-Nurul Assykin
I
Indonesia yang dahulunya sempat disebut sebagai Hindia Belanda,
menyimpan sejarah asal usul yang mungkin sulit untuk diperjelas
kerana nama sesebuah negara tidak mudah untuk diperoleh dalam
melalui perjalanan panjang bagi mendapatkan kemenangan di bawah
jajahan.
Dalam pada itu, ia berkait rapat dengan perjuangan mencapai
identiti nasional dan kesatuan politik yang menyatukan pelbagai bangsa
pada masa itu. Malah sebelum merdeka lagi, Indonesia dipanggil dengan
nama yang berbeza-beza oleh banyak negara di seantero dunia.
Walaubagaimanapun, di sebalik usaha-usaha pembentukan nama
Indonesia, tersebutlah satu nama yang makin dilupai dalam kiraan waktu
yang tidak pernah berhenti, iaitu Haji Oemar Said Tjokroaminoto. Nama
yang kian terlupa itu nampaknya berjaya diingatkan kembali oleh pengarah
veteran Garin Nugroho melalui kemunculan sebuah filem adaptasi kisah
sebenar berjudul Guru Bangsa: Tjokroaminoto.
Seperti kembali ke masa lalu, filem ini mengimbau kisah pada akhir
era 1800an iaitu tentang biografi perjuangan seorang lelaki berketurunan
bangsawan Jawa bernama Oemar Said Tjokroaminoto atau Tuan Tjokro
yang dianggap sebagai salah satu pelopor gerakan nasionalisme di
Indonesia.
Lakonan Reza Rahadian dalam menjayakan watak Tuan Tjokro
bermula dengan kegelisahannya mencari-cari jalan sebenar hijrah seperti
pesanan datuknya ketika kecil dan padanya, hijrah membawa tafsiran
perpindahan seorang manusia kepada kehidupan lebih baik.
Maka dari situlah kisah penghijrannya bermula. Beliau bertindak
berpindah ke Surabaya dan berjuang bersama-sama Haji Samanhudi
dalam mendirikan sebuah organisasi massa bumiputera terbesar dipanggil
Sarekat Islam (SI) sehingga mencapai jumlah dua juta anggota.
Pengaruh kuat dan gagasan idea nasionalisme yang dimiliki beliau
dalam organisasi itu dilihat mampu mengajak sebahagian besar rakyat
untuk berpaling dari tampuk penindasan golongan rejim kolonial Belanda
terhadap pribumi yang kemudian menentukan arah hijrah bangsa menuju
kemerdekaannya.
Dari sudut pandang sosok berkumis ini, kebebasan wajar dirasai di
mana “Semuanya sama, tidak ada seperempat manusia”.
Selain itu, diceritakan juga maksud ‘Guru Bangsa’ itu sendiri
di mana kemasyhuran Tjokro tumbuh menjadi pemimpin pergerakan
kepada calon-calon perjuangan bangsa iaitu Kusno, Dharsono, Semaoen
dan Musso. Mereka ini meskipun masih mentah pada usia, tetapi begitu
bersemangat tinggi mempertahankan hak serta martabat sebelum berpecah
membawa panji fahaman masing-masing.
Di samping itu, rumah Tjokro bersama isterinya, Soeharsikin (Putri
Ayudiya) yang terletak di Gang Peneleh, Surabaya juga berfungsi sebagai
pusat perjumpaaan tokoh-tokoh bangsa Indonesia untuk bertukar fahaman
dan idelogi politik yang akan mewarnai sejarah Indonesia seperti sekarang.
Salah satunya adalah tokoh Haji Agus Salim, lakonan Ibnu Jamil.
Sejujurnya, seluruh krew kerja sama ada di hadapan atau di belakang
tabir, harus diberikan pujian sebesar-besarnya dalam penghasilan
SEPINTAS LALU
PENGARAH Garin Nugroho
PENULIS Erik Supit & Ari M.
Syarif
PELAKON Reza Rahadian,
Ibnu Jamilo, Chelsea Islan, Putri
Ayudya
PRODUKSI Yayasan Keluarga
Besar HOS Tjokroaminoto & Picklock
Production
DURASI 2 jam 41 minit
TARIKH TAYANGAN 9 April
2015
SASARAN EDISI 82 161