1st Edition 2020 | Page 158

Sumber: Mstar Filem ini dibarisi oleh 70 peratus pelakon berbangsa Cina. -Nurul Assykin Dalam kehidupan manusia, teksi memainkan peranan penting sebagai mod kemudahan pengangkutan awam kepada orang ramai, baik di bandar-bandar besar mahupun kawasan pedalaman yang terpencil. Ketersediaannya yang fleksibel dilihat melancarkan lagi pekhidmatan mobiliti pintu ke pintu di mana penumpang bebas menetapkan lokasi turun naik ke destinasi pilihan, berbeza dengan rangkaian pengendali perkhidmatan awam lain yang beroperasi mengikut sistem jadual. Selain itu, teksi juga memberi keselesaan dan pastinya mampu mengatasi pertambahan bilangan petak meletak kereta. Di sebalik kecanggihan aplikasi e-hailing pada hari ini, pemandu teksi telah berdepan kesukaran gara-gara saingan ‘curi penumpang’ diberikan Grab, Uber dan MyCar, sehingga segelintir daripada mereka terpaksa menanggung kerugian besar seterusnya menjejaskan sumber pendapatan. Situasi tegang ini telah membuatkan ramai di kalangan pemandu teksi melancarkan mogok di bahu-bahu jalan dan di hadapan premis pihak berkuasa bagi menyuarakan bantahan tentang rendahnya mutu perkhidmatan yang mereka terima. Seperti dalam filem Fly by Night, Zahir Omar selaku sang pengarah, membawa jalan penceritaan yang cukup segar dengan membawa penonton keluar dari kotak pandang masyarakat biasa iaitu meneroka sisi gelap kehidupan pemandu teksi yang dianggap sebagai golongan pertengahan akan tetapi amat jarang diambil peduli walaupun perkhidmatan mereka seringkali digunakan. SEPINTAS LALU PENGARAH Zahir Omar PENULIS Dain Said, Ivan Yeo, Frederick Bailey & Zahir Omar PELAKON Suny Pang, Eric Chen, Fabian Loo, Jack Tan, Frederick Lee & Bront Palarae PRODUKSI Planet Films DURASI 1 jam 40 minit TARIKH TAYANGAN 11 April 2019 SASARAN EDISI 82 158