1st Edition 2020 | Page 83

Tetapi, jika mereka menerima seadanya nasib mereka sendiri, bukankah ia sama seperti tawakkal jadi mengapakah mereka cenderung ke arah kemurungan? Perbezaan dia sangat ketara iaitu maksud tawakal mengikut Syaikh Ibnu Utsaimin rahimatullah adalah Tawakal adalah; “Menyandarkan permasalahan kepada Allah dalam mengupayakan yang dicari dan menolak apa-apa yang tidak disenangi, disertai percaya penuh kepada Allah Ta’ala dan menempuh sebab (sebab adalah upaya dan aktifitas yang dilakukan untuk meraih tujuan) yang diizinkan syariat.”. Ini bermaksud, tawakal hanya berlaku apabila semua doa, usaha dan inisiatif telah dilakukan untuk mengubah permasalahan yang berlaku kepada diri sendiri lalu apa yang boleh dibuat selepas itu hanyalah tawakal dan sandarkan permasalahan itu kepada Allah S.W.T. Berbeza dengan sifat-sifat fatalisme, mereka hanya percaya kepada nasib tanpa sebarang usaha untuk mengubahnya, jika perkara itu baik mereka menerimanya dan jika perkara itu tidak mereka turut menerimanya. Perkara penting untuk diambil dalam perbezaan antara fatalisme dan tawakal ialah usaha untuk mendapat sesuatu yang baik atau mengubah sesuatu perkara yang buruk kepada yang baik. Fatalisme tidak mempunyai sebarang usaha dan hanya membabi buta mempercayai kepada nasib yang telah diterima oleh seseorang. Kepercayaan ini akan secara perlahan-lahan menjadi kemurungan kerana mempercayai bahawa hanya nasib yang buruk sahaja menimpanya. Susah untuk dikenal pasti Kemurungan atau lebih dikenali sebagai depresi adalah satu penyakit mental yang telah meningkat keterannya apabila internet dan media sosial menjadi tempat utama orang ramai meluahkan perasaan serta meluangkan masa. Ini yang sering dianggap apabila topik kemurungan muncul, ramai yang mengandaikan bahawa mereka ini tidak cukup perhatian. Apabila perhatian itu tidak dilengkapi, secara tidak langsung akan memberi impak negatif kepada harga diri mereka lalu menyebabkan kemurungan. Boleh dikatakan hampir kesemua punca kemurungan amat susah untuk dikenal pasti kerana perlukan seseorang untuk mendedahkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Ramai tidak mahu membongkar kan peribadi mereka kerana dianggap perkara yang memalukan. Namun, fatalisme ini adalah satu sifat yang menerima apa yang telah berlaku terhadap mereka, tetapi mereka tidak mahu membuat sebarang perubahan untuk mengubah perkara berikut. Penerimaan ini yang akan menghalakan mereka ke arah kemurungan tanpa mereka mengetahui. Fatalisme ini istimewa kerana kes ini adalah yang paling susah untuk dikenal pasti kerana ia nampak seperti orang itu menerima nasibnya tetapi sebenarnya tidak. Sifat kemurungan ini tidak nyata dan boleh dilindungi oleh seseorang itu. Tambah dengan sifat fatalisme ini ia akan jadi lebih susah untuk dikenal pasti. Penerimaan atau Penyakit Mental Definisi fatalisme menyatakan yang ia adalah satu penerimaan atau berserah kepada nasib dan juga perkaraperkara tidak boleh dikawal. Ia adalah satu sifat yang tidak sihat dan sering dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan. Hubungan fatalisme dan kemurungan lebih kuat apabila dikaitkan dengan kerosakan (mental) Satu kajian telah dibuat berkaitan fatalisme dan juga kemurungan telah dibuat yang bertajuk “Fatalism and Risk of Adolescent Depression” oleh R. Roberts, Roberts dan Chen (2006) didapati hasilnya mempunyai dua punca. Pertama, hubungan fatalisme dan kemurungan lebih kuat apabila dikaitkan dengan kerosakan (mental) dan yang kedua adalah dari spektrum negatif seperti passive coping, pesimisme yang besar, kurang keyakinan diri dan kurang bantuan sosial atau masalah hubungan interpersonal. Ia telah memberikan satu penjelasan yang nyata bahawa fatalisme ini bukan sahaja satu falsafah atau teori namun dan ia mempunyai kaitan yang kuat dengan kemurungan. Jika penerimaan satu perkara yang buruk ia akan secara tidak langsung akan membawa kepada kemurungan. Ia bermula dengan teori dan falsafah yang berkaitan dengan kemurungan. Fatalisme ini adalah satu kepastian atau lebih teruk kepercayaan kepada perkara yang mereka fikirkan adalah sesuatu yang sudah pasti atau tidak boleh diubah. Ia akan menjadi lebih mendalam apabila ia melibatkan Tuhan dan akan mengukuhkan lagi kepastian kerana mereka memikirkan perkara itu telah ditentukan oleh Tuhan maka mereka tidak perlu lagi mengubah atau berusaha untuk mengubah nasib mereka. SASARAN EDISI 82 83