1st Edition 2020 | Page 154

AL GHAZALI 2016 Beliau merupakan antara pemerintah yang berjaya menjadikan empayar dan kerajaannya megah di seantero dunia. Genghis Khan atau nama sebenar beliau, Temujin. dikenali dunia sebagai pemerintah serta pengasas Mongolia yang digeruni kerana keberanian dan kekejamannya dalam menakluk wilayah. Genghis berjaya menakluk dunia dan menyatukan rakyatnya yang berpecah-belah. Modus operandi politik pengasas Mongolia ini merupakan salah satu karakter yang boleh dicontohi pemerintah negara serta dalam memajukan sesebuah negara, jika ditolak akan aktiviti kekejamannya. NIK NUR MADIHAH 2017 Buku pertama hasil tulisan Nik Nur Madihah ini mengetengahkan tentang fasa-fasa kehidupan dalam meniti kedewasaan yang dialami oleh Nik Nur Madihah sendiri. Buku motivasi ini memberitahu para pembaca tentang kitaran hidup kita di dunia ini. Adakalanya kita dibawah ditimpa kesulitan dan masalah, adakalanya kita diatas. Melalui enam noktah yang ditulis Nik Nur Madihah dalam buku ini, beliau ingin mengatakan bahawa apa pun yang terjadi, ketahuilah bahwa setiap yang menyakitkan itu ada penawarnya. carilah ia dan janganlah berputus asa dalam emncari kebahagiaan hidup. BUYA HAMKA 2014 Kemunculan gerakan feminisme di negara Barat merupakan salah satu penyebab terbesar buku ini ditulis oleh Buya Hamka. Hal ini kerana gerakan feminisme ini menyerang dan mwempersoalkan agama Islam dengan menyatakan bahawa agama Islam menindas perempuan walhal sudah demikian lamanya, Islam memandang tinggi, memuliakan serta memartabatkan darjat wanita. Buku ini ditulis oleh Buya Hamka bagi menghuraikan bahawa para wanita sangat dimuliakan dalam Islam. Perkara ini dapat dibuktikan dengan dalil-dalil didalam Al-Quran, hadis serta sejarah hidup Rasulullah SAW yang sememangnya menghormati para wanita. SASARAN EDISI 82 154