Adakah penting untuk Malaysia
mempunyai 5G ?
Penggunaan internet di dunia
hari ini semakin lama semakin
menyeluruh dan telah menjadi satu
alat kebergantungan di mana peranti
dan internet digunakan hampir untuk
semua perkara.
Dengan mempunyai 5G, kadar
penggunaan peranti akan menjadi
lebih efisien dan penggunaan tenaga
dijangka akan lebih rendah. Ini
bermaksud, penggunaan bateri akan
menjadi lebih jimat berbanding
sambungan internet sedia ada iaitu
4G.
Selain itu, untuk memastikan
Malaysia sejajar dengan
negara negara lain, adaptasi
teknologi 5G juga penting untuk
melengkapkan sambungan sedia
ada dan mempercepatkan proses
pembangunan industri Digital di
Malaysia.
Transformasi 5G
Di Malaysia, teknologi mudah
alih telekom masih lagi tidak
diklasifikasikan sebagai “teknologi
kegunaan umum” seperti barangan
elektrik dan internet. Jika dilihat,
Hampir kesemua teknologi umum
telah mengubah gaya hidup
masyarakat pada hari ini.
Seterusnya, dengan kehadiran
5G pada masa ini sekaligus dapat
membantu dan berpotensi besar
untuk dunia komunikasi mudah alih
berkembang. Di samping itu, inovasi
ini juga dapat mewujudkan industri
baharu dan membawa manfaat besar
kepada keseluruhan ekonomi negara.
Teknologi ini sesungguhnya
akan terus membantu memajukan
teknologi mudah alih dan diharapkan
dapat memberi kesan yang lebih
positif pada gaya hidup masyarakat
di masa hadapan.
evolusi 5G
SASARAN EDISI 82 116