________________ Latihan Topikal Bahasa Melayu Menengah 3 & 4 Ekspres Copyright EDN-MEDIA CONSULTANT PTE LTD