S
eluruh dunia sedang bergelut
dalam menghadapi dan
menangani krisis COVID-19
yang mampu memberikan
kesan tragik kepada kesihatan,
merudumkan ekonomi dan mengubah
norma hidup manusia. Setakat ini,
Malaysia antara negara yang berjaya
mengawal wabak ini jika dibandingkan
dengan Negara Dunia Pertama yang
lain.
Namun begitu, COVID-19 adalah
virus baharu yang tidak pernah
kita hadapi sebelum ini. Pelbagai
kemungkinan yang boleh berlaku. Oleh
itu, masih agak jauh untuk mengukur
kejayaan Malaysia dalam melawan
wabak COVID-19 dan juga krisis yang
mendatang.
Persoalannya, sudah bersediakah
Malaysia dalam menerima ‘kunjungan’
krisis yang akan datang kesan daripada
COVID-19? Jika ia, bagaimana pula
dengan kemampuan Malaysia untuk
berdepan dengan krisis ini? Mampukah
kita mengawalnya dalam norma baharu
ini?
Sedang wabak ini memuncak,
kerajaan telah bertungkus-lumus
untuk menyelamatkan nyawa,
menyelamatkan ekonomi negara dan
menaik taraf sistem kesihatan negara
supaya dapat mengawal wabak ini.
Perkara ini agak mengejutkan dan
sudah pasti tidak dapat diramalkan
walaupun COVID-19 telah mula
bergejala di negara asalnya, China
pada akhir tahun lepas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah memberi amaran kepada
penduduk dunia untuk hidup dengan
norma baharu kerana COVID-19
mungkin tidak akan hilang sehinggalah
vaksin diketemukan.
Selepas virus ini merebak
ke seluruh dunia, tindakan untuk
memutuskan rantaian jangkitan
telah dilaksanakan hampir seluruh
negara. Perintah berkurung untuk
meminta supaya orang awam duduk
di rumah untuk mengawal jangkitan
dan mengurangkan lambakan pesakit
akibat COVID-19 di hospital.
Malaysia telah melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan yang
pada asalnya adalah selama dua minggu
namun dipanjangkan tempohnya
sehingga hampir dua bulan. Sepanjang
tempoh ini, kita telah mengalami
pelbagai krisis akibat COVID-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah memberi amaran kepada
penduduk dunia untuk hidup dengan
norma baharu kerana COVID-19
mungkin tidak akan hilang sehinggalah
vaksin diketemukan.
Kesan daripada krisis ini, kerajaan
Malaysia telah membelanjakan
sebanyak RM250 bilion untuk pakej
rangsangan kepada rakyat yang rataratanya
terjejas sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ekonomi negara yang merudum sejak
tahun lepas menjadi semakin goyah
akibat pandemik ini.
Begitu juga dengan sektor
pelancongan di Malaysia yang
mengalami banyak kerugiaan ketika
krisis pandemik ini. Penempahan
penerbangan di serantau asia telah
berkurang sebanyak 98 peratus pada
tahun ini disebabkan COVID-19.
SASARAN EDISI 82 23