KESIHATAN
Fatalisme
Selangkah
ke arah
Kemurungan
-Muhammad Fitri Suhaimi
Sesetengah orang amat benci
akan nasibnya malah ada
yang menyumpah berkali-kali,
ada juga yang akan berusaha
sedaya upaya untuk mengubahnya.
Namun, terdapat juga segelintir
yang mempercayai bahawa nasibnya
itu kekal dan tidak akan berubah,
disebabkan kepercayaan ini juga
mereka tidak akan melakukan sesuatu
untuk mengubahnya.
Sifat ini dikenal pasti sebagai fatalisme.
Fatalisme adalah falsafah yang
menekankan berserah atau penundaan
semua peristiwa atau tindakan kepada
takdir, dan biasanya dikaitkan dengan
sikap pengunduran diri akibat peristiwa
masa depan yang dianggap tidak dapat
dielakkan.
Lebih mudah difahami, fatalisme
adalah sikap yang telah diberikan
kepada mereka dan akan menerimanya
tanpa sebarang pertanyaan.
Seseorang yang mempunyai sifat
fatalisme ini dikenali sebagai fatalis
yang mempunyai sama maksud dengan
kata dasarnya, seseorang yang rasa
tidak berdaya untuk mengubah dunia
atau masalah dirinya sendiri.
Mereka juga mempunyai
kepercayaan yang tegar kepada
kehidupan, takdir dan masa depan
yang pada mereka tidak boleh diubah.
Secara ringkas ia boleh didefinisikan
sebagai pasrah tanpa usaha.
Ramai tidak tahu bahawa fatalisme
ini adalah salah satu punca yang akan
menyebabkan penyakit kemurungan.
Ia tidak jelas bagaimana punca
kemurungannya tetapi seperti punca
yang lain yang ini juga agak berbahaya.
Ia akan dianggap bahawa seseorang
itu hanya menerima nasibnya yang
malang dan mungkin akan membuat
sesuatu terhadap perkara malang
tersebut.
SASARAN EDISI 82 82