BOOK REVIEW
ADIB ZAINI
2017
Adib Zaini sekali lagi berjaya
menarik pembaca dengan
penulisan beliau, Videotape.
Mengisahkan tentang watak utama,
Razak dan sekumpulan remaja
yang mempunyai masalah dalam
hidup yang mereka harus hadapi.
Masalah bermula apabila mereka
menjumpai sebuah videotape di
bilik stor ketika didenda untuk
membersihkan sekolah. Tanpa
disangka, isi kandungan videotape
itu bakal mengubah nasib hidup
mereka. Bersama-sama, mereka
menyelongkar misteri ngeri di
sebalik objek berteknologi kuno itu.
Menerusi proses ini, Razak pelajari
erti persahabatan, percintaan,
kehidupan dan kematian.
BO BENNETT
2015
Kitab Anti Bodoh mungkin
kelihatan agak kasar. namun begitu,
penulisan ilmiah dari Bo Bennett
ini tidak membosankan para
pembaca Sama sekali. Bo Bennett
merupakan seorang penulis buku
yang mempunyai sijil Doktor
Falsafah dalam bidang Psikologi
Sosial. Walaupun isi buku banyak
menggunakan isi-isi ilmiah,
Bo berjaya membuat pembaca
memahami isi buku dengan
mudah. Seusai membaca buku
ini, pembaca akan mempunyai
banyak persoalan tentang banyak
perkara yang berlaku dalam seharihari.
Para pembaca akan dapat
membaiki cara mereka berfikir.
TERE LIYE
2016
Sebuah buku bertemakan fiksyen
yang mengajar para pembaca
tentang erti sebenar kehidupan
Setiap yang hidup, akan ‘Pulang’
ke tempat asal masing-masing.
Tere Liye merupakan seorang
penulis yang bijak dalam menarik
perhatian pembaca untuk sentiasa
ke halaman yang seterusnya.
Penulis mengetengahkan bahawa
semua orang seharusnya menjalani
kehidupan dengan bahagia, terima
segala kesakitan dan sentiasa
bersedia untuk melepaskannya.
Buku ini menyedarkan para
manusia bahawa tidak kira dimana
kita berada, perkara yang kita
lakukan, kita akan sentiasa ‘Pulang’
ke tempat asal.
SASARAN EDISI 82 153