1st Edition 2020 | Page 164

Gambar: The Sun Daily Gabungan tiga parti yang mempunyai agenda tersendiri... SEPINTAS LALU PENGARAH Imran Syeik PENULIS Haziq Jamaludin & Imran Syeik PELAKON Vanidah Imran, Tony Eusoff, Rashidi Ishak, Jasmine Suraya, Amar Ashraf PRODUKSI Lacuna Pictures DURASI 1 jam 41 minit TARIKH TAYANGAN 6 April 2020 Antara babak tegang Hasan (Tony Eusoff) dan Suri (Vanidah Imran) di pertengahan cerita. -Nurul Assykin Tahun 2020 merupakan tahun yang ditunggu-tunggu di mana seakan-akan bakal memberi lembaran baru bagi sesetengah lapisan masyarakat, begitu juga dengan industri perfileman Malaysia yang pastinya dahagakan keluaran karya-karya terbaik daripada sang pengarah. Persoalannya bila? Masuk sahaja bulan yang keempat, kecoh di laman sosial gara-gara satu filem gabungan genre politik thriller bertajuk Daulat dirilis secara eksklusifnya di satu pelantar penstriman hiburan, Iflix pada 6 April 2020. Berkenaan dengan itu, warganet berpusu-pusu memuat naik tweet berdasarkan pemahaman mereka tentangnya. Ada yang mengucapkan kata syabas, tidak lupa juga ada yang mengkritik. Namun, tidak ada apa yang menghairankan kerana itulah asam garam yang harus ditelan oleh para pembikin filem dari dahulu sehingga kini. “Orang memang dah tak suka kita Hasan.”-Suri Kemunculan Daulat dilihat dapat memberi nafas dan sinar baharu serta sangat dinanti-nantikan oleh para penonton yang sudah bosan dengan filem klise dan malas di pawagam. Sepertinya Malaysia tidak dapat lari dengan dogma filem tempatan yang berunsurkan cinta picisan, rempit, komedi seram dan gangster. Walaupun filem-filem sebegini mengutip jumlah tayangan yang rendah sehingga ada yang tidak pulang modal, pengarah swasta di luar sana seolah-olah bersikap endah tak endah dan mahu terus berada di takuk yang lama kerana tiada pembaharuan dilakukan walhal negara asing seperti Amerika dan Korea sudah jauh lama meninggalkan SASARAN EDISI 82 164