2016 - SAMPLE SECONDARY MALAY TEST PAPERS | Page 2

0 Pengimbuhan Panduan: Pengimbuhan (penambahan) merupakan salah satu proses pembentukan kata yang paling penting dalam Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana imbuhan (huruf penambah) dapat digunakan untuk membentuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Imbuhan dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:(1) Awalan: beR-, meN-, teR-, se-, di-, ke-, peN-, peR-, juru-, maha-, dwi-, pra, sub-, eka-, supra- dan tata(2) Akhiran: -an, -i, -kan (3) Apitan: beR-…-an, beR-…-kan, ke-…-an, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an dan peR-…-an (4) Sisipan: -el-, -em-, -erAwalan ialah imbuhan yang digunakan di depan sesuatu kata dasar.  Contoh: berlari, membaca, tersungkur, sepantas, dibawa, ketua, pengedar, mahasiswa Akhiran ialah imbuhan yang digunakan di belakang sesuatu kata dasar.  Contoh: lautan, terokai, buangkan Apitan (pelingkung/imbuhan terbahagi) ialah imbuhan yang digunakan serentak di depan dan di belakang sesuatu kata dasar.  Contoh: berguguran, bersuamikan, kemampuan, menodai, membelikan, memperdustai, memperhambakan, pentadbiran, permainan Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata dasar.  Contoh: kelawar = kelawar, serak = selerak, tapak = telapak, gentar = gementar, gilang= gemilang, serbak = semerbak, cacak = ceracak, gigi = gerigi, sabut = serabut Tunggu dulu! Sebelum anda mula membuat latihan-latihan pengimbuhan berikut, ingat tips ini:  Baca dahulu petikan yang diberikan sebelum menulis jawapan anda dalam tempat kosong yang disediakan.  Hendaklah anda memahami dengan sebaiknya jalan ceritanya. Sangat baik jika anda membaca petikan tersebut sebanyak 3 kali atau lebih.  Kenal pasti golongan kata perkataan yang bergaris bawah yang perlu dibubuh imbuhan.  Setelah mendapatkan jawapannya, baca sekali lagi petikan tersebut bagi memastikan imbuhan yang digunakan itu memang sesuai dan tepat.  Selamat Mencuba! Latihan Topikal Bahasa Melayu Menengah 3 & 4 Ekspres Copyright EDN-MEDIA CONSULTANT PTE LTD