Kebebasan wajar dirasai di mana “Semuanya
sama, tidak ada seperempat manusia.”- Tjokro
Guru Bangsa: Tjokroaminoto kerana keindahan
garapan visual dan artistiknya yang sangat menarik.
Dalam usaha untuk menggambarkan seolah-olah
keadaan sebenar tanah Jawa pada masa lalu, kotakota
bersejarah seperti Semarang, Ambarawa dan
Yogyakarta ditampilkan sekaligus lengkap dengan
gerabak kereta api dan kereta lama.
Filem yang berdurasi hampir tiga jam ini
tidaklah terasa begitu lama apabila sang pengarah
bijak memanjakan mata penonton dengan teknik
sinematografinya yang mempersona. Penggunanan ton
kamera, set kostum dan alat solek, secara khususnya
boleh dikatakan cukup berhasil mewujudkan rasa
klasik.
Bait-bait lantunan yang begitu puitis dan
balutan musik latar, bertemankan setiap detik di dalam
filem ini. Apa yang menarik perhatian, tunjang utama
Reza dan Putri telah berduet dalam menyanyikan salah
satu runut bunyi bertajuk ‘Terang Boelan’. Gabungan
dua suara ni secara tidak langsung, menghidupkan lagi
lakonan mereka sebagai sepasang suami isteri yang
romantik.
Bagi sesetengah penonton, filem ini mungkin
agak panjang dan membosankan tetapi ia tidak akan
terwujud tanpa pengolahan skrip yang bagus. Skrip
yang ditulis oleh Ari Syarif, Sabrang Mowo Damar
Panuluh, Kemal Pasha Hidayat, Erik Supit serta Garin
dilengkapkan lagi dengan modal sejarah dari dua
sejarawan muda Indonesia, Hilman Farid dan Bonnie
Triyana.
Nampaknya, Reza sangat layak dipilih
mengikut kesesuaian skrip dalam membawa watak
Tjokro seiring pelakon-pelakon minor yang lain
seperti Christine Hakim, Sudjiwo Tedjo, Didi Petet dan
Chelsea Islan. Sebagai buktinya, filem ini telah banyak
meraih 18 penghargaan antaranya, Sinematografi
Terbaik, Tata Artistik Terbaik dan Tata Busana Terbaik
dan Filem Terbaik 2015.
Akhir kata, naskhah dari Garin berjudul
Guru Bangsa: Tjokroaminoto ini tersemat pelbagai
pengajaran yang mana mengajar penonton erti susah
payah mencapai kemerdekaan walaupun berada di
tanah sendiri. Mereka mungkin siang malam berfikir
sejauh mana lagi kehidupan mereka akan terjajah
namun dengan hadirnya pelopor gerakan nasionalisme
atau rata-rata memanggilnya dengan nama ‘Raja
Tanpa Mahkota’, Indonesia pada masa kini sudah
jauh tersenyum menikmati keharmonian zaman
kemerdekaan. Terus diingati, Tjokroaminoto!
Gambar: Netflix
Sosok paling disegani
penduduk Indonesia.
Gamabar: Wowkeren.com
Gambar: GenPI.co
Reza Razahadian (kiri) sebagai
Tjokro dan Ibnu Jamilo (kanan)
sebagai Haji Agus Salim.
Tjokro dalam misi hijrahnya...
SASARAN EDISI 82 162